sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 21 October 2013

GEMPAR !! AZRAAI KHOR KEMBALI TERAJUI KEDAH ??? @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur





Berita mengenai bekas jurulatih pasukan Hijau Kuning , Mohd Azraai Khor Abdullah yang meninggalkan pasukan Perak hari ini pastinya membuatkan peminat-peminat Hijau Kuning tersenyum.

Jurulatih yang membawa Kedah ke era kegemilangan 2007/2008 itu,  menjadi harapan baru peminat-peminat Kedah untuk Kedah keluar dari kancah Liga Perdana tahun depan jika beliau di pilih dan kembali bersama pasukan Kedah. 

Apj sendiri sebagai peminat tegar Hijau Kuning mahukan Azraai kembali menjadi jurulatih Kedah. Jasa beliau terlalu besar di sini, jika tidak masalah politik yang menghantui pengurusan KFA sudah pasti beliau kekal hingga kini. 

Jom ikuti kata-kata Azraai dalam sebuah akhbar tempatan mengenai kes 'cerai' dengan Perak



Ya memang saya menamatkan kontrak sebagai jurulatih Perak. Ia dicapai setelah saya telah berbincang dengan Timbalan Presiden Pafa (Khairul Azwan Harun) semalam.

“Dalam perbincangan itu saya berterus terang menyatakan hasrat untuk menamatkan kontrak.

“Perbincangan berjalan dengan baik dan ia berakhir dengan kedua-dua pihak mencapai bersetujuan untuk kontrak saya ditamatkan.

“Memandangkan hari ini (semalam) hari Ahad, persetujuan dibuat secara lisan sahaja dan selepas ini segala syarat-syarat pelepasan kontrak yang telah dipersetujui akan ditandatangani.

“PAFA memahami hasrat saya dan mereka memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan kontrak saya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd. Azraai, 61, menyertai skuad Perak pada hujung musim lalu menggantikan jurulatih sementara dari Korea Selatan, Jang Jung.

Di bawah bimbingannya, Perak menamatkan saingan Liga Super musim ini pada tangga ketujuh.

Namun, skuad Seladang digegarkan dengan isu dakwaan rasuah baru-baru ini sehingga menyebabkan pegawai pasukan itu, termasuk Mohd. Azraai digantung selama dua minggu untuk siasatan setelah Perak dibelasah 6-1 oleh Sarawak dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia.

Sementara itu, mengenai andaian bahawa keputusannya meninggalkan Perak disebabkan kecewa dengan isu dakwaan rasuah yang melanda pasukan itu, Azraai berkata, perkara itu tiada kaitan.

“Tidak... Masalah itu (dakwaan rasuah) tiada kaitan dengan keputusan saya ini.

“Lagipun saya tidak takut untuk disiasat. Siasatan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) cuma untuk membersihkan nama saya, pegawai pasukan dan pemain," katanya.

Mengenai laporan beliau akan menyertai Kedah, Azraai yang pernah membimbing Kedah, Harimau Muda A dan Negeri Sembilan berkata, beliau belum memikirkan untuk memilih pasukan mana musim depan.

Pada Mei lalu, Mohd. Azraai dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Hijau Kuning apabila hadir untuk menonton perlawanan Liga Perdana di antara Kedah dan PDRM di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Namun, Mohd. Azraai menafikan spekulasi itu dengan memberikan alasan beliau sekadar hadir untuk menyaksikan perlawanan antara kedua-dua pasukan tersebut.

“Buat masa ini saya mahu berehat di kampung, saya belum lagi fikirkan ke mana haluan saya selepas ini," jelasnya.

Azraai turut mengucapkan terima kasih kepada PAFA dan penyokong skuad Seladang yang sentiasa memberikan kerjasama serta sokongan yang padu kepadanya dan skuad Perak sepanjang musim ini.

“Antara kepuasan saya sepanjang bersama Perak ialah memberi peluang kepada pemain-pemain skuad Piala Presiden beraksi dalam skuad utama.

“Saya percaya pemain-pemain muda ini akan menjadi pemain utama untuk skuad Perak musim depan.


Apj : Apa tunggu lagi KFA !!! Pi la tambat Azraai sebelum terlambat !! Cukup-cukuplah apa yang dah jadi na ... 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive