sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 10 July 2014

PANAS !! 13 MEI , KES RAMASAMY , ZAMAN KHAN LAPOR POLIS


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Mohamed Zaman Khan Rahim Khan hari ini membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P.Ramasamy atas kenyataannya yang berbaur hasutan.

Selepas membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini pada 1 petang tadi, beliau memberitahu pemberita bahawa kenyataan Ramasamy itu bersifat hasutan dan boleh mencetuskan huru-hara dalam kalangan rakyat pelbagai agama dan bangsa di negara ini.

"Kenyataan Ramasamy ini dilihat sebagai satu tindakan subversif yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara dan tidak patut dinyatakan oleh seorang wakil rakyat.

"Justeru itu, saya membuat laporan ini sebagai warganegara yang perihatin supaya polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut Akta Hasutan 1948 terhadap beliau," katanya.

Ramasamy dipetik sebuah portal berita pada Isnin lepas sebagai berkata beliau tidak gentar sekiranya peristiwa 13 Mei berulang semula.

Beliau dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang memberi amaran bahawa peristiwa rusuhan kaum mungkin berulang sekiranya perpecahan antara kaum tidak dibendung.

Zaman Khan bagaimanapun berpendapat kenyataan Muhyiddin itu sama sekali tidak bermaksud menimbulkan huru-hara sebaliknya sebagai peringatan kepada semua rakyat agar terus kekal bersatu dan mempertahan keharmonian negara.

Menurutnya semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang membabitkan isu sensitif seperti perkauman dan agama bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

1 comment:

Anonymous said...

Zaman Khan nak projek jadi dia jadi tukang lapur UMNO.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive