sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 24 February 2014

HOT NEWS !!! ANWAR LARI LINTANG PUKANG BILA LIHAT KEBANGKITAN MCA !!! #PRKKajang #kajang



Keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA untuk membenarkan anggota parti menerima jawatan kerajaan di semua peringkat merupakan keputusan tepat bagi mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Para penganalisis politik melihat keputusan yang dicapai menerusi undi hampir semua 1,982 anggota perwakilan pada mesyuarat semalam, merupakan anjakan paradigma MCA bagi kesinambungan survival parti komponen BN itu, selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Pada mesyuarat itu, hanya lima membantah manakala empat lagi enggan mengundi, sekali gus mengubah resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung parti tahun 2011 untuk MCA tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal pada PRU ke-13.

Penganalisis politik yang juga Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, tindakan itu tidak boleh dianggap sebagai membuat 'pusingan-u' kerana keputusan terbabit dibuat oleh barisan kepimpinan baharu parti, berbeza dengan barisan yang membuat resolusi pada 2011.

Beliau berkata: "MCA perlu mempunyai suara dalam kabinet, kerana tanpa perwakilan parti di situ, tangan mereka terikat... memang mereka memerlukan suara dalam Kabinet."

"Buat masa ini, jawatan menteri pengangkutan masih kosong. Keutamaan bukan pada jawatan apa yang diisi, namun pada kehadiran wakil dalam Kabinet," kata Azmi, hari ini.


Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian juga mengakui bahawa tumpuan kini adalah bagaimana resolusi itu dapat diaplikasikan, di pertengahan pentadbiran negara telah berjalan.

"Resolusi dahulu (2011) menyebabkan jawatan yang secara tradisi dipegang oleh pemimpin dari MCA seperti menteri kesihatan diisi oleh pemimpin (parti) lain.

"Jadi bagaimana ia akan dipraktikkan kerana akan berlaku konflik jika ia dipulangkan semula secara tiba-tiba kerana pemegangnya telah menjalankan peranan mereka.

"Adakah akan berlaku rombakan Kabinet atau kita akan melihat satu perluasan jawatan dalam Kabinet? Ini yang kita nantikan," katanya.

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmad Tarmizi Talib pula berkata keputusan itu wajar kerana membuka peluang parti untuk lebih komited berkhidmat kepada rakyat.

Beliau berkata keputusan lalu oleh MCA untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan bukan satu tindakan bijak dan menyifatkannya sebagai 'senjata makan tuan'.

"Mereka (MCA) sepatutnya berkhidmat kepada rakyat walaupun kalah, bukannya tidak mahu menerima atau menolak sebarang jawatan kerajaan kerana semakin mereka tidak berkhidmat semakin itu rakyat akan jauh dengan mereka.

"Oleh itu, keputusan menerima semula jawatan kerajaan adalah wajar kerana masih ada rakyat menyokong mereka... jika masih mengikut (keputusan) sebelumnya, siapa yang nak berkhidmat untuk penyokong mereka?" soalnya.

Pandangan sama turut diberikan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir yang menyifatkan resolusi itu sebagai platform terbaik MCA untuk terus berusaha menyuarakan aspirasi dan masalah rakyat khususnya masyarakat Cina supaya dapat diselesaikan dengan lebih berkesan berbanding jika mereka terus berada di luar kabinet.

Bagaimanapun, beliau berkata:"Kita amat mengharapkan MCA akan betul-betul berusaha memperjuangkan masyarakat Cina." - Bernama


apj : mantap MCA !! BANGUN DAN BERSATU !! 

2 comments:

Anonymous said...

MCA menang pun Cina yang untung,melayu dapat apa? Cina ada DAP,MCA,GERAKAN, PAS PKR ,UMNO???

Torascool said...

salam kenal and join
torascool(dot)blogspot(dot)com

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive