sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label DAPSY. Show all posts
Showing posts with label DAPSY. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

PRU13 !! PANAS !! ROGOL DAN BUNUH?? APA NI biaDAP !!!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation


GAMBAR HIASSAN

RED BEAN ARMY UGUT ROGOL DAN BUNUH

Siapa sangka mereka yang selama ini mengatakan sebagai pejuang kepada hak kebebasan bersuara, sebenarnya secara diam turut menguna pakai startegi komunis dan gestapo untuk menakut-nakutkan rakyat. Inilah realiti politik yang ada di dalam DAP apabila mengunakan politik paling kotor dan hina demi kepentingan politik perkauman yang sempit.

Isu yang ingin dibincangkan adalah mengenai kumpulan cybertaroppers DAP yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’ yang berfungsi untuk menyerang, menghina, mengugut mana-mana kumpulan atau individu yang dilihat cenderung kepada BN/Umno. Ia bukanlah satu dakwaan semata-mata, kerana terdapat bukti yang jelas di samping pengakuan khusus dari bekas pemimpin DAPSY (Pemuda DAP) Shen Yee Aun.

Beliau ketika ditemui menjelaskan kumpulan pencacai tersebut ditubuhkan  khusus untuk mewujudkan gerakan persepsi di kalangan maysrakat kononnya pakatan diterima oleh majoriti rakyat. Ia adalah merupakan sesuatu yang serius, kerana mereka yang menyatakan sokongan kepada BN/Umno akan diserang dengan ‘kejam’ oleh siber buli khususnya kepada masyarakat Cina.

Gambaran yang cuba diberikan, kononnya orang Cina mesti berdiri menentang Barisan Nasional. Ia adalah satu trend yang berbahaya dan jika tidak ditangani dengan betul kumpulan cybertroopers ini akan menjadikan golongan awam sebagai mangsa serangan.

Contohnya, Datuk Seri Michelle Yeoh seorang selebriti yang telah dijadikan sebagai mangsa dan sasaran dengan sumpah seranah dan cacian hanya kerana menyokong BN. Beliau yang pulang ke tanahair baru-baru ini, mengatakan bahawa dia benar-benar percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan orang yang terbaik untuk memimpin negara.

Seterusnya seorang wanita yang merupakan ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan NGO telah dilemparkan dengan pelbagai bahasa kesat. Tidak cukup dengan itu wanita itu turut diugut untuk dirogol dan di bunuh hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan pendirian pakatan pembangkang.

Dan yang terbaru, artis popular tanahair Azhar Sulaiman turut menjadi mangsa tindakan rakus dari Red Bean Army. Facebook beliau yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan berikutan videonya yang mengutuk kepimpinan pakatan rakyat telah digodam oleh mereka yang tidak dikenali. Ia kerana Azhar secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

telah memuat naik status di laman Twitternya, dengan menulis, “Facebook Saya Telah Di Hacked.Kurang Ajar!!!! Pakatan Rakyat Halang Hak Saya Untuk Bersuara-Ini Demokrasi dan Freedom Of Speech ??”

Menurut Shen, beberapa minggu lalu beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Sejurus selepas itu laporan juga telah dikemukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ia disebabkan kerana ugutan yang berterusan diterima oleh seorang pelajar dari Universiti Monash yang muncul dalam Youtube pro-kerajaan. Shen turut menjelaskan sebagai salah seorang mantan pimpinan DAPSY beliau menerima tekanan yang paling dasyat.

Selain ugutan, mereka turut mencuri kenderaan yang dia gunakan setiap kali hadir ke program-program ceramah. Malah rakan-rakannya turut diugut dan diancam dengan kata-kata kesat.

“Mungkin kerana tidak tahan dan takut, ada di antara mereka yang telah mula menjauhkan diri daripada saya. Mereka turut mengatakan saya sebagai Perkasa Cina” katanya ketika ditemui.

PEHH!!!! KARPAL TERSENTOT KENA BAMBU DENGAN TU M !!! AMIK KAW !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


Memang betul betul gentle la Tun M ni.. Lagi Karpal nak seret Tun M masuk mahkamah, makin lantang Tun M balun Kit Siang.. Dah memang betul pun apa yang Tun M cakap.. Kenapa Karpal nak heret Tun M kalau pakatan berjaya tawan Putrajaya? kenapa bukan sekarang?

Kalau betul nak tunjuk hero, dakwa la sekarang..Tun M rilek ja, siap boleh panggil mai tangkap lagi..Kalau betul nak tengok perangai Dap ni rasis ke tak, tak payah tunggu ke Putrajaya, tengok saja di Pulau Pinang..Baru dapat pegang sepenggal dah rasis gila babi..

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah" - Dr Mahathir

"Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol

SUMBER : MEDAN TEMPUR

Monday, 29 April 2013

HOT NEWS : TUDIAA KIT SIANG KELENTONG RAKYAT !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR #BNBagus




Kit Siang Kelentong Rakyat Kata PR Bakal Menang 7 Negeri


Baru-baru ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang melancarkan kempen propaganda politiknya dengan mendakwa konon PR berupaya menawan 7 buah negeri termasuklah mengekalkan kedudukan PR sebagai pemerintah di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Tiga negeri tambahan yang termasuk dalam senarai itu ialah menawan kembali Perak serta menguasai Negeri Sembilan dan Perlis.

Malangnya, kempen propaganda murahan Kit Siang bagaikan angin lalu sahaja, tak mendapat sambutan dan gagal untuk meningkatkan moral penyokong PR dan tak berupaya menandingi kebangkitan semula BN yang berterusan memperkukuhkan kedudukannya.

Ia mengecewakan tidak hanya Kit Siang, tetapi juga menyebabkan ramai penyokong PR dilanda kebimbangan kerana jika BN mengekalkan prestasinya seperti sekarang dan rakyat pula makin hari makin selesa bersama BN, bermakna PR pasti tumbang di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Lebih merunsingkan Kit Siang, bila mana kubu DAP di Pulau Pinang sudah merekah, jika kena gayanya dengan Pulau Pinang sekali harung diambil balik oleh BN.

Dalam temu ramahnya dengan akhbar China Press 27 April 2013, sekali lagi ditekankan propagandanya itu yang hakikatnya tersirat menunjukkan betapa terdesaknya DAP dan PR untuk menarik perhatian ramai supaya menyokong agenda mereka untuk mengejar kuasa ke Putrajaya.

Kit Siang sebenarnya faham, senario PRU-13 jauh berbeza dengan tsunami politik yang berlaku semasa PRU-12 2008, ditambah dengan mood rakyat yang kian kukuh di belakang BN, mahu tidak mahu terpaksalah beliau mengulangi kembali propaganda sedemikian.

Tambahan pula, Kit Siang amat mengharapkan dengan menyegarkan semula kempen propaganda ini akan mampu menjadi satu perasa tambahan untuk menarik lebih ramai penyokong PR untuk hadir meramaikan program politik PR sekali gus menjadi buah mulut khalayak.

Andai propaganda murahan dan taktik kelentong sebegini berjaya, ia satu bonus untuk DAP dan PR, kalau pun gagal ia setidak-tidaknya dapat juga meningkatkan semula semangat anak buahnya.

Itu matlamatnya, pendek kata amat diharap-harap sangat yang orang ramai akan teruja untuk menyertai kempen PR disebabkan perasaan ingin tahu apa perkembangan selanjutnya, itu sahaja.

Mungkin betul kempen propaganda Kit Siang dan DAP ini dapat memulihkan kembali semangat penyokong PR, tapi realiti semasa menunjukkan propaganda kelentong sedemikian bila sampai waktunya hanya dicampak ke longkang sahaja.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...