sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 22 November 2013

KEDAH YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak



Apj minat sangat lagu si kecil licik Tegar dari Indonesia tu , tajuknya 'Aku yang Dulu Bukan Sekarang ' lagu yang membawa perubahan pada nasib anak kecil ini dan keluarganya. 

Apa yang Apj nak cakap ni bukan pasal di Tegar tu tapi pasal Negeri kedah sendiri , sama seperti tajuk lagu Tegar tu , ' Kedah yang Dulu Bukan Sekarang' . Dulu-dulu rakyat menderita sekarang rakyat bahagia, dulu-dulu balak di tebang sekarang balak disayang !!! hihi

Mc rasa ramai orang tak tahu disebalik belanjawan Kedah yang dibentang baru-baru ini. Selain daripada media konvesional yang menghebohkannya. Para blogger jalanan macam kami cuba untuk membantu kerajaan negeri menyebarkan maklumat dan berita baik ini pada seluruh rakyat Kedah tak kira didalam negeri atau luar negeri.

Sebagai kerajaan negeri yang baru, sudah tentu untuk terus berbelanja besar adalah satu yang tidak masuk akal, namun susunan belanja dan pendapatan bagi Kedah pada kali ini dikira agak mesra rakyat. Kalau nak dibandingkan bajet Kedah dengan negeri lain termasuk Pakatan, bajet Kedah dilihat lebih dekat dengan rakyat.

Ini bukan ayat nak bodek kerajaan negeri, tetapi itulah hakikatnya. Cuma kerajaan Kedah taklah janji nak free wifi, free tol, free bini, free minyak dan segala bapak benda semua free. Tapi bajet kerajaan Kedah buat sekadar yang terdaya demi rakyat, ekonomi dan syiar Islam di Kedah.


Belanjawan Kedah 2014

1. 10 juta untuk pinjaman mudah bagi Usahawan Muda.

2. Rm16.8 juta untuk projek kecil khas bagi kawasan luar bandar.

3. 20 ribu unit rumah mampu milik akan dibina.

4. Bayaran lesen penjaja DIHAPUSKAN.

5. 24.5 juta untuk Bantuan Kebajikan.

6. Kursus Perkahwinan PERCUMA.

7. Rm 7 juta untuk pertanian dan ternakan.

8. Unit Pembangunan Usahawan akan ditubuhkan.

9. BONUS setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan negeri.

10. Majlis Sukan Daerah akan ditubuhkan di setiap daerah dan mendapat peruntukan sebanyak rm200k.

11. 190 juta untuk baiki JALAN,titi dan lain-lain.

12. Rm 3.3 juta untuk membaiki rumah awam.

13. Elaun Tok Siak dinaikkan rm200

14. Bantuan rm100 pada setiap bayi yang baru lahir bermula 1 January.

15. Maktab Mahmud mendapat bantuan kerajaan pusat.

16. rm10 juta peruntukan kepada pasukan bola sepak Kedah.

Malah kini kerajaan negeri Kedah mengasingkan pendapatan hasil patuh syariah dari yang tidak. Pendapatan hasil patuh syariah akan digunakan pada pembangunan Islam di Kedah, seperti elaun, imam, tok siak, sekolah agama, masjid, surau dan lain-lain.

Apa lagi yang kita nak? negeri miskin macam Kedah pun boleh bagi macam ni.. ini bukan Kedah dulu.. ini adalah Kedah sekarang.. Kedah yang bertransformasi!

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive