sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label TUN FAISAL ISMAIL AZIZ. Show all posts
Showing posts with label TUN FAISAL ISMAIL AZIZ. Show all posts

Friday, 21 March 2014

HOT #PRKKAJANG : TUN FAISAL MINTA WAN AZIZAH HENTI PEMBOHONGAN !!! #Kajang #pilihmeifun



Panel Pemikir JASA, Tun Faisal Ismail menasihatkan calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail supaya berhenti melemparkan pembohongan termasuk menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam pertambahan pengundi awal dari 300 pengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 kepada 1197 pengundi, baru-baru ini.

Menurut Tun Faisal, pembohongan demi pembohongan dilakukan calon PKR itu menjadikan Wan Azizah dilihat hilang kredibiliti dan intergeriti, terutama ketika tempoh kempen Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang masih berbaki tiga hari.

“Ini adalah pembohongan kali ketiga oleh Wan Azizah dalam tempoh lima hari selepas menuduh pihak berkuasa Malaysia menggunakan khidmat bomoh dan menafikan suaminya (Anwar Ibrhaim) mengenali juruterbang pesawat MAS MH360 sebelum ini.

“Adakah Wan Azizah tidak malu sedangkan segala pembohongannya telah dibongkar? Kesanggupannya berbohong telah merosakkan imej beliau yang baik,” katanya ketika dihubungi Selangor Press, hari ini.

Tambah Tun Faisal lagi, Wan Azizah seharusnya terlebih dahulu mengkaji segala fakta sebelum membuat sebarang kenyataan dalam media berhubung PRK ini bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif timbul.

Malah pembohongan calon PKR itu membuktikan bahawa Pakatan Rakyat telah kehabisan modal, selain gagal menunjukkan track record cemerlang sepanjang mewakili rakyat di Kajang.

Wednesday, 5 March 2014

GEMPAR !! TUN FAISAL BAKAL SAMAN BLOGGER PR GREENBOC KERANA ARTIKEL FITNAH !!! @tunfaisal

Gelihati aku apabila Blogger sampah pembangkang GREENBOC letak gambar TUN FAISAL ISMAIL AZIZ kononnya Tun Faisal diarah bayar saman kepada HUSAM MUSANG sebanyak RM50.000 kerana menfitnah !!! 

Ternyata sikap bebal dan buat tuli BLOGGER SAMPAH GREENBOC memalukan kaum-kaum blogger pembangkang !!! udah le malas buat kajian isu ini , main sembat saja letak gambar orang lain !! yang sama kat situ hanyalah FAISAL !! hahaha bonggok la BLOGGER Sampah nih !!! 


Kat bawah ni apa yang di tulis BLOGGER SAMPAH NIH 


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini menolak tuntutan Husam terhadap seorang blogger, Faisal Rohban Ahmad yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backermemutuskan bahawa bukti yang dikemukakan oleh Husam sepanjang perbicaraan mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Thursday, 17 October 2013

PEMILIHAN UMNO !!! KETURUNAN MEGAT TERAWIS HARUS DALAM MAJLIS TERTINGGI !!! @NajibRazak @tunfaisal #TF4MT



Bila sebut nama Tun Faisal, orang akan ingat Unit Media Baru atau UMB, satu biro bawah Pemuda UMNO yang kewujudannya untuk memperkasakan perjuangan parti itu di alam siber.

Penyokongnya ramai, seramai penentangnya, di dalam dan luar parti, dua tiga tahun kebelakangan ini, seiring dengan kepesatan media sosial, dan bagaimana medium itu digunakan untuk mengangkat agenda politik, sosoknya jadi kontroversi.

Namanya penuhnya ada sedikit pelik, Tun Faisal Ismail Bin Aziz, ramai yang tertanya-tanya, dari mana datang gelaran Tun itu, dalam satu kesempatan ringkas, Agendadaily bertanyakan beliau soalan yang ramai tertanya-tanya, tapi tiada siapa bertanya secara berdepan itu.

HOT PEMILIHAN UMNO : SENARAI PILIHAN CALON MAJLIS TERTINGGI UMNO ( KEDAH)



Majlis Tertinggi: (25 Jawatan Dipilih) KEDAH DARUL AMAN



No. 01 - Datuk Seri Shahidan Kassim

No. 02 - Datuk Shamsul Anuar Nasarah

No. 04 - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

No. 05 - Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

No. 10 - Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin

No. 12 - Musa Bin Hj Sheikh Fadzil

No. 13 - Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

No. 15 - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

Monday, 7 October 2013

HOT PEMILIHAN UMNO !! AKHIRNYA TUN FAISAL LAYAK BERTANDING MT !! TAHNIAH @khairykj @tunfaisal #TF4MT




Sebentar tadi, Pengerusi Jawatankuasa Parti , Tan Sri Tajol Rosli Ghazali telah mengumumkan bahawa Tun Faisal telah dibenarkan bertanding unuk jawatan Majlis Tertinggi Umno. Mengenai perkara ini di dalam keratan Berita Harian di atas.

Sunday, 6 October 2013

#PEMILIHANUMNO : HUKUM SEBELUM DIJATUH HUKUM !! @NajibRazak @tunfaisal @khairykj #TF4MT


Apj tertarik satu artikel yang dikeluarkan di Sinar hari ini tentang nasib calon No 60 Majlis Tertinggi Umno iaitu Tun Faisal Ismail Aziz. 

Menurut artikel ini Tun Faisal kecewa namanya tidak disebut ketika majlis memperkenalkan calon di 3 negeri Pantai Timur tanah air.

Thursday, 3 October 2013

HOT VIDEO !! PEMILIHAN UMNO 13 - SATU PERSPEKTIF BARU !!! @NajibRazak @tunfaisal #TF4MT



Let's Talk : Pemilihan UMNO 2013 - Satu Perspektif Baru
Gendang perhimpunan Agung UMNO semakin rancak kedengaran dan pada tahun ini, buat kali pertamanya, UMNO akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara berbeza melalui proses demokrasi yang lebih meluas bagi menguji kematangan transformasi dan politik UMNO terutamanya di peringkat akar umbi. Let's Talk! kali ini bersama Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz bagi mengupas dengan lebih terperinci mengenai pemilihan bagi sesi Pemilihan Agong UMNO 2013.

JOM TENGOK VIDEO DI SINI




Friday, 27 September 2013

HOT INFO !!! PANAS !!! INI ADALAH RAYUAN SAYA - @tunfaisal @NajibRazak @khairykj #TF4MT




Seperti yang saya sebutkan di dalam tulisan sebelum ini, membuat rayuan adalah tanggung jawab saya, kerana ia bukan sahaja mengenai saya, Pemuda UMNO Malaysia dan Pemilihan UMNO 2013, tetapi kerana ia akan menjadi rujukan atau'precedent' kepada banyak perkara selepas ini.

Rayuan Calon MT bukan soal pemilihan 2013 semata-mata @KhairyKJ @NajibRazak

http://tunfaisal.blogspot.com/2013/09/rayuan-calon-mt-bukan-soal-pemilihan.html

Dalam rayuan saya, saya menyatakan bahawa saya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan menggugurkan nama saya dari senarai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sebaliknya hanya membaca mengenainya di portal berita BERNAMA.

Melalui portal berita BERNAMA, dilaporkan bahawa “tiada calon untuk nombor 11 dan 60 disebabkan mereka yang mengambil borang pencalonan tidak menyerahkannya semasa proses pendaftaran calon Sabtu lepas.”

Saya ingin menyatakan bahawa laporan ini adalah TIDAK BENAR sama sekali dan saya mempunyai salinan Borang Pendaftaran Calon bernombor siri 0000465 yang mempunyai cop nombor calon 000060 dan penerimaan oleh Dato’ Hj Tajudin bin Harif, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia.

Melalui sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dimaklumkan bahawa penolakan pendaftaran saya adalah disebabkan saya tidak pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian selama satu penggal. Alasan ini agak mengejutkan saya dan saya ingin merayu keputusan Jawatankuasa Pengurusan atas sebab-sebab berikut:-

HOT INFO !! RAYUAN CALON MT BUKAN SEKADAR RAYUAN SEMATA-MATA !! @NajibRazak @khairykj @tunfaisal #TF4MT




Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan terhadap diri saya dalam isu Calon Ahli Majlis Tertinggi. Saya amat-amat menghargainya. Cuma saya berharap kita semua dapat bertenang kerana saya di dalam proses membuat rayuan mengenainya. Jika boleh, biarlah pandangan dan hujah untuk menyokong atau tidak menyokong diberikan tanpa perlu mengaitkan mana-mana pihak.

Tidak timbul soal saya tidak mengembalikan Borang Pendaftaran Calon kerana borang tersebut sudah dikembalikan di hadapan puluhan saksi di PWTC pada hari Sabtu 21 September 2013.

Tidak timbul juga soal saya tidak merujuk kepada mana-mana pihak sebelum menawarkan diri dan mengembalikan Borang Pendaftaran Calon kerana saya telah merujuk kepada pelbagai pihak termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Malaysia, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli bin Tan Sri Mohamed Ghazali.

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! KES TUN FAISAL ADALAH MASALAH TEKNIKAL !!! @NajibRazak @muhyiddin_yassin @khairykj @tunfaisal #TF4MT


Kemelut yang melanda calon Majlis Tertinggi Umno dari Exco Pemuda Umno iaitu Tun Faisal yang digugurkan dari pertandingan sedikit terubat apabila Ketua Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin membuat rayuan kemarin. 

Tun Faizal Ismail Aziz yang digugurkan daripada senarai pemilihan kerana dikatakan tidak memenuhi syarat, Khairy berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ini adalah masalah teknikal menyebabkan beliau terkeluar daripada pertandingan.

Wednesday, 25 September 2013

PANAS MELAMPAU !!! APA DAH JADI NI !!! NAMA CALON MT UMNO LENYAP DALAM SENARAI !!! JAWAB ATAU MALAPETAKA ?? @NajibRazak @khairykj @tunfaisal #TF4MT



Apj agak terkejut apabila senarai UmnoOnline nama calon Majlis Tertinggi dari EXCO PEMUDA iaitu Tun Faisal Ismail Aziz No.60 tidak tersenarai .

Apakah ertinya semua ini ??? adakah kerana Tun Faisal  bukan AJK Bahagian satu penggal maka kelayakan Tun Faisal digugurkan dari bertanding ??? Huh !!!

Adalah Ibu Pejabat Umno buta atau lupa  yang Tun Faisal adalah Exco Pemuda Umno diperingkat pusat yang telah banyak menyumbang kepada Umno?

Sesungguhnya Apj dan pastinya rakan-rakan yang menyokong Tun Faisal mahu jawapan dari Ibu Pejabat Umno sendirj nanti !! Jangan sampai malapetaka menanti !!! 

Monday, 23 September 2013

PANAS PEMILIHAN UMNO !!! KENAPA HARUS TUN FAISAL BERADA DALAM MAJLIS TERTINGGI !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT


Apj sependapat dengan sahabat TaipingMali berkenaan dengan salah seorang wakil exco Pemuda Umno Malaysia iaitu Tun Faisal Ismail Aziz yang bertanding untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. 

Apj tidak nampak ada sebab perwakilan boleh menolak Tun Faisal untuk berada dalam Majlis Tertinggi Umno. Suara muda harus diberi ruang dalam Majlis Tertinggi Umno agar hasrat dan perjuagan orang muda boleh didengari oleh pemimpin atasan dalam Umno sendiri. 

Sebagai ahli kecil pemuda Umno Apj berasa bangga apabila Tun Faisal berani mahu membawa suara orang muda dalam Majlis Tertinggi apabila menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan nanti. 

Monday, 16 September 2013

TUDIAA !!! PERWAKILAN HARUS BUAT PILIHAN BIJAK !!! @tunfaisal @NajibRazak #TF4MT



Perwakilan di peringkat cawangan dan bahagian perlu bijak dalam membuat pilihan mereka kerana ia akan menentukan kestabilan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan mereka di peringkat akar umbi akan menentukan kekuatan serta perubahan tonggak kepimpinan Umno dalam menghadapi pelbagai cabaran yang sedang dilalui.

"Di peringkat bahagian, di peringkat cawangan, orang yang ada kuasa mengundi ini mereka boleh memilih orang yang bawa perubahan, yang amanah dan sebagainya.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...