sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KIT SIANG. Show all posts
Showing posts with label KIT SIANG. Show all posts

Monday, 14 April 2014

HOT NEWS : KIT SIANG BAKAL TERIMA HUDUD? BETUL KE NI? #HUDUD


Aku dengar-dengar Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak akan tampil menentang usaha Pas untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat sebagaimana tindakan pemimpin DAP lain kerana mahu menjaga hati penyokong Pas demi kelangsungan dinasti Lim.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, untuk menjamin kelangsungan dinasti Lim khususnya di Pulau Pinang, Kit Siang tidak akan mengikut jejak bekas Pengerusi, Karpal Singh dan Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua yang lantang memberi peringatan kepada Pas agar tidak meneruskan hasrat tersebut.

"Beliau tidak akan membuat pendirian tegas mengenai hudud demi menjaga hati penyokong Pas terutama di Pulau Pinang bagi memastikan negeri tersebut kekal berada dalam genggaman dinasti Lim," dakwa Lum Yong.

Wednesday, 22 May 2013

GEMPAR CELAKA !!! MODEL SELUAR DALAM CINA DAP NAK BOM TUN M DAN NAJIB ?? BANGSAT biaDAP !!!



Setelah aku baca apa yang si model 'seluar dalam' ni tulis kat fb dia disini memang mulut aku terus mengucap panjang , inilah hasil sikap membenci yang disemai oleh biaDAP kepada bangsa dia ..

Ayat cina dap ni macam ni ..

Thought for Malaysia: Put bombs in najis and mahathir mamak's car and kill them both instantly, thus making all Malaysian happy. This shall be the true Merdeka day and I can finally return home in peace.


Sial tahap celaka la cina dap model seluar dalam ni , awat dia ingat ni undang-undang komunis ka nak bom orang tak tentu pasal !!! Teruk sangatkah Malaysia ni sampai dia rasa terancam dan tak selamat ??

Cuba tengok dalam gambar dia , siap pergi melancong lagi di pantai-pantai di Malaysia !!! awat nak kena rogol ka sampai dia cakap macam tu , atau semua ni kerana dia tak boleh berbogel di pantai-pantai di Malaysia ni ?? huh !!! dasar komunis ka nih !!! 

Ini Malaysia la bangsat !!! jenis manusia macam lu pergi berambus ke China ka , Taiwan ka , Australia ka kalau nak berbogel ambil gambar !!! 

Aku minta pihak berkuasa ambil tindakkan atas tulisan cina dap model spenda ni !!! Bom mana dia nak bawa !! gengster dap mana dia nak suruh bom Najib dan Mahathir ??

Kalau tak selamat lagi Malaysia ni pergi la berambus keluar dari Malaysia !!! Bangla lagi ok dari manusia macam ni !! huh !!! 

Ni jenis satuu geng cina dap yang terbalikkan bendera Melayu ehh Malaysia hari tu la nih !! ajaran dap sial !!! 



dah betulkan balik bendera negara ku Malaysia !!! 









Monday, 20 May 2013

PANAS !!!! SEBAGAI ANAK MELAYU , SAYA TIDAK PERNAH MENJUAL 'ROH' SAYA PADA DAP !!!!

Tunku Aziz : Nekad terus dedahkan 'rahsia' DAP

 Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa akan terus mendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang anak Melayu tegasnya, beliau tidak pernah menjual ‘rohnya’ kepada DAP dan menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan ‘rahsia’ DAP yang cuba merosakkan negara.

"Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!” dakwanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ditanya mengenai amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil tindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP, Abdul Aziz menjawab beliau bersedia berhadapan dengannya di mahkamah.

“Saya tidak takut dengan amaran tersebut, ini negara saya, keluarga saya sudah berada di negara ini sejak ribuan tahun lalu, saya tidak akan jual roh saya kepada DAP.

“Semakin amaran begini dikeluarkan, semakin itulah semangat saya untuk dedahkan ‘rahsia’DAP berkobar-kobar,” katanya.

Semalam, Karpal mahu Abdul Aziz menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.

Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar ‘gentleman’ beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti.

Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Bagaimanapun, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik.

Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya. SINAR

Tuesday, 14 May 2013

13 MEI YANG KITA TIDAK TAHU !!! WAJIB TENGOK !! YANG DAP TAKUT !!!


DAP memang takut kalau kita bukak cerita ni. Mereka buat video, mereka buat cerita, spin fakta mengatakan yang tragedi 13Mei terjadi kerana Tun Mahathir dan geng2 berniat untuk menggulingkan Tunku Abdul Rahman, lalu untuk "memaksa" Tunku Abdul Rahman berundur, orang Umno buat rusuhan 13Mei.

Salah, salah, dan amatlah salah. Biasalah DAP ni, depa yang cipta sejarah buruk, lepas tu takut kita anak muda tau apa yang depa dah buat pada kita, pada negara ni. Neh aku nak cerita apa yang terjadi sebelum 13 Mei 1969. Mana2 buku keluaran SUARAM (Suara Anak Haram), Kua Kia Soong (Ahli PAP Singapura) takde pun cerita pasai ni, tapi aku akan cerita malam ni.

Lihat gambaq di atas. Siapa beliau?? Beliau ialah Encik Kassim bin Omar, seorang pekerja pilihanraya Umno. Dalam bab 7 bertajuk "Upacara Pengkebumian Pahlawan Merah", Tunku Abdul Rahman dalam bukunya bertajuk "13 Mei, Sebelum dan Selepas", menceritakan, pada 24 April 1969, 2 minggu sebelum hari buang undi, telah diserang di Jelutong, Pulau Pinang dan beliau dibunuh dengan kejam oleh ahli2 Parti Buruh. Badan beliau diconteng dengan cat merah.

Bagi mengelakkan timbulnya rusuhan kaum, kerajaan telah meminta keluarga si mati dan pemimpin Melayu di Pulau Pinang supaya BERSABAR dan tidak akan menyebarkan berita tersebut supaya komunis tidak dapat menghalang pilihanraya daripada berlangsung.

Aku menulis benda yang benar. Memang sejak peristiwa ni, orang Melayu jadi geram dengan kerajaan sebab terlalu berlembut dengan Cina komunis ni, dan di sini jugak parti DAP mengambil kesempatan, pukul canang, memainakn sentimen perkauman tanpa rasa bersalah.

Kemuncak daripada peristiwa ini ialah peristiwa hitam 13 Mei, dan surat terbuka Tun Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman.

Sekarang bukan masa menyalahkan sesiapa. Dan aku percaya, orang2 Cina DAP juga tak berani nak mainkan sentimen perkauman macam ni lagi kerana depa juga dapat impak daripada peristiwa 13 Mei 1969, iaitu bisnes2 depa jahanam, kedai hangus, ranap. Depa pun merasai kerugian kerana peristiwa 13 Mei ini. Tapi ini tidak bermakna kita orang Melayu leka dengan depa, sebab SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU, SEJARAH MENGAJAR KITA SUPAYA BERHATI2.

Ironinya, gambaq PM Najib yang aku jumpa disimbah cat merah kat Kepong semalam, ialah tempat di mana bermulanya tragedi hitam 13 Mei 1969, apabila 3 orang pemuda Kepong telah menyerang mata2, berlaku tembak menembak dan salah seorang pemuda Kepong mati terkena tembakan. Pemuda yang mati inilah diarak dari Kepong ke Kuala Lumpur oleh Cina2 Komunis, dijulang sebagai "hero" dan DAP mengambil peluang menghidupkan api perkauman, seterusnya kemuncak kepada berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Yang paling bodoh ialah DAP mempertahankan bahawa komunis ialah hero kerana berjuang untuk membebaskan negara, tapi bila aku tanya satu soalan, "Kalau betui komunis itu hero, kenapa depa bunuh rakyat sendiri, bunuh rakyat Tanah Melayu sendiri???

Melayu mudah lupa, Cina mudah lupa, TAPI TIDAK AKU!!!

Wednesday, 8 May 2013

VIDEO CELAKA !!! SATU LAGI VIDEO CINA DAP KATA MELAYU SEBAGAI BANGLA KERANA WARNA KULIT HITAM !!! INILAH DAP MAHUKAN HINA MELAYU !!!! HINA KERANA KULITNYA HITAM !!!! #TolakDAP #TolakRASIS #PRU13


KAMI BANGSA MELAYU TAU KULIT KAMI ADA YANG HITAM BUKAN MACAM HAMPA YANG PUTIH !!! DI NEGARA CHINA PUN PUTIH JUGAK !!! KALAU HAMPA DUK CHINA DEPA TAK TUDUH PENDATANG DARI MALAYSIA KERANA WARNA KULIT SAMA , TAPI INI MALAYSIA , WARNA WARNI RAKYATNYA , ADA HITAM ADA PUTIH !! VIDEO NI DAH TUNJUK SIKAP WARNA KULIT YANG HAMPA KAUM DAP MAIN !!! 

JANGAN SAMPAI BAWA PADAH DAN BAKAR DIRI SENDIRI , KITA RAKYAT MALAYSIA !!! TUDUH ORANG ITU INI PENDATANG !!!! 

SENDANGKAN HAMPA TAK SEDAR DIRI !!!! 

KAMI RAKYAT MALAYSIA TOLAK RASIS !!!!!!! 

INDIA KA MELAYU KA , CINA MCA KA SEMUA RAKYAT MALAYSIA 

Friday, 3 May 2013

KES BOM PETROL PKR PULAK GELABAH !!! ADA APA-APA KA NIH Woii !!!! #PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation



Bom Petrol: Kenapa PKR Menggelabah?

Sehari dua lepas, penduduk Kelana Jaya khususnya di DUN Seri Setia gempar seketika apabila tersebar berita mengenai penemuan botol berisi petrol yang mungkin mahu dijadikan sebagai bom petrol oleh pihak tertentu untuk tujuan khianat.

Lima botol berisi petrol itu ditemui di dalam longkang berhampiran Bilik Gerakan BN DUN Seri Setia semasa petugas keselamatan BN melakukan rutin harian pemeriksaan di sekitar kawasan selepas selesai majlis kempen yang disertai calon BN Dun Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad.

Seandainya bom petrol itu terlepas pandang atau petugas keselamatan gagal melaksanakan tugas hakiki mereka ada kemungkinan ia akan mengulangi kejadian buruk seperti letupan bom yang berlaku di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Setakat ini penemuan bahan berbahaya di Kelana Jaya itu masih lagi dalam siasatan pihak polis dan belum ada pihak yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Bagaimana pun reaksi segera dari pihak PKR menimbulkan sedikit kecurigaan umum apabila calonnya untuk DUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad tiba-tiba saja mengeluarkan kenyataan media mengenai isu tersebut tanpa diminta oleh sesiapa pun.

Patutnya Nik Nazmi tidak perlu pun bersusah payah memberi respons, lainlah kalau dihubungi atau ditanya oleh pihak media barulah memberikan ulasannya. Ini tidak, walau pun reaksinya kelihatan mengecam kejadian tersebut tapi secara tersiratnya nampak seperti beliau melatah dan mengelabah.

Angin tak ada ribut tidak, malah siapa suspek yang sedang diburu oleh pihak berkuasa berhubung penemuan bom petrol itu pun tidak diketahui lagi, tapi PKR awal-awal lagi sudah menggelabah seperti orang yang bersalah.

Mungkin PKR takut pihaknya dipersalahkan dan dikaitkan dengan kejadian itu memandangkan imej parti itu yang sudah sinonim dengan keganasan, itu yang segera membuat kenyataan media walau pun tidak diminta sesiapa.

Tapi tiada siapa pun yang menuduh si polan itu atau si polan ini yang buat kerja haramjadah sebegitu. Yang PKR tiba-tiba kalut tiba-tiba dan menggelabah tak ketahuan, buat apa? Terasakah?

TUDIAA !! MAKIN TERUK !! ANWAR TUDUH PMO BAWA HANTU PULAK DAH !!!!

Untitled14

Dalam sidang akhbar Anwar Ibrahim 2 Mei, beliau menuduh PMO membawa pengundi-pengundi hantu untuk mengundi di Semenanjung.

Tuduhan melulu ini sengaja dibuat untuk mencari alasan sekiranya Pakatan kalah dalam PRU13.

Mula-mula dikatakan 130,000 pengundi diterbangkan ke Semenanjung, kemudian jumlah dikurangkan pula kepada 45,000 orang.

Belum apa-apa lagi, Ambiga dan Bersih sudah memekak tentang isu ini menunjukkan sikap berat sebelah NGO ini.

Sebelum ini mereka menuduh pendatang asing ramai mengundi di Sabah, kali ini tuduhan dibuat mengatakan pengundi-pengundi Bangladesh, Indonesia & Filipina dibawa pula ke Semenanjung.

Penipuan Pakatan Rakyat semakin melampau.

Anwar enggan menunjukkan bukti yang beliau ada. Sama seperti beliau enggan bersumpah atau tunjukkan jam Omega beliau


Thursday, 2 May 2013

HOT VIDEO !!! KIT SIANG BAGI RM 100 UNTUK DENGAR CERAMAH !!! KATA ANTI RASUAH !! biaDAP !!! #UbahPenang #NajibMyPM #PilihBN #TolakPR #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BNBagus #Vote4BN


Lim Kit Siang sering melaungkan kebanggaan kerana ramai masyarakat Cina membanjiri ceramah-ceramah beliau.

Baru-baru ini beliau kantoi apabila ramai yang menghadiri ceramah beliau semata-mata dibayar RM100 setiap orang.

DAP mengkritik BN setiap hari kerana kononnya “membeli undi” namun sebenarnya DAP pun sama.

Menurut warga tua yang ditemuramah dalam video ini, jika tidak diberi wang RM100 itu tiada seorang pun akan dating mendengar ceramah Lim Kit Siang di Johor.



APJ : KATA ANTI RASUAH TAPI NI JAMU RASUAH KAT RAKYAT !!! APA DAH JADI NIH !!!! HEH MACAM NI KA YANG DOK PEKIK ' BERSIH ' 

TOLAK PERASUAH TOLAK DAP 

UNDI BN

Tuesday, 30 April 2013

KECOH !!!! DAH DI LONGKANGPUN PEMBANGKANG !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation




SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain  daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan   bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.

Monday, 29 April 2013

MAMPUIH !! LAGI GENG DAP BANTAI PAS ISU HUDUD !!! AWAT JADI LAGU NI !!! #PRU13 #GE13 #BNBagus

Inline image 2

Seorang demi seorang pemimpin DAP terus menyuarakan bantahan terhadap PAS dan agenda hudud yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memang PRU13.

Bermula dengan Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor, dan sekarang ahli jawatankuasa DAP Kedah S Neelamekan, telah secara terbuka membantah rancangan PAS untuk menubuhkan negara Islam.

Walaupun enggan mengaku, Pakatan Rakyat semakin goyah akibat tiada persefahaman dan perkongsian ideologi perjuangan.

Pertelagahan merebut kerusi juga masih belum diselesaikan sehingga Pengerusi DAP Kedah telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau semalam.

mai baca sini

Sunday, 28 April 2013

PANAS !!! UBAH ANWAR , KIT SIANG DAN KARPAL !!! #PRU13 #TukarKedah #TolakPR #GE13 #BNBagus



Masa Untuk Ubah Anwar, Kit Siang & Karpal


Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa.

Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya.

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung.

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.

Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.

GEMPAR !!! MAK LAMPIR BAKAL BERKUBUR DIBENAM !! #PRU13 #GE13 #TolakPR



Dr. Rozaidah Berpeluang Cerah Tumbangkan Zuraidah

Parlimen Ampang, bakal menyaksikan pertembungan dua wanita, iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN)  dengan Zuraida Kamaruddin (PKR).   Sekali pandang, dari segi mata kasar, Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma.

Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004, namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.

Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel, di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham.  Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan ‘kemungkinan’ beliau berduaan dengan lelaki lain.

Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka.

Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan, BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti.   Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya, Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak, tetapi dengan yakin, tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu.

Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya, Zuraidah mati kutu.

Zuraidah diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan.  Satu-satunya perkara yang menyebabkan Zuraidah dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali.   Sejak awal memegang jawatan lagi, Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ.  Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya, semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin.

Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu, Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya.

Ini berdasarkan latarbelakang Zuraida yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen, tetapi sejurus menang PRU 2008, iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575.

Tidak cukup dengan itu, pada 31 Mei 2010 pula, Zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547, pada 3 November 2011, sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012, sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.

Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan, mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya.   Namun, itu bukanlah masalah rakyat.

Masalah rakyat ialah, berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya?  Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.

Oleh itu, salahkah jika rakyat mengesyaki Zuraida sebagai korup?  Tidak boleh tidak, perkara ini tetap difikirkan oleh rakyat Ampang dalam membuat pilihan mengenai wakil mereka.

Dengan semua kemewahan ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang ‘berjaya’ walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.

Justeru, ‘kejayaannya’ itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah, iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya.  


Saturday, 13 April 2013

MAMPUIH DAH !! KIT SIANG MULA GOYANG !!! ARAH PAK KATAN TUTUP MULUT !!! #TolakPR #BetterNation #UbahPenang #GE13 #PRU13


Dalam usaha Kit Siang untuk menjadikan parti biaDAP menjadi parti tunggal untuk kaum Cina di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Kit Siang terpaksa arahkan pihak pak katan untuk berdiam diri dan mengunci mulut akibat dari perbalahan sesama mereka dalam menghadapi PRU13 sikit masa lagi.

Mungkin Kit Siang juga pening kepala apabila beliau lihat pak katan makin teruk dan menjadi barah akibat sengketa sesama sendiri dalam pelbagai hal.

Seperti katanya dalam sinar harian

JOHOR BAHRU - Anggota veteran DAP Lim Kit Siang meminta semua pemimpin parti itu dan rakan sekutu dalam pakatan pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan peluang mereka untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Kit Siang, calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah berkata demikian ketika pertelingkahan sesama sendiri di antara pemimpin DAP dan PKR Johor semakin memuncak berhubung isu pembahagian kerusi dalam pilihan raya kali ini.

Sambung SINI 

Kat situ kita boleh tengok bagaimana teruknya masalah dalaman pak katan pembangkang sendiri. 

Perbalahan ini jelas dengan  arahan ketua biaDAP ini kepada geng pak katan depa ..


APJ : NAK MAMPUIH DAH PAK KATAN DEPA NI !!! 

Monday, 18 March 2013

PANAS !!! VIDEO KAUM biaDAP DIMALUKAN ORANG PUTIH KERANA MELAYU !! HIDUP MELAYU !!



Aku nak korang dari kaum-kaum pkr dan biaDAP tengok video ni , korang ni dilahirkan disini tapi malu la sikit dengan depa ni , korang cakap Melayu pun berterabur, depa ni yang dah sah-sah bukan rakyat Malaysia... tapi ..


Ha korang tengok sendiri bagaimana penguasaan depa ni dalam bahasa 'kebangsaan Malaysia ' , korang pi la belajar dengan depa wahai kaum-kaum biaDAP dan PKR 


Wednesday, 6 February 2013

#JelajahAnakMalaysia DISERANG PUAK PENCACAI PAKATAN !!! BODOH BIN TENOK LA !!! @jtransformasi


PULAU PINANG - Cabaran dan dugaan terus diharungi oleh para peserta Jelajah Anak Malaysia dalam misi jelajah yang memasuki hari keempat pada semalam.

Kejadian yang berlaku di pasar malam Simpang Empat sudah pasti menjadi pengalaman berharga buat peserta Jelajah Anak Malaysia.

Ketika sedang membuat kajian soal selidik, mereka telah didatangi oleh individu tidak dikenali yang cuba membuat provokasi.

Samseng politik itu secara tiba-tiba menghambur kata-kata kesat dan hinaan kepada peserta yang sedang menemu ramah pengunjung pasar malam.

Ternyata provokasi gagal kerana peserta bersikap bijak dengan tidak melayan dan sebaliknya cuba mententeramkan keadaan tegang itu.

Itu merupakan kejadian pertama berlaku sepanjang misi Jelajah Anak Malaysia. Pihak penganjur turut menjangkakan kejadian serupa bakal berlaku apabila konvoi akan memasuki negeri-negeri yang diperintah pakatan haram.

Peserta yang ditemui selepas kejadian itu bersyukur kerana selamat dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

ShahAlamRebels

Mara terus mara Jelajah Anak Malaysia 

Saturday, 22 December 2012

GEMPAQ !!!! HAL EHWAL MELAYU DIJAGA OLEH ORANG CINA ?? APAHAL NI !!! HUHH


Sejauh mana agaknya DAP menyangka mereka mampu menipu orang-orang PAS atau orang-orang Melayu kononnya parti itu bersifat terbuka dan menerima berbagai kaum secara sama rata? Sebodoh-sombong manakah DAP sehingga menyangka yang orang Melayu semuanya bodoh seperti mereka juga?

Jika DAP tidak bodoh, maka, apa ke jadahnya parti itu melantik seorang Cina untuk menjaga hal-ehwal Melayu?

Inilah yang berlaku dalam Kongres DAP 2012 pada hujung minggu lalu di mana setelah semua Melayu yang bertanding untuk Jawatankuasa Kerja Pusat DAP (CEC) kalah, maka parti itu cuba menutup sifat rasis mereka melalui lantikan di bawah kuota Melayu.

Antara yang dilantik ialah Zairil Khir Johari iaitu Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Untuk pengetahuan semua, Zairil juga adalah CEO Penang Institute (badan pemikir DAP).



Tentu ramai yang hairan dan tidak percaya bagaimana Guan Eng atau DAP boleh melantik seorang Melayu bagi jawatan-jawatan penting ini sedangkan di mana-mana syarikat yang dikuasai Cina, untuk menaikkan pangkat seorang Melayu yang layak ke tahap pengurusan atasan juga adalah sesuatu yang mustahil.

Setelah mengkaji latarbelakang Zairil maka kehairanan ini pun terjawab. Dan jawapan yang didapati pula disahkan sendiri oleh laman pro-pembangkang iaitu Suara PR.

Jawapannya ialah kerana Zairil bukan seorang Melayu tetapi Cina.

Nama sebenar Zairil ialah Zairil Khir Johari bin Abdullah. Beliau adalah anak tiri kepada Menteri UMNO, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Zairil adalah anak kepada Cristine Lim Abdullah hasil perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina juga. Cristine berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari pada tahun 1996 manakala Zairil kini berusia 29 tahun. Jelas bahawa tiada setitis pun darah Melayu yang mengalir dalam tubuh Zairil.

Dengan itu, motif Zairil menggunakan nama bapa tirinya amatlah meragukan memandangkan beliau bukannya anak kecil ketika Tan Sri Khir berkahwin dengan ibunya.

Dan kini, keraguan itu juga menjadi jelas apabila beliau menggunakan nama tersebut untuk mengaburi mata rakyat bagi menjustifikasi kedudukannya sebagai wakil Melayu dalam DAP.

Hakikatnya, Zairil tidak mungkin diberi kepercayaan oleh Guan Eng untuk menjaga hal-ehwal politiknya, jauh sekali menjadi meneraju badan pemikir untuk partinya jika beliau seorang Melayu. Ini adalah sesuatu yang semua rakyat Malaysia sedia maklum.

Namun, apa yang lebih penting untuk dikupas di sini ialah hakikat bahawa DAP telah melantik seorang bukan Melayu untuk mewakili Melayu.

Bagaimana untuk menjelaskan lantikan seseorang yang bukan dari kalangan kita untuk mewakili kita? Sedangkan orang itu pastinya kurang arif tentang kehendak dan keperluan kita serta apa yang terbaik untuk kita. Bukan itu saja, terdapat juga persoalan apakah kita yakin yang beliau benar-benar akan memperjuangkan nasib kita, yang bukan merupakan ‘orangnya’.

Serta, apakah jaminan yang beliau tidak akan mengorbankan kepentingan kita untuk menjaga kepentingan ‘orang-orangnya’.

Justeru, apakah yang boleh ditafsirkan dari perlantikan Zairil Khir Johari bin Abdullah ini sebagai wakil Melayu di dalam DAP?

Tidak ada tafsiran lain lagi yang lebih tepat selain dari DAP terlalu angkuh dan terlalu membenci Melayu untuk meletakkan seorang Melayu sebagai wakil Melayu. Dan selagi boleh, DAP akan cuba mengelak, menipu dan memanipulasi keadaan bagi memastikan Melayu terus dibelakangkan dalam parti, dalam ekonomi dan dalam segala-galanya.

Laman Suara PR boleh cuba membentangkan berbagai alasan berbentuk undang-undang dan perlembagaan untuk menjustifikasikan perlantikan Zairil, namun ia tidak akan dapat menutup hakikat keangkuhan dan sifat perkauman DAP yang tiada taranya.

SUMBER : MTK

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...