sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 17 October 2013

PEMILIHAN UMNO !!! KETURUNAN MEGAT TERAWIS HARUS DALAM MAJLIS TERTINGGI !!! @NajibRazak @tunfaisal #TF4MT



Bila sebut nama Tun Faisal, orang akan ingat Unit Media Baru atau UMB, satu biro bawah Pemuda UMNO yang kewujudannya untuk memperkasakan perjuangan parti itu di alam siber.

Penyokongnya ramai, seramai penentangnya, di dalam dan luar parti, dua tiga tahun kebelakangan ini, seiring dengan kepesatan media sosial, dan bagaimana medium itu digunakan untuk mengangkat agenda politik, sosoknya jadi kontroversi.

Namanya penuhnya ada sedikit pelik, Tun Faisal Ismail Bin Aziz, ramai yang tertanya-tanya, dari mana datang gelaran Tun itu, dalam satu kesempatan ringkas, Agendadaily bertanyakan beliau soalan yang ramai tertanya-tanya, tapi tiada siapa bertanya secara berdepan itu.

Menurut anak jati Perak ini, Tun di depan nama itu adalah gelaran keturunan sebelah ibunya, Puteri Faizah binti Megat Alias, beliau berasal dari keturanan Megat Terawis di Perak, yang mana mensyaratkan, jika salah seorang ahli keturunan itu berkahwin dengan orang 'kebanyakkan' maka panggal Puteri bagi perempuan ataupun Megat bagi lelaki, digantikan dengan Tun.

Panggal nama itu ada baiknya, mudah kenal saudara, seperti bekas Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah dan pendakwaraya kanan Tun Majid Tun Hamzah adalah kaum kerabat beliau.

Itulah kisahnya, ayah beliau, Aziz Bin Pandak adalah seorang guru, begitu juga ibunya. Beliau membesar dalam tradisi keilmuan, dek kerana kedua-dua orang tuanya adalah guru sekolah.

Menurut Tun Faisal, beliau terjun ke dunia politik, atas tekad untuk bersama 'memberikan khidmat kepada negara'.


Jika melihat kepada latar belakang pendidikannya, Tun Faisal merupakan seorang ahli farmasi profesional, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi dari USM pada tahun 1996, beliau pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Farmasi, Selangor Medical Centre, sebelum ditawarkan bekerja dengan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

"Satu hari, seorang pegawai di pejabat Datuk Hisham yang saya kenali semasa menjadi pemimpin mahasiswa dulu, pujuk saya menyertai pejabat Datuk Hisham (Ketua Pemuda UMNO ketika itu) sebagai pegawai penyelidik dan penulis ucapan.

"Ketika itu tahun 2001, pada mulanya saya berbelah bagi sebab saya dalam proses untuk menyertai sebuah syarikat farmaseutikal multinasional yang menjanjikan kerjaya yang stabil dan gaji lumayan, untuk hanya menjadi pegawai penyelidik, namun kawan itu janji, cuba sebulan dulu, tengok macam mana, jika tak sesuai boleh kembali ke profesion asal saya..

"Saya sahut cabaran tersebut, dan tugas pertama saya tulis kenyataan akhbar Datuk Hisham, dan saya terkejut apabila sebahagian besar daripada input saya digunakan olehnya. Ini menyebabkan saya teruja dan memberi kepuasan diri kerana merasakan saya boleh menyumbang kepada pembentukan dasar-dasar di dalam negara dan parti secara langsung melalui input-input yang diberikan."

"Ia sesuatu yang amat besar kepada anak muda macam saya,"ujarnya.

Sambung di sini 

Apj secara peribadi mengenali Tun Faisal , betul kata orang ' tak kenal maka tak cinta ' ini bukan cerita cinta tapi mengenali Tun Faisal secara dekat baru kita tahu sifatnya. Apj tabik cara kepimpinannya dalam UMB dulu , sikap ambil berat pada anak buah dan tidak kedekut ilmu buat Apj kagum dengan beliau. 

Segala negetif yang di lemparkan kepada beliau hilang dalam diri Apj , betuk katanya ' kalau nak kaya bukan ikut beliau tapi orang lain , kalau nak ilmu ikutlah beliau ... 

Kagum Apj bertambah apabila beliau bukan sahaja berani di medan maya tapi berani berdebat dan bersemuka dengan pemimpin-pemimpin pembangkang. 

Bukan macam sesetengah pemimpin media sosial lain yang hanya berdentum bercakap di media maya tapi kecut bertemu pemimpin pembangkang secara berdepan. 

Majlis tertinggi harus ada pemimpin seperti ini , beliau bukan menteri atau ahli parlimen maka seharusnya beliau di dalam barisan Majlis Tertinggi agar lebih dan punya masa untuk berjuang dalam Kepimpinan tertinggi Umno. 

Selamat Maju Jaya Tun Faisal Ismail Aziz. 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive