sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label KHALID IBRAHIM. Show all posts
Showing posts with label KHALID IBRAHIM. Show all posts

Tuesday, 10 March 2015

Anwar Dengki Khalid Ibrahim Boleh Ke Sidang Parlimen #SuaraDariPenjara


Semua rakyat Malaysia tau apa Anwar buat pada bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dulu, kerana cita-cita Anwar mahu jadikan Isterinya sebagai Menteri Besar, Anwar sanggup menjatuhkan Tan Sri khalid. 

Allah tu maha kaya, Cita-cita Anwar tidak kesampaian apabila Sultan Selangor tidak memilih Wan Azizah bagi mengantikan Tan Sri Khalid tetapi memilih Azmin Ali bagi memegang jawatan itu. 

Semalam Allah tunjukan lagi, akibat perbuatan Anwar, beliau tidak layak ke Sidang Parlimen kerana dipenjarakan kerana meliwat bekas pembantunya. Manusia yang Anwar mahu kuburkan dulu masih boleh ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas. 


Dengan nada yang sinis, Tan Sri Khalid memuat naik status di facebooknya berbunyi " Tadi saya hadir ke Majlis Pembukaan Parlimen sesi ke-13. Saya ditempatkan di belakang sekali setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas. Alhamdulillah saya 'masih layak dan boleh hadir selaku MP Bandar Tun Razak'. Semoga Allah terus memberikan kekuatan dan perlindungan". 

Inilah kuasa Allah wahai Anwar, selicik manapun kamu , namun kuasa Allah tidak ada manusia dapat halang. Semoga menjadi pengajaran kepada semua pemimpin di Malaysia ini. 


Thursday, 18 September 2014

HOT NEWS : PEMUDA PAS PERTAHAN KHALID , TAMPARAN BUAT ANWAR IBRAHIM



Pemuda Pas menunjukkan mereka bukan 'pak turut ' atau bahasa cantiknya ' toghud' dalam isu dan kemelut jawatan MB Selangor ni , semalam Pemuda Pas dalam mukhtamar tahunan pemuda pas ,mereka sebulat suara menyatakan sokongan kepada Khalid Ibrahim untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor.

Muktamar Tahunan Pemuda PAS hari ini sebulat suara mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang berintegriti serta mempunyai kredibiliti.


Perwakilan Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli mengusul perkara itu ketika membahas ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS dan ia mendapat sokongan kira-kira 700 perwakilan Muktamar.


Hanafi mencabar perwakilan yang hadir supaya berdiri jika mereka bersetuju mengatakan Abdul Khalid hilang integriti sebagai seorang menteri besar namun tiada seorang pun perwakilan berbuat demikian.


"Saya rasa tiada pun perwakilan yang kata Tan Sri Khalid hilang integriti, setuju?," katanya ketika berucap.


Sebelum itu, Hanafi menyatakan rasa pelik dengan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor yang tiba-tiba berlaku pada saat Pakatan Pembangkang cuba membawa kebajikan di negeri itu.

Wednesday, 26 March 2014

PANAS !!! AZMIN ALI DAN KHALID IBRAHIM KEMBALI BERPERANG !! APA NAK JADI NIH !!!




rakyatnews : Isu penamatan perkhidmatan Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghangatkan sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) apabila terdapat percanggahan kenyataan antara beliau dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam sesi pendengaran itu, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS menjelaskan bahawa keputusan penamatan perkhidmatan Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, masih 'tergantung' bagi membolehkan siasatan dari setiap sudut, termasuk aspek perundangan.

"Siasatan juga meliputi keputusan yang telah dibuat atau dokumen yang dikeluarkan PKNS tanpa pengetahuan atau kelulusan Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah lain," katanya pada sesi pendengaran itu.

Isu penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah PKNS pada 8 Jan lepas mencetus kontroversi selepas Abdul Khalid menafikan terlibat dalam keputusan itu, sebaliknya mendakwa tindakan menggugurkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dilakukan dibuat berdasarkan tafsiran pegawai tertinggi PKNS.

Friday, 14 March 2014

GEMPAR !!! PERTEMUAN SULIT PAKATAN , KOMPLOT UNTUK JATUHKAN MB SELANGOR ?? #Kajang #PRKKajang




Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu diyakini akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut sumber, pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Monday, 3 March 2014

PANAS !! KONFLIK ANWAR DAN KHALID IBRAHIM , ELIZABERT WONG CUBA JADI HEROIN !!!!



Elizabeth Wong Putar Belit Isu Konflik Anwar - Khalid Ibrahim

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong dilihat cuba memutarbelit konflik di antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara komunikasi tersendiri dalam isu melibatkan Perjanjian Persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu berkata, ianya tidak sewajarnya dijadikan isu kerana kedua-dua tokoh itu merupakan sahabat karib sejak sekian lama.

"Saya rasa mereka (Khalid dan Anwar) ada cara komunikasi berbeza, mereka sudah berkawan lama.

"MoU merupakan isu berbeza. Isi kandungan dalam MOU itu diteliti. Dikalangan pemimpin kita juga tidak mengetahui tentang perjanjian itu. Saya juga memahami, kenapa kita perlu 'private' kerana ada kaitan dengan 'market',"katanya kepada pemberita dalam sidang media pra-Pelancaran Pusat Media PRK Kajang di sini hari ini.

Sunday, 2 March 2014

PANAS !!!! KHALID IBRAHIM DIJANGKA MENANG BESAR LAWAN AZMIN ALI !!!!


Timbalan: Peluang Khalid menang cerah


Penganalisis politik menjangka peluang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memenangi kerusi Timbalan Presiden PKR adalah cerah.

Andaian itu dibuat oleh Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berdasarkan sokongan kumpulan dalam parti itu yang menolak Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

“Peluang Abdul Khalid menang ada, kerana saya yakin beliau mempunyai sokongan daripada kumpulan tertentu dalam PKR.

“Namun Azmin masih mempunyai sokongan yang kuat daripada ahli parti dan beliau masih mempunyai pengaruh," katanya.

Bagaimanapun, ujar beliau, jika Abdul Khalid menang dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Mei hadapan, ia sedikit sebanyak akan mencetuskan perpecahan.

“Tapi sejauh mana untuk kita jangka adalah terlalu awal kerana kita tidak tahu sama ada betul atau tidak ura-ura mengatakan Azmin akan bertanding jawatan presiden,” ujarnya.

Katanya, jika Azmin berjaya memegang jawatan presiden dan Abdul Khalid sebagai timbalannya, ia akan semakin menarik dan pastinya memberikan kesan besar kepada parti itu.

“Pastinya keadaan semakin kritikal kerana mereka tidak sebulu. Kalau ia berlaku ia adalah luar jangkaan semua pihak,” kata beliau. - sinar


Kempen Anwar mungkin terjejas

Saturday, 1 March 2014

PANAS !!! MB SELANGOR AKAN LAWAN AZMIN ALI HABIS-HABISAN !!!!



Aku tak terkejut bila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim umum nak lawan Azmin Ali  dalam pemilihan PKR sebagai timbalan presiden parti.

Krisis dan percakaran antara mereka berdua ni bukan sehari dua , tunggu masa nak hancur , jadi pengumuman MB Selangor ini lawan Azmin Ali menambahkan detik kehancuran team PKR Selangor.

Abdul Khalid berkata, fokus utama perlu diberikan pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini sebagai salah satu langkah untuk memenangi jawatan tersebut.

"Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggungjawab.

"Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

"Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR," katanya 

Tambahnya, keputusan itu dilakukan berikutan menerima sokongan rakan dalam parti.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu menasihatkan pengikutnya supaya menjadikan perkara itu sebagai fokus kedua.

"Saya sudah terangkan sebab menawarkan diri bertanding timbalan presiden PKR, saya harap rakyat menjadikan hal ini perkara kedua.

"Saya tak nak ada yang cakap menteri besar salah guna kuasa," katanya.

Kata-kata MB Selangor ni jelas menunjukkan bahawa sebenarnya beliau akan menentang Azmin habis-habisan dan meranapkan kuasa Azmin dalam PKR. Inilah petanda betapa teruknya barisan kepimpinan PKR Selangor dalam merebut kuasa dan jawatan. 

Pastinya Azmin tidak akan tunduk kepada seteru kuatnya itu. 

Apj : Parti Kian Roboh - PKR 

Monday, 17 June 2013

GEMPAR !!! PKR SELANGOR KUTIP SAMPAH DARI KEDAH !!!! KAH KAH !!! MALU SIOT !!!!


Apj duk gelak tak habis-habis lagi bila baca satu artikel dari rakan blogger JAWABER6 mengenai jebon Mat Sabu sorang ni yang ditendang rakyat Kedah pada Pru13 dulu tapi dengar cerita dah dikutip oleh Kerajaan PKR Selangor menjadi Senator Negeri Selangor , kikikiki . 

Buat malu rakyat Selangor saja kutip sampah macam ni bawa masuk Selangor , apa jasa sangat yang dia buat? bantu rakyat ? atau menyusahkan rakyat dok buat demo sana sini dan ceramah maki hamun sana sini !!! 

Habis la lepas ni senator Mat Sabu komunis ni duk hasut rakyat Selangor 24jam , kalau bantu rakyat takpa jugak !! Sebelum tu aku nak ucap tahniah pada rakyat Kedah terutama penduduk Pendang kerana menolak ketua syiah Malaysia ni dari menapak di daerah Pendang. 

Buat rakyat Selangor apala nasib kita lepas ni lepas penyangak ni masuk Selangor pulak , Apjpun menetap di Selangor terasa jugak la bahana Mat Sabu nih !! 

Buat Khalid gagap , lu memang memalukan la bro , awat dah tak ada anak jati Selangor ka nak jadi orang penting dalam pentadbiran ? 



Friday, 26 April 2013

HOT NEWS : DOSA TIDAK TIDAK DIAMPUN OELH KAUM INDIA KEPADA PR #TolakPR #TolakPKR #PRU13 #GE13


                  

Roboh Kuil:  Dosa Tidak Terampun PR Kepada Kaum India

Kaum India di Malaysia boleh dikatakan bertuah kerana mendapat ‘pengajaran’ awal mengenai nasib mereka di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.  Selama sepenggal kaum India berpeluang menonton sendiri bagaimana parti pembangkang itu langsung tidak menghormati kaum India.

Jika di dalam BN, kaum India ada tempat khas dan kukuh untuk berdiri atau mengadu nasib tetapi di dalam Pakatan Rakyat, walaupun terdapat dua parti berbagai kaum iaitu PKR dan DAP namun tidak ada satupun yang meletakkan nasib kaum India sebagai keutamaan.

Kita melihat sendiri bagaimana DAP mengenepikan kaum India di Pulau Pinang, bukan sahaja dari segi jawatan mereka dipinggirkan tetapi nasib rakyat biasa keturunan India juga hanya dilihat dengan sebelah mata sahaja.  Jika kaum Melayu dibenci, kaum India pula tidak dipeduli oleh DAP.

Tanpa berfikir panjang DAP merobohkan kampung India dan Melayu bagi membolehkan pembangunan yang menguntungkan kaum Cina dilaksanakan.  Kampung Buah Pala iaitu sebuah kampung India di Pulau Pinang akan tetap menjadi simbol kekejaman PR terhadap kaum India.

Lebih malang bagi kaum India ialah, walaupun Selangor diterajui oleh PKR tetapi secara dasarnya, keseluruhan PR adalah diterajui oleh DAP yang hanya mengutamakan kaum Cina, manakala PKR pula tidak berminat untuk membela nasib sesiapa melainkan nasib Anwar Ibrahim anak beranak dan kroninya.

Justeru, kaum India terus ditolak ke tepi dan ke belakang tanpa pembelaan yang sewajarnya dan yang bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak dalam kepimpinan PR.

Bukti bahawa kaum India telah dianaktirikan boleh dilihat dalam tindakan PR merobohkan sehingga 7 kuil sepanjang penggal ini.  Antara kuil tersebut, termasuklah yang dibina di dalam pekarangan rumah.  Tiada alasan yang benar-benar kukuh bagi PR untuk memperlakukan kaum India sebegitu, terutama sekali apabila parti itu telah menabur berbagai janji bulan dan bintang untuk membantu kaum tersebut sekiranya mereka memerintah.

Kini terbukti semua janji itu hanyalah janji palsu.

Bagi kaum India, sepenggal di bawah Pakatan Rakyat sudah cukup untuk memberi pengajaran agar tidak lagi melakukan kesilapan dalam pilihanraya.  Dari situlah kita menyaksikan satu demi satu kumpulan India meninggalkan PR menjelang PRU-13.  Kebanyakan mereka dari parti DAP dan selebihnya dari PKR.

Benar, di dalam PR, khasnya DAP, ada Karpal Singh yang sepatutnya mewakili kaum India.  Tetapi, mungkin sebagai ‘Singh’ beliau tidak begitu dekat dengan sentimen masyarakat India kebanyakan.  Lebih teruk, Karpal Singh juga sama saja seperti Anwar Ibrahim yang hanya mengutamakan anak beranaknya.  

Pendek kata, bagi PR, kaum India hanyalah diperlukan sebagai pengundi. Untuk tujuan itu, hati kaum India diambil dengan cara berpakaian ala India, malah menari dan menyanyi lagu India.  Inilah yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk menarik hati kaum itu.  Namun, lebih dari itu, Anwar tidak berbuat apa-apa lagi untuk mereka.

Berdasarkan hakikat ini, maka kaum India seharusnya sudah menyedari akan ‘keindahan’ parti Barisan Nasional.  BN telah memandang ke hadapan dan telah menjangkakan perkara sebegini.  Kerana itu, BN menyediakan platform khas untuk setiap kaum supaya tiada siapa yang terpinggir.  Inilah bukti kebijaksanaan kepimpinan BN sejak dahulu lagi.

Hari ini, kita telah melihat sendiri bagaimana ‘parti berbagai kaum’ sebenarnya adalah jauh lebih rasis dari ‘parti satu kaum’.  Semoga pengajaran yang didapati selama sepenggal ini akan membantu kaum India membuat pilihan yang tepat dalam PRU kali ini

APJ : YANG AKU BOLEH KATA KAT PR ADALAH SEPERTI DI BAWAH


Wednesday, 17 April 2013

HOT NEWS : ALAMAK GAGAP TERLUDAH UNTUK BAGI AYAQ !!!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


Saya yakin lebih setengah juta rakyat Selangor dan Lembah Klang kini sedang menyumpah-nyumpah nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” ekoran gangguan bekalan air yang sedang dihadapi sejak dua hari lepas yang dikatakan akan berlarutan selama seminggu lamanya.

Saya juga yakin bahawa 500,000 penduduk di negeri dan wilayah termaju itu mungkin sedang menunggu lori-lori tangki air SYABAS di depan kediaman masing-masing bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan masing-masing.

Media baru-baru ini melaporkan tentang insiden paip pecah berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu, Batu Caves, ekoran kesan hujan lebat selama lima jam yang mengakibatkan hakisan teruk berlaku dan menghentam paip air lama berukuran 2.0 meter di situ.

Antara 28 kawasan yang terlibat di sekitar Kuala Lumpur ialah Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.

Selain itu, 55 kawasan di sekitar Ampang turut terjejas antaranya Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang dan Ukay Heights turut terjejas.

Maklumat memberitahu bahawa keadaan itu memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk dibaik pulih. Teruklah kehidupan rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang minggu ini. Itulah natijahnya bila salah memilih kerajaan…

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Haram Selangor sering bercakap tentang soal penyelesaian masalah gangguan bekalan air di negeri itu. Macam-macam cadangan yang mereka cadangkan. Namun sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan, habuk pun tiada.

Tidak mustahil jika selepas ini kita akan mendengar Khalid dan konco-konconya menyalahkan UMNO, BN, Kerajaan Pusat atau SYABAS berhubung insiden paip pecah itu. Padahal, yang sebetulnya Kerajaan pimpinan Khalidlah yang paling layak dipersalahkan.

Semua ini berlaku kerana Khalid gagal merancang dengan baik industri air di Selangor. Dia asyik merancang dengan pelbagai rancangan jangka pendek. Sudahlah jangka pendek, tiada satu pun rancangannya yang dilaksanakan!

Selangor sebenarnya memerlukan rancangan jangka panjang dan itulah perkara yang tidak ada pada Khalid.

Sebenarnya rakyat Selangor semakin sedar bahawa Khalid adalah punca segala malapetaka yang ditanggung mereka selama lima tahun ini. Rakyat Selangor memang sedang marah Khalid, kecuali para penyokong PKR yang terkenal dengan sokongan membuta tuli…

Mungkin menyedari hakikat “Khalid dibenci rakyat” itu, maka Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail membayangkan bahawa Khalid mungkin tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar sekali lagi jika Pakatan Haram mengekalkan kuasa di Selangor.

Dia tahu, rakyat Selangor menganggap Khalid adalah “liabiliti” terbesar di Selangor dan pergaduhannya dengan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, menandakan Khalid bukanlah seorang yang boleh diharap.

Tapi memandangkan Khalid itu dari “kem” Wan Azizah sendiri, maka dia terpaksa berselindung dan tidak berterus terang dalam soal ini. Jadi, jika Khalid tidak lagi dilantik menjadi Menteri Besar, bagaimana dia nak teruskan penstrukturan semula industri air yang “disalaknya” setiap hari itu?

Ketika itu, Khalid bukan lagi Menteri Besar dan dia tiada kuasa lagi untuk menghabiskan duit rakyat untuk meneruskan cita-cita menstruktur semula industri air di Selangor. Lainlah kalau BN merampas kembali Selangor. Saya yakin BN lebih bijak merancang industri air demi rakyatnya…

BACA LANJUT KAT SINI 

Tuesday, 16 April 2013

VIDEO PANAS !!! AIR AIR AIR !!! FREE SAJA KHALID DAPAT SERANAH HASIL DARI JANJI YANG DICAPATI #PRU13 #GE13 #SayangiSelangor #TolakPR #ManifestoBukanJanji


Kelemahan pentadbiran MB Selangor menangani isu air di negeri itu, ditambah pula dengan pelbagai helah yang diberikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, telah membuatkan ramai rakyat Selangor semakin menyampah dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun kerap berkata Selangor tidak ada masalah bekalan air, dan pelbagai rancangan yang telah dirancang dan jalankan, rakyat Selangor masih lagi dibelenggu masalah belakan air.

Sikap bongkak Khalid Ibrahim menolak tawaran kerajaan NS juga perlu dilihat sebagai satu contoh keperibadian Khalid Ibrahim yang lebih mementingkan politik daripada kesejahteraan rakyat jelata.

JOM KITA LIHAT 2 VIDEO LUAHAN HATI RAKYAT SELANGOR DALAM ISU AIR 




APJ : RAKYAT RASA TERTIPU ??? KALI NI PENIPU AKAN DIHUMBAN DALAM PRU13 

SAYA SOKONG BN 

Sunday, 31 March 2013

PANAS !!! KAT MANA YANG DOK KATA SELANGOR ADA MASALAH AIR ?? #BN4Selangor #PRU13 #TolakPR



MANA ADA MASALAH MA !!! 

MAI TENGOK SINI !!





Ingatlah rakyat Selangor, ini orang yang kata “manifesto bukan janji.”

TAK PUAS HATI MAI KITA BUKAK DISINI

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...