sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 10 July 2014

PENDANG : MEREKA HANYA MAMPU TIDUR DI ANJUNG RUMAH !! PI TENGOK SAT PEMIMPIN PENDANG



PENDANG - Rumah yang selesa merupakan keperluan asas bagi setiap individu, namun bagi sebuah keluarga di Kampung Bendang Bukit, di sini, mereka hanya mampu tinggal di anjung rumah.

Mohd Rashidi Abd Rashid, 40, berkata, keadaan lantai rumah yang mereput itu menyebabkan mereka terpaksa tidur di anjung rumah kerana bimbang lantai rumah roboh.

“Kami hanya tidur berdindingkan kelambu sahaja kerana di ruang anjung atau beranda yang sempit itu tidak mempunyai dinding. Jika hujan kami akan kebasahan akibat tempias namun apakan daya terpaksa juga kerana lantai dalam rumah sudah reput.

Hanya isteri sahaja selalu naik ke atas rumah untuk memasak namun terpaksa berjaga-jaga kerana bimbang kaki akan tersepit di lantai papan rumah yang reput itu. Kami banyak duduk di anjung ini dari tinggal di dalam rumah,” katanya ketika ditemui.

Rashidi berkata, rumah papan yang didiami kini berusia hampir 30 tahun yang juga rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan merupakan tinggalan bapanya.

Menurut Rashidi, dia hanya mengambil upah menoreh getah di kebun orang sahaja untuk menampung hidup mereka enam beranak termasuk ibu mentuanya, Fatma Chen, 76, yang lumpuh.

“Kini, emak mentua yang lumpuh juga tinggal bersama dan segala pergerakannya perlu dibantu. Saya dan isteri terpaksa mengusungnya jika hendak ke bilik air atau tidur. Hanya ibu mentua sahaja tidur di rumah,” katanya.

Isterinya, Sarimah Arifin, 39, berkata, dia tidak dapat membantu suaminya bekerja kerana terpaksa menjaga ibunya yang memerlukan perhatian penuh serta anak yang masih kecil.

“Jika saya juga bekerja siapa akan menjaga ibu selain perlu menjaga anak bongsu Mohd Adam Danial yang berumur empat tahun.

“Manakala dua lagi anak, Aidil Haizat, 6, bersekolah di tadika di sini dan Nor Amni Najihah, 10, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pokok Asam,” katanya.

Rashidi berkata, dia ada menerima sumbangan Pejabat Zakat baru-baru ini namun tidak mencukupi dan pernah beberapa kali memohon rumah PPRT namun tidak berjaya.

Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Rashidi menerusi talian 0134180282.

SINAR 

2 comments:

Anonymous said...

Ada banyak bahan untuk memperbaiki rumah, dari papan terpakai sehingga buluh boleh diusahakan. Kemiskinan bukan alasan tidak mahu berusaha. Kita bukan tinggal dipadang pasir seperti orang somalia atau sudan. Kenapa Rashidi tidak mahu berusaha dan berharap orang lain membantunya. Kes ini sudah masuk kategori MANUSIA YANG MALAS.

Anonymous said...

atau mungkin si rashidi ni tak pandai bertukang

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive