sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label HARON DIN. Show all posts
Showing posts with label HARON DIN. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

SAH !! PAS BATAL HUDUD !!! TAHNIAH KARPAL SINGH !!! #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation



Muktamad:  PAS Setuju Batalkan Hudud

Sepanjang tempoh berkempen ini, PAS bersungguh-sungguh sekali memperlihatkan yang mereka tidak akan tunduk kepada DAP.  Justeru, isu hudud dimainkan kembali dengan lebih keras dan lebih tegas.   Para Ulama PAS seperti Dato’ Haron Din dan Dato’ Harun Taib berkali-kali muncul membuat kenyataan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud walau apapun terjadi.  Kenyataan ini benar-benar membuat DAP panas telinga dan turut membuat kenyataan bahawa PR tidak pernah bersetuju dengan hudud dan DAP akan memastikan ia tidak akan dilaksanakan.  Kemuncaknya, Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menyeru ahli-ahli DAP agar tidak memberi sokongan kepada PAS.

Maka bergolaklah PAS dan semakin ramailah yang memberi tekanan agar meninggalkan PR.

Namun, tidak mungkin PAS akan mensia-siakan segala pengorbanan mereka menjadi anjing suruhan DAP selama ini, hanya untuk menarik brek di saat akhir.   Maka, semalam, Harun Taib memujuk ahli PAS agar tetap memberi undi pada PR dan perihal hudud akan diselesaikan kemudian iaitu selepas Pilihanraya atau selepas menang.

Hari ini nampaknya segala kemelut antara PAS-DAP mengenai hudud telah selesai apabila Norman Fernandez tampil membuat satu lagi kenyataan rasmi bahawa beliau menarik balik seruan agar tidak mengundi PAS.   Sinar Harian hari ini melaporkan alasan beliau membuat U-turn dalam masa yang singkat ialah kerana menurutnya, kepimpinan tertinggi PAS telah bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sekiranya PR menang pilihanraya.

Pelik sekali apabila media pro-pembangkang enggan menggembar-gemburkan alasan Norman Fernandez ini.  Kita ingin tahu apakah reaksi ahli-ahli PAS apabila mendapat tahu yang pemimpin mereka telah secara senyap-senyap memujuk Norman Fernandez dengan berjanji tidak akan melaksanakan hudud jika PR menang.

Kita pasti, kepimpinan PAS akan terus menafikan yang mereka ada berjanji apa-apa dengan Norman atau DAP.   Malah, di hadapan penyokong mereka, mereka akan terus berlakon seolah-olah mereka mampu menguasai DAP dalam soal hudud.  Sedangkan hakikatnya PAS telah terikat kepada perjanjian bersama Pakatan Rakyat iaitu menukar prinsip perjuangan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dan sekali gus menolak perlaksanaan undang-undang hudud.

Nampaknya, para Ulama PAS ini memang hebat sekali dalam berpolitik, jauh lebih hebat dari orang-orang jahil lagi.   Kelicikan mereka tidak terhad terhadap musuh, tetapi turut berlaku licik terhadap penyokong sendiri, terhadap rakan sekutu, terhadap diri sendiri dan terhadap Allah SWT jua.  Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala melihat ulama-ulama ini begitu asyik sekali bermain wayang dan menipu di sana sini mengikut rentak dan isu serta kadangkala mengikut emosi sendiri.

Apa yang boleh kita katakan selain, kasihan kepada penyokong PAS kerana ditipu oleh Ulama sendiri.

Jika ini tidak benar, jangan pula disalahkan UMNO tetapi tanyalah Norman Fernandez atau DAP.  Maklumlah, nak ditanya Ulama sendiri, belum tentu jawapan mereka boleh dipercayai.

Monday, 29 April 2013

MAMPUIH !! LAGI GENG DAP BANTAI PAS ISU HUDUD !!! AWAT JADI LAGU NI !!! #PRU13 #GE13 #BNBagus

Inline image 2

Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.

Bermula dengan Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, dan sekarang ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, telah secara terbuka membantah rancangan PAS untuk menubuhkan negara Islam.

Walaupun enggan mengaku, Pakatan Rakyat semakin goyah akibat tiada persefahaman dan perkongsian ideologi perjuangan.

Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.

mai baca sini

Sunday, 28 April 2013

TAK MENANG LAGI , BELANG PAS DAH TERSEMBUL KELUAR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN


Semakin ramai ahli-ahli PAS bersetuju dengan kenyataan Datuk Haron Din yang berkata kerajaan PR akan melaksanakan hudud sekiranya berjaya merampas pentadbiran Putrajaya.

Calon Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa pula membayangkan pertukaran hujung minggu sekiranya PR menang PRU13. Cuti hari Ahad akan digantikan dengan hari Jumaat seperti yang diamalkan di Kelantan.

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PR masih lagi menentang perlaksanaan hudud walaupun Datuk Haron Din berkata mereka akan menerima hudud.

Dalam kenyataan terbaru, DAP berkata mereka menghormati pendirian PAS namun tidak akan bersetuju kerana hudud tiada dalam manifesto PR.

SAMBUNG SINI 

ISU HUDUD : DAP TERSENTAK DENGAN PAS #TolakPR #PRU13



Hudud: PAS Terus Tikam Belakang PKR & DAP Dari Belakang

Asal sahaja masuk musim pilihan raya, isu hudud tidak pernah sunyi dari dipalu gendangnya oleh PAS kerana merasakan isu itu penting dalam memastikan kelangsungan pengaruh PAS dikalangan orang Melayu Islam.

Soal praktikal dan asas perlaksanaan biasanya jarang disentuh, selalunya PAS hanya akan gah membicarakannya dari segi teori sahaja sekadar memainkan sentimen keagamaan untuk meraih sokongan pengundi.

Itu juga nawaitunya apabila Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din membangkitkan semula isu hudud tanpa menyedari dalam PRU-13 ini PAS hanya bertanding di 73 kerusi sahaja berbanding keseluruhan 222 kawasan parlimen.

Dengan 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 kawasan sahaja yang berpeluang dimenangi PAS, apa yang mampu dilakukan oleh PAS terutama sekali untuk meminda Perlembagaan Negara bagi merintis perlaksanaan hudud?

Begitu pun, walau pun kita tahu hakikatnya PAS memainkan semula isu hudud tujuannya untuk meraih undi, namun dari aspek lain ia memperlihatkan sikap sebenar PAS yang tidak boleh dipercayai kerana pendiriannya yang sering berubah-ubah.

Sebelum ini, semua maklum PR pernah mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu hudud di mana masing-masing pimpinan tertinggi DAP, PKR dan PAS bersetuju soal perlaksanaan hudud tidak berbangkit selagi tidak mendapat persetujuan bersama.

Bantahan berterusan oleh DAP khususnya oleh Karpal Singh dan yang terbaru turut mengundang reaksi kurang senang oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkenaan isu hudud yang ditimbulkan oleh Dr Haron Din hanyalah riak-riak awal betapa longgarnya kesepakatan dalam PR.

Mereka sudah nampak tanda-tanda awal yang PAS bila-bila masa sahaja boleh berubah arah mengikut kepentingan politik tanpa mengambil kira persetujuan yang pernah dicapai sebelum ini.

PAS adalah parti yang fleksibel dan pendirian hanya sekeras tulang sotong, di mana ada kepentingan di situlah akan terarah hala tujunya.

Waima rakan kepimpinan sendiri seperti Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Dr Hasan Ali pun PAS sanggup korban demi menjaga kepentingan politiknya tika itu, jadi amatlah mudah untuk PAS menikam belakang rakan sepakatan juga demi kepentingan sendiri.

Ringkas kata, DAP dan PKR terpaksa berwaspada dengan risiko kemungkinan akan ditikam dari belakang pula oleh PAS, satu kemungkinan yang tidak boleh dielakkan bila PAS berada dalam keadaan tersepit dan terdesak untuk meraih semula sokongan pengundi Melayu Islam.

Friday, 26 April 2013

HOT NEWS : PAS SEDIA TERAJANG DAP JIKA HALANG HUDUD !! KEKEKE KARPAL TERSEMBAM TU ADA KAITAN KE ?? #PRU13 #GE13 #TolakPR



PAS Sedia Terajang DAP Jika Halang Hudud


Timbalan Musyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam satu temu bualnya dengan media secara terbuka mengakui PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS menang PRU-13.

Menurut Haron Din, kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya keadaan memerlukan merupakan bukti kukuh bahawa DAP menerima dasar PAS terutama sekali dalam perlaksanaan hukum hudud

Entah bagaimana ia akan dilakukan payah nak difikirkan memandangkan dengan sejumlah 73 kerusi Parlimen yang ditandingi PAS dan hanya 12 sahaja yang putih, sukar sekali untuk PAS mengubah Perlembagaan Negara seterusnya merintis perlaksanaan hudud.

Begitu pun, kenyataan pemimpin PAS itu bagaimana pun agak bertentangan dengan DAP yang mana pada 20 April 2013 lepas, Karpal Singh menyatakan penggunaan logo PAS oleh calon DAP bukanlah bermakna dasar PAS telah diterima tanpa halangan.

Sebaliknya ia hanya menunjukkan betapa mudahnya PAS diperalatkan untuk kepentingan DAP, sama seperti mudahnya PAS tunduk pada kehendak DAP dalam isu kalimah Allah S.W.T yang sehingga kini PR tetap dengan pendirian kalimah suci itu boleh diguna pakai dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

DAP tetap dengan pendirian menolak hudud PAS dan menentang Negara Islam, sebaliknya kerjasama yang dijalin antara DAP dan PAS melalui PR hanyalah untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.

Tiada yang menghairankan dengan kenyataan Pengerusi DAP itu kerana sebelum ini pun DAP sering mempertahankan pendiriannya berhubung perkara ini. Malah pada 30 Julai 2012, Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng juga mengeluarkan kenyataan yang sama nadanya.

Dari satu sudut, jika dilihat pada kenyataan tegas Dr Haron Din, ia seperti memberi bayangan keinginan tersirat PAS untuk mengetepikan peranan DAP seandainya PRU-13 kelak PR berjaya menguasai di peringkat Pusat.

Malah ada kemungkinan juga wujud niat tersirat yang lain di mana PAS akan menerajang keluar DAP dari PR seandainya perjuangan melaksanakan hudud PAS terus dihalang oleh DAP, senario ini nampak mustahil tapi logik.

Andai benar sedemikian, kita boleh jangkakan PR tidak akan kekal lama sebaliknya haru-biru dan kecelaruan pula yang menimpa negara disebabkan pertelingkahan sesama sendiri dalam pakatan yang tak sepakat.

Yang pastinya, percanggahan ketara di antara PAS dan DAP hari ini hakikatnya membuktikan ketidaksepakatan PR, ia mungkin dianggap kecil tapi bagi khalayak bagaimana mungkin sebuah pakatan yang tidur sebantal mimpi lain-lain mampu membawa perubahan yang di war-warkan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...