sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 4 July 2014

PANAS !! PAS KATA JAWATAN MB SELANGOR BUKAN HAK PKR !! BUAT DAH !!


PAS mendesak agar kemelut kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor terutamanya melibatkan isu pertukaran Menteri Besar Selangor diselesaikan segera menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR).

Sumber PAS negeri mendakwa, PAS mempunyai hak yang sama untuk menyatakan pendirian berhubung status jawatan Menteri Besar kerana ianya bukan hak PKR semata-mata.

"Saya lihat isu besarnya ialah beliau (Abdul Khalid) tidak mendapat sokongan dalam parti sendiri (PKR).

"Bagi kita isu Menteri Besar ini adalah isu PR, bukan isu satu parti sebab semua parti mempunyai hak untuk mencalonkan Menteri Besar," katanya yang turut disiarkan di Antarapos hari ini.

Sumber dalaman PAS turut memaklumkan bahawa terdapat beberapa pimpinan akar umbi PAS yang mempersoalkan tindakan pimpinan tertinggi PR yang mengambil sikap berdiam diri .

"Isu Menteri Besar ini tak pernah dibawa dalam Majlis Pimpinan tertinggi PR untuk dibincangkan.

"Tapi kita (PAS) ambil pendirian bahawa Tan Sri Abdul Khalid adalah orang yang kita terima sebagai Menteri Besar dulu," katanya.

Beliau juga membidas tindakan beberapa pemimpin PKR yang mendesak agar Khalid meletakkan jawatan seolah-olah mengenepikan pandangan rakan komponen lain.

"Cuma yang kita dengar kenyataan di dalam media oleh beberapa orang pimpinan PKR. Itu sahaja.

"Ini pendirian bersama dalam Pakatan Rakyat, sebarang isu dasar yang bersama seperti isu ini mesti dibawa di dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat dahulu," katanya.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi PR berhubung status jawatan Menteri Besar Selangor.




1 comment:

Anonymous said...

baru tadbir 1 negeri tu..ishh,x dpt nak bygkan klu depa ni tadbir malaysia.jawabnye 1 dunia tertumpu kat negara ni..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive