sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 3 July 2014

VIDEO : LAGI PENYELEWENGAN ADUN DAP DIDEDAHKAN @RameshRaoAKS @NajibRazak




Ketelusan di dalam kepimpinan DAP semakin dipersoal selepas satu lagi laporan salahguna kuasa dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong.

Presiden Pertubuhan Minda Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, pendedahan salahguna kuasa yang didedahkannya pada hari ini merupakan sebahagian siri pendedahan di mana kira-kira lima lagi laporan melibatkan individu berlainan akan turut dibongkar pada masa akan datang.

"Episod pembongkaran salahguna kuasa ahli parlimen serta Adun DAP akan kita teruskan dan kita tidak akan berhenti.

"Kita ada lima lagi laporan yang akan dibuat melibatkan individu yang berbeza," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini hari ini.

Ramesh turut memberitahu, pihaknya akan mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh calon-calon Pakatan Rakyat (PR) yang menjanjikan projek kepada kontraktor tertentu sebelum Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13).

Katanya, kontraktor yang terlibat telah mendedahkan bahawa mereka dijanjikan untuk pemberian projek dengan syarat mereka perlu melaburkan sejumlah wang untuk kegunaan kempen pilihan raya PR.

"Kita telah terima senarai penyumbang-penyumbang duit politik PRU13 yang lepas yang dijanjikan kontrak projek di Selangor dan Pulau Pinang.

"Pihak yang terlibat telah berjumpa dengan pihak kami, memberitahu bahawa mereka telah menyumbang sejumlah wang untuk tujuan kempen, senarai itu akan kami keluarkan satu persatu," ujarnya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive