sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 20 November 2013

TERKINI !!!! MENTERI KESIHATAN KEMALANGAN DI MELAKA !!



Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera ringan di bahagian leher apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Utara Selatan di kawasan Pedas-Linggi, malam ini.

Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata, ketika kejadian kira-kira 8.30 malam, Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 November di sini.

Beliau berkata, Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC kini mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah dan keadaan beliau adalah stabil.

"Setakat ini tahu cedera ringan dan beliau sedang dapatkan rawatan lanjut...jika ada apa-apa serius kita akan bawa beliau untuk rawatan susulan di Hospital Besar Melaka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini. - Bernama

1 comment:

Kukukasi said...

Semoga cpt Sembuh YB Menteri Kesihatan. Harap sabar.

Kpd CinaBENG Ketua MIROS.. pegi siasat tgk keta Menteri ni dh umur 12 tahun ke atau 20 tahun? ye lah sbb eksiden kn..mesti keta umor 12 tahun ke atas..

p/s : ade timbalan menteri baru keluar sekolah pegi jilat CinaBeng MIROS.. idiotic style!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive