sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label TUN M. Show all posts
Showing posts with label TUN M. Show all posts

Wednesday, 18 May 2016

Jasa Tun Mahathir Telalu Besar Pada Negara - Ku Li



Ku LI Akui Akar Umbi Umno Masih Pandang Tinggi Tun M


KUALA LUMPUR, Selasa – Meskipun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir kini sedang rancak mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, akar umbi UMNO masih memandang sumbangan-sumbangan beliau selama 22 tahun memerintah negara.

Pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, rakyat tidak boleh menafikan perkara itu walaupun setelah Mahathir bertindak keluar dari UMNO.

“Sudah tentu kerana beliau telah berada di sana (memerintah) sejak sekian lama dan selain apa yang beliau telah lakukan, kepimpinannya, dia (Dr Mahathir) juga masih mempunyai pengaruh.

Thursday, 24 March 2016

Video : Jika Najib Tak Undur, Umno Bakal Tumbang



Dalam satu ucapan (Video) Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir di Majlis Santai anjuran GKCM Negeri Sembilan, beliau memberi contoh parti yang memperjuangkan kemerdekaan tapi akhirnya tewas teruk akibat kegagalan menunaikan amanah dgn baik kepada rakyat.

Parti kongress India.. parti India yang memperjuangkan kemerdekaan.

Pada tahun sebelumn-sebelumnya, parti Kongress menang, lebih 400 kerusi parlimen, 80% daripada kerusi parlimen yg ada.

Lepas sepenggal parti tersebut tewas teruk, jatuh hingga tinggal 40 kerusi, 10% daripada kemenangan yang lepas.

Kenapa jadi begitu?

Puncanya ialah, pemimpin yang ada amalkan rasuah, tak jaga kebajikan rakyat dan Kerajaan melaksanakan gst.

Mahukah kita, parti UMNO/BN di Malaysia jadi senasib dengan parti Kongress di India?

Mahukah? Tepuk dada tanya iman.

#‎BeraniBerubah #‎BeraniKeranaBenar

Monday, 21 March 2016

Singkir Najib Dari Luar Parti


SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tindakan menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari luar parti wajar dilakukan kerana majoriti ahli parti Umno kini berada dalam ketakutan.

“Mereka juga mungkin terlalu selesa dengan layanan yang diberi Najib sedangkan jentera parti dan kerajaan BN jelas sudah lumpuh.

“Rakyat dan ahli parti sudah hilang hak untuk dapat perlindungan serta memilih pemimpin yang dimahukan.

“Faktor berkenaan menyebabkan tindakan di luar parti terpaksa dilakukan sedangkan sebenarnya, jika ahli-ahli Umno berani menolak Najib melalui suara ramai, maka kerjasama dengan parti lawan tidak perlu dibuat,” katanya menerusi tulisan di laman blog rasminya, chedet.cc.

Beliau berkata, tindakan parti lawan menyokongnya bukanlah kerana mereka setuju dengan bekas-bekas pemimpin kerajaan tetapi lebih kepada kesedaran terhadap kerosakan dialami negara di bawah pentadbiran Najib.

“Oleh sebab itu juga, mereka turut bersetuju agar Najib disingkir dan pandangan mereka adalah sama dengan pendapat bekas pemimpin Umno dan kebanyakan rakyat,” katanya.

Mahathir juga mendakwa Najib akan terus memainkan isu mengenai dirinya bersama Lim Kit Siang supaya tujuan Deklarasi Rakyat terpesong sepertimana ia memesongkan tujuan demonstrasi Bersih.

Tuesday, 14 July 2015

Nukilan sedih TUN M Di Hari Lahirnya Ke 90


Nukilan berbentuk puisi ini tertera di bawahnya di mana ia ditulis pada hari kelahirannya yang ke-90 tahun (10 Julai 2015).

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu

Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi

Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan

Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama ALLAH diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya ALLAH lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana ALLAH
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…


TUN DR MAHATHIR MOHAMED
BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA

Friday, 11 April 2014

TUDIAAA !!! TUN MUSA HITAM TERKEDU DENGAN KENYATAAN TUN M ISU MEMALI



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan beliau tidak ingat apakah bekas timbalannya, Tun Musa Hitam ada menasihati beliau supaya menangguhkan lawatan kerja ke China susulan insiden berdarah di Memali pada 19 November 1985.

"Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke China.

"Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri," katanya dalam satu makalah di blognya, chedet.cc.

Dr. Mahathir berlepas ke Beijing sehari selepas kejadian Memali untuk mengepalai rombongan swasta yang amat besar untuk katanya, meninjau peluang dagang dengan negara China yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

Wednesday, 8 May 2013

HOT !! TUN M PULAK BUKAK CERITA PASAL ITU 'TSUNAMI' !! #PRU13 #BNBagus


Putrajaya: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sememangnya menampakkan berlaku 'tsunami kaum Cina' selain wujud masyarakat Melayu yang tamak.

Dr Mahathir berkata beliau pernah menyentuh perkara itu dalam beberapa kempen pilihan raya sebelum ini, misalnya di Johor, apabila menyatakan negeri itu menyaksikan pelaksanaan konsep perkongsian kuasa yang baik bagi kaum Melayu, Cina dan India.

"... tetapi datang Kit Siang (penasihat DAP Lim Kit Siang), dia membawa konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan menimbulkan kebencian orang Cina terhadap kaum Melayu, kononnya dikatakan (Melayu) memiliki segalanya setelah merdeka," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Beliau berkata situasi itu dilihat berkembang di seluruh negara sehingga menyebabkan kaum Cina menolak persahabatan masyarakat Melayu sekali gus tercetus 'tsunami kaum Cina'.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merujuk kekalahan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di kerusi Parlimen Gelang Patah lebih kepada faktor 'tsunami kaum Cina', dan menyaksikan mereka lebih cenderung menyokong pembangkang.

Sejurus pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kemenangan Barisan Nasional (BN) semalam, Najib berkata beliau sama sekali tidak menduga keputusan PRU13 akan berlandaskan sikap perkauman, jauh sekali mencapai peringkat seburuk itu.

Dr Mahathir turut berpendapat kaum Melayu kini semakin lemah dan berpecah-belah kerana sikap tamak mengejar kuasa serta jawatan sehingga mengabaikan perjuangan Melayu itu sendiri, iaitu berkhidmat untuk bangsa, agama dan negara.

"Pada masa sama, tidak boleh kecualikan orang Melayu yang jadi tamak, masing-masing hendak kuasa, tidak kira cara mana. Kalau perlu jual bangsapun, akan mereka jual bagi mendapat apa yang mereka hendak," katanya.

Beliau berkata masyarakat Melayu dilihat tidak memahami konsep sebenar pilihan raya yang diadakan bagi tujuan membentuk sebuah kerajaan, apabila kebanyakan mereka menganggap ia hanya sebagai sebagai platform untuk kepentingan diri semata-mata sehingga berlaku perpecahan.

"Orang Melayu ini tidak faham. Mereka ingat dalam pilihan raya ini untuk mendapat tempat, gaji, peluang dapat kerja, kalau menang jadi Yang Berhormat (YB) yang dapat elaun dan kemudahan, bukan untuk berkhidmat perjuangkan bangsa, agama dan tanah air, mereka lupa sama sekali.

"Mereka tidak nampak pilihan raya sebagai satu cara membentuk kerajaan, tetapi berebut hendak tempat bagi diri sendiri sehinggakan fikir kalau menang akan dapat tempat, keuntungan yang banyak dan dapat projek," katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi jika kalah pada PRU13 bertujuan bagi meraih simpati negara barat yang sememangnya dilihat tidak senang hati dengan kemajuan negara ini, terutama dipimpin oleh Melayu dan Islam.

"Islam sekarang ini adalah musuh sejagat kebanyakan orang di barat. Mereka tidak mahu melihat negara di bawah kepimpinan Islam mencapai kemajuan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata barat secara tidak langsung akan menggunakan alasan berkenaan untuk membelasah kerajaan Malaysia sepanjang masa dan menyebabkan Islam menjadi lemah.

Sumber : Bernama

Friday, 30 November 2012

PAU 2012 !! TUN M TIBA-TIBA BERKATA-KATA ?? KENAPA ??? TUDIAAA !!! #PAU2012



Nampak Tun M juga bersemangat dengan Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir sebelum PRU. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tun M yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Beliau (Najib) telah menjawab segala tohmahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya.

Maksudnya DS Najib berjaya memimpin UMNO kejalan yang harus UMNO tujui. Supaya UMNO terus kuat dan relevan untuk menjaga Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Pendapat Tun M ini akan meningkatkan moral ahli UMNO seluruh negara untuk menyokong penuh kepimpinan DS Najib.

Sumber :KAT SINI

APJ : Tun M dulu, kini macam tu juga terbaikk !!!

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...