sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 1 July 2014

BERKEMBAN : LISA SURIHANI JANGAN SEKSI SANGAT NA !!



OH BULAN
: Sebenarnya agak jarang Lisa Surihani menghadapi masalah atau dalam erti kata lain dikritik kerana berpakaian terlampau seksi dan terdedah.

Jika ada pun, hanyalah sewaktu zaman bujangnya iaitu sebelum berkahwin dengan Yusry Abdul Halim. Selepas bergelar isteri, pelakon ini dilihat semakin bijak memilih pakaian yang lebih sopan.

Kalau menghadiri majlis-majlis tak kiralah sama ada besar atau kecil, Lisa pula selalunya tampil menggayakan busana elegan tapi masih menjaga penampilannya.



Tapi pada Kuala Lumpur Fashion Week 2014 baru-baru ini, pakaian Lisa waktu itu menarik perhatian ramai peminat di laman Facebook miliknya dan rata-ratanya menganggap busana rekaan Alia Bastamam itu agak seksi buatnya.


Walaupun bahagian bahunya ditutup tetapi dress hitam ala kemban yang terdedah di bahagian atas dada dan terbelah hingga paras peha itu tetap mengundang teguran positif kepada Lisa.


Dalam masa yang sama, ada juga yang menasihati Yusry sebagai suami untuk menjaga pakaian Lisa supaya lebih menutup aurat.

Apapun mungkin selepas ini Lisa lebih berhati-hati dalam memilih pakaian yang sesuai. Iyalah, sedikit sebanyak suami pun terjejas juga jika terpalit kontroversi, kan?

2 comments:

Anonymous said...

Lisa yg. sungguh JELITA ini dgn. kecantikan Melayu aslinya, selalunya kelihatan SOPAN! Jadi jgnlah terikut perangai artis-artis LUCAH yg. makin MENINGKAT akibat pengaruh budaya Barat-ZIONIS!

Sebenaqnya, artis BERTUDUNG tetapi SOPAN (aku pernah menonton satu teater oleh artis/pengarah terkenal - artis-artis bertudung tapi pakai kebaya pendek punya seksi - dan lakonan banyak LUCAH) - kalau dia pelakon/penyanyi hebat; tak perlu pakaian/perangai lUCAH utk. dihormati sbg. artis hebat! Budaya Barat-ZIONIS yg. amat LUCAH, yg. sungguh MENJIJIKkan pun - artisnya yg. hebat pun bukan disanjung kerana kelucahan mereka tetapi hasil bakat lakonan mereka.

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Lisa yg. sungguh JELITA ini dgn. kecantikan Melayu aslinya, selalunya kelihatan SOPAN! Jadi jgnlah terikut perangai artis-artis LUCAH yg. makin MENINGKAT akibat pengaruh budaya Barat-ZIONIS!

Sebenaqnya, artis BERTUDUNG tetapi SOPAN (aku pernah menonton satu teater oleh artis/pengarah terkenal - artis-artis bertudung tapi pakai kebaya pendek punya seksi - dan lakonan banyak LUCAH) – juga boleh jadi artis hebat!

Kalau dia pelakon/penyanyi hebat; tak perlu pakaian/perangai/lakonan LUCAH utk. dihormati sbg. artis hebat! Budaya Barat-ZIONIS yg. amat LUCAH, yg. sungguh MENJIJIKkan pun - artisnya yg. hebat pun bukan disanjung kerana kelucahan mereka tetapi hasil bakat lakonan mereka.

Makcik Sambal Belacan.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive