sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 25 August 2013

PANAS !!! PENTADBIRAN UMNO BAHAGIAN BATU PERLU BERUBAH ATAU REBAH !! @NajibRazak @TengkuAdnanReal



Kali ni Apj nak bercerita tentang kawasan yang berjiran dengan Apj selama 13 tahun Apj merantau di Kuala Lumpur nih !! Parlimen Batu memang tak asing lagi dalam diri Apj yang hari-hari lalu sana untuk pergi kerja !! 

Cerita bab pemilihan Umno yang makin dekat dengan kita, memang makin panas !! Panas dengan masing-masing resah gelisah dan tak senang duduk , ada yang mahu pertahankan jawatan dan ada yang mahu mencabar !! 

Bagi Parlimen Batu pulak , Apj rasa sudah tiba masanya perlu ada kesegaran baru dalam barisan pentadbiran Umno disana. Desas desus makin kencang kedengaran bahawa Ketua Umno Bahagian Batu yang kini disandang Datuk Yahya atau Tok Abas akan dicabar !! siapa pencabarnya Apj tak nak komenlah. 



Tapi Apj sangat bersetuju jika ada yang mahu mencabar , kerana Umno Bahagian Batu perlu berubah kehadapan untuk rakyat lebih percaya dan menyokong Umno Bahagian Batu walaupun kita sedar disitu bukannya kawasan Umno tapi itu bukan alasan untuk kita duduk di tahap lama, ramai apa Melayu di parlimen Batu ..

Kes yang Apj rasa sangat berat adalah di cawangan Tok Abas sendiri . Apa yang Apj dengar di halwa telinga Apj ni dan memang menjadi tanda tanya mengenai ada ahli-ahli cawangan Tok Abas ni yang mengadu bahawa tidak tahu langsung mengenai mesyuarat cawangan yang telahpun diadakan di cawangan itu  !!! Apa dah jadi nih ??

Curiga dalam hati ni kuat berkata mesti ada yang tidak kena dengan cawangan Tok Abas nih , kalau seorang dua yang bercakap pasal mesyuarat ni tak apa  jugak tapi nih ramai yang duk berbunyi dah !!! 

Gagal melaksanakan tanggungjawab di cawangan atau ada muslihat tertentu  Tok Abas ?? Ni baru cawangan Tok , macam mana Tok nak jaga bahagian kalau cawangan sendiripun jadi haru biru !! huh !!! 

Apj bukan nak burukan Tok Abas, Apj akui banyak juga yang Tok Abas bantu rakyat , tapi Pru lepas makin membuktikan sudah sampai masanya untuk Umno Bahagian Batu berubah untuk rakyat kembali ke pangkuan Umno dan membantu  Barisan Nasional Bahagian Batu mendapat kepecayaan dalam PRU14 nanti. 

Dan paling teruk adalah mengenai kes mesyuarat cawangan Tok Abas sendiri , jadi Apj rasa memang patut jawatan yang disandang Tok Abas perlu ada yang lawan. Demi sayangkan Umno Apj akan terus bersuara demi UMNO dan Perjuangan bangsa kita. Jangan pertikai hak bersuara rakyat Marhaen seperti Apj !! BERUBAH ATAU TERUS REBAH  Jumpa lagi !!! 

Lagi cerita pasal kes nih di Blog INI

1 comment:

Unknown said...

Saya sokong dgn pandangan sdr Datuk Abbas mmg tiada karisma sebagai Ketua Bahagian UMNO Batu dan perlu ditukar bagi pemilihan bahagian yang akan datang agar sokongan ahli Umno dan kaum yang lain tidak terus terhakis .Baru baru ini pada Ahad 25/8/2013 lepas saya hadir mesyuarat UMNO Taman Batu Permai sebagai permerhati dan Abbas telah merasmikan mesyuarat tsb. Saya dapati Abbas telah berkempen secara melampau kpd penyandang jwatan Ketua Cawangan (namanya dh lupa) yang juga kroninya. Beliau juga telah mengutuk pencabar kpd penyandang jawatan ( nama tak pasti tpi seorang lelaki bergelar haji) kononya hj adalah org pembangkang.
Apa Yang saya dpt lihat dr luar dewan, haji tsb telah bangkit dr kerusinya dan tegur Abbas adakah beliau faham tataetika mesyuarat UMNO dimana beliau tidak boleh berkempen scara melampau berdasarkan tataetika tsb. Abbas menjawab faham dan pd masa yg sama terus menyatakan sokongannya kpd peyandang jawatan y juga kroninya serta mcabar haji tsb membuat laporan kpd UMNO Malaysia.
Terkejut saya dgn insiden tsb tetapi saya juga akan berbuat demikian sptmana haji tsb kerana beliau juga mempunyai maruah utk dipertahankan.
Apa yang kesalkan cara Abbas berkempen ktika merasmikan mesyuarat adalah tidak professinal dan berfikiran dangkal apabila turut menyerang peribadi org lain ktika berucap. Apatah lagi Apabila beliau terus melanggar tataetika mesyuarat wlaupun telah diberi ingatan akan kesalahan tsb oleh lelaki haji dan disaksikan hampir 200 ahli UMNO di dlam dewan mesyuarat. Ini menunjukan beliau ego dan lebih mementingkan diri sendiri dan bukan perjuanngan UMNO.Percaya lah org begini yang akan terus merosakkan UMNO dan BN dan perlu dikuburkan buat selama2nya demi perjuangan UMNO masa depan. Buat lelaki haji tsb saya nasihatkan agar beliau membuat lapuran kpd UMNO Malaysia sptmana yang dicabar Abbas bg mempertahankan maruah anda kerana org yg mjatuhkan maruah org lain spt Abbas sememangnya tiada mempunyai MARUAH DAN PERLU DIHAPUSKAN DALAM DUNIA POLITIK









POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive