sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label MANIFESTO PR. Show all posts
Showing posts with label MANIFESTO PR. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

ULANG PRU13 !!! PUSAT PELACURAN DI KEDAH YANG TERBESAR ?? !! KALAU PERINTAH LAGI MAMPUIH LA !!!! #PRU13 #GE13


Masih ingat lagi isu pusat hiburan House Bar di Alor Mengkudu?? Kalau tak ingat biaq aku refresh balik apa yang Pas buat selama 5 tahun mentadbir negeri Kedah..

House Bar adalah satu bala Kerajaan Pas Kedah di mana ada pemimpin pemimpin Pas terlibat secara langsung dalam hal ini...Akibat terbongkarnya isu ini, Azizan terpaksa mencari pelbagai alasan untuk menafikan pemimpinnya terlibat, walaupun beliau tahu pekara sebenar..


5 tahun Pas perintah kedah pusat hiburan sepatutnya makin berkurang, tetapi lain pula jadinya. Hampir 500 lebih premis pusat hiburan di Kedah dilberikan kelulusan untuk beroperasi.Walaupun tidak mempunyai lesen yang sah tetapi Exco PBT tetap memberi keutamaan kepada mereka untuk memohon lesen..

Bila diserang bertubi tubi, exco berkenaan lepas tangan, MB pulak salahkan orang lain dalam hal ini ?


Bab kelulusan lesen pusat hiburan Di Kedah didalangi oleh Phahrolrazi..Bila isu ini dibongkar beliau menuduh KCS dan pegawai kerajaan tempatan cuba memperburukkan kerajaan negeri..Menurut dari sumber dalaman Pas, beberapa taukeh cina ada datang berjumpa beliau untuk mendapatkan lesen kelulusan pusat hiburan..Ini adalah salah satu contoh bukti surat yang di tandatangani oleh EXCO terbabit.


Ahli majlis sebenarnya tidak pernah meluluskan lesen tapi EXCO yang meluluskan..Akhirnya pusat pusat hiburan ini dibuka..Pusat hiburan ini hanya boleh dikompaun saja dan tidak pernah diarahkan tutup atau di sita oleh EXCO...Zaman Kerajaan UMNO/BN memerintah kelab malam diarahkan tutup tapi bila zaman pas langsung tiada arahan untuk ditutup..Pemilik hanya dikenakan kompaun biasa sahaja..Lepas bayar semuanya SELESAI..

Kalau kita tengok manifesto Pas Kedah pada PRU yang lalu Pas berjanji untuk mengawal semua punca yang boleh menyumbangkan kepada gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, melepak, pergaulan bebas dan hiburan yang melampau..


Adakah Pas berjaya mengawal semua yang dijanjikan pada manifesto PRU lalu atau Pas berjaya menambah pusat pusat hiburan di Kedah ?? Kewujudan pusat pusat sebegini sebenarnya telah merosakkan akhlak anak anak muda ..

Memang benar kata pemimpin pemimpin Pas lesen pusat hiburan ini diberikan untuk tempat berhibur bagi orang bukan melayu TETAPI Pas boleh pasti kah orang melayu tak masuk ?? Malah ada anak berbangsa melayu bekerja dalam pusat hiburan di Alor Star..Pas tak malu kah ??

Kini pusat hiburan di Kedah menjadi satu kebiasaan untuk remaja remaja melepak..Contoh gambar dibawah ini kelihatan beberapa anak muda bangsa melayu datang ke pusat hiburan


anak melayu depan pusat hiburan


tunggu masa nak masuk dalam


depan pintu masuk







Pekara begini sepatutnya boleh dielak jika Pas betul betul menunaikan apa yang janjikan pada manifesto PRU yang lalu..Sekarang ini Pas mentadbir Kedah, pas boleh melakukan apa saja kalau rasa apa yang kerajaan BN sebelum ini buat tak betul..Tak perlu berdolak dalih menyalahkan pihak lain sedangkan kelulusan premis hiburan di Kedah dibawah kuasa kerajaan negeri..


Jadi kepada rakyat Kedah, adakah anda mahu menyokong pakatan?? Kalau pangkah lagi lepas ni Kedah jadi mini danok lah.. Totok lepas Pas tak payah pi di siam dah lepas ni.. MEDAN TEMPUR

Friday, 3 May 2013

TUDIA !!! NURUL SABOTAJ MIN ALI PULAK !!! VIDEO SCANDAL HAMPA MACAM MANA Oiii !!!!#PilihBN #TolakPR #NajibMyPM #GE13 #PRU13 #BetterNation



VS 


Nurul Izzah Sabotaj Jentera Azmin Ali

Ketika semua parti-parti politik membuat pecutan terakhir menuju pilihanraya, Nurul Izzah pula membuat pecutan terakhir untuk menyelamatkan dirinya dari ditendang oleh Azmin Ali.   Menurut sumber, malam semalam, Nurul Izzah telah menghantar sekurang-kurangnya 20 orang untuk ‘berkempen’ agar tidak memberi undi kepada Azmin di DUN Bukit Antarabangsa.  Arahannya berbunyi lebih kurang seperti berikut, biar Azmin menang di Parlimen Gombak tak apa, tetapi jangan dimenangkan di DUN.  

Telah menjadi pengetahuan umum bahawa sakit hati Nurul Izzah kepada Azmin dan keluarga kerana melukakan hati ibunya sudah tidak dapat dibendung lagi.  Ibunya sendiri, Wan Azizah langsung tidak mampu bertentang mata dengan Azmin kerana terlalu sedih mengenangkan Anwar lebih sayangkan lelaki itu suami isteri, berbanding isterinya yang sah.  Sebelum ini, Anwar lebih awal mengumumkan Wan Azizah tidak bertanding, tetapi kemudiannya, Nurul Izzah telah bertindak menafikannya.

Ketiadaan Wan Azizah beberapa lama sehingga ramai tertanya-tanya ke manakah sang Presiden walaupun kempen telah bermula, membuktikan bahawa Anwar benar-benar lebih menyayangi Azmin dari Azizah.

Justeru, sebagai seorang anak ‘solehah’, Nurul Izzah mengatur langkah sendiri untuk menjatuhkan kekasih bapanya itu.  Beliau tidak sanggup melihat Azmin menjadi Menteri Besar dan seterusnya ‘membunuh’ semua orang dari kem ibunya.  Nurul Izzah perlu menyekat kemaraan Azmin yang nampaknya sudah begitu melampau akibat terlalu dimanjakan oleh Anwar.

Pada pilihan raya umum 2008, Azmin berjaya memenangi kerusi Parlimen Gombak menewaskan saingan calon dari BN, Said Anuar Said Ahmad. Beliau mendapat undian sebanyak 40,334 undi dengan majoriti undi adalah sebanyak 6,867.  Manakala, bagi kerusi Dun Bukit Antarabangsa, Azmin menerima undian sebanyak 11,731 undi menewaskan calon BN, Haslina Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.

Kali ini, Azmin akan berhadapan dengan Mohamad Nadzim Bin Ibrahim dari BN iaitu seorang peguam dan juga setiausaha syarikat.  Dan nampaknya sebelum berhadapan dengan Mohd Nadzim, Azmin perlu terlebih dahulu berhadapan dengan Nurul Izzah.

Kita pasti, jika Anwar mendapat tahu berita ini, tentu beliau bertambah pening dengan anak perempuannya ini.

Mana tidaknya, sudahlah kerusi sendiri hampir pasti akan terlepas, bukannya Izzah hendak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kerusinya, tetapi hendak dipastikan pula agar kerusi orang lain turut terlepas sama.  Bagaimanapun, kita faham bahawa Anwar tidak boleh marah kerana beliaulah yang membentuk kedua-duanya iaitu Izzah dan juga Azmin.

Kedua-dua personaliti ini menjadi begitu rakus kerana berpegang teguh kepada kepimpinan melalui tauladan.

Kerakusan telah menyebabkan Nurul Izzah sering bertindak sembrono.  Beliau sebelum ini turut cuba memerangkap kerajaan agar mendedahkan maklumat pertahanan kepada dunia.  Malah, kerana tidak berfikir sebelum bercakap, beliau juga telah mentafsir ayat mengenai kebebasan beragama sebagai bermaksud Umat Islam juga berhak menukar agama.  Tindakan ini ternyata memakan dirinya dan juga parti.

Nurul Izzah juga turut mendedahkan kebodohannya apabila cuba mengulas dan menyerang kerajaan dalam isu Lahad Datu.  Dari rakaman youtube ceramahnya, kita mendapat tahu bahawa Nurul Izzah yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin negara ini sebenarnya langsung tidak tahu mengenai sejarah pasukan keselamatan mahupun tugas-tugas mereka sekarang.  Rupa-rupanya selama ini Nurul Izzah menyangkakan yang kerja pasukan Cawangan Khas adalah untuk mencari orang hilang!?

Dan dalam tempoh berkempen ini, Nurul Izzah buat kerja bodoh lagi apabila cuba mempertikai dakwat kekal yang diperjuangkan partinya.  Susah payah beliau merakam orang mencuci jari setelah mengundi tetapi akhirnya, orang itu sendiri mendedahkan bahawa Nurul Izzah telah memerangkapnya.  Kita faham bahawa penyokong-penyokong PKR akan mempercayai apa saja, tetapi tidakkah Nurul Izzah sendiri merasa malu dengan taktik bodoh ini?

Telah kita beritahu dahulu bahawa dakwat kekal hanya digunakan di negara-negara dunia ketiga dan Malaysia tidak perlu berbalik ke belakang kerana kita punya cara yang lebih canggih dari itu.  Namun, PR sanggup berdemonstrasi memperjudikan nasib dan nyawa penyokongnya demi dakwat kekal.   Maka, bagi mendiamkan Nurul Izzah dan Ambiga, SPR pun bersetuju untuk menggunakan sistem itu disamping sistem sedia ada.

Tetapi, kini Nurul Izzah dan juga Ambiga ingin menentang dakwat kekal pula.  Benarlah kata orang, apabila slogannya ialah ‘lawan tetap lawan’, maka tentulah mereka akan terus melawan walaupun tiada apa yang perlu di lawan.

Sebelum terus berlawan, mungkin Nurul Izzah perlu melihat dulu apa yang bakal dilawannya.  Beliau kini berhadapan dengan Datuk Raja Nong Chik yang cukup dekat dengan rakyat.  Pada tahun 2008, Izzah mengatasi Shahriazt sebanyak 2,895 undi daripada 56,650 pengundi.   Kali ini, jumlah pengundi Lembah Pantai adalah 72,533 yang mana sebahagiannya disangkakan Izzah sebagai ‘pengundi hantu’.  Bagaimanapun, Izzah tidak lagi memainkan isu ini setelah pengundi tersebut sendiri tampil memberitahu Izzah bahawa mereka adalah ‘manusia dan bukan hantu’.

Mungkin Izzah telah menyedari bahawa beliau tidak akan mampu melawan Raja Nong Chik, maka kerana itulah beliau pun menghalakan senjata ke arah Azmin Ali semata-mata untuk  menepati slogan ‘lawan tetap lawan’.

Apapun, kita doakan semoga pengundi Lembah Pantai dan juga pengundi Bukit Antarabangsa bijak membuat pilihan.

Tuesday, 30 April 2013

PRU13 !! PANAS !! ROGOL DAN BUNUH?? APA NI biaDAP !!!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation


GAMBAR HIASSAN

RED BEAN ARMY UGUT ROGOL DAN BUNUH

Siapa sangka mereka yang selama ini mengatakan sebagai pejuang kepada hak kebebasan bersuara, sebenarnya secara diam turut menguna pakai startegi komunis dan gestapo untuk menakut-nakutkan rakyat. Inilah realiti politik yang ada di dalam DAP apabila mengunakan politik paling kotor dan hina demi kepentingan politik perkauman yang sempit.

Isu yang ingin dibincangkan adalah mengenai kumpulan cybertaroppers DAP yang dikenali sebagai ‘Red Bean Army’ yang berfungsi untuk menyerang, menghina, mengugut mana-mana kumpulan atau individu yang dilihat cenderung kepada BN/Umno. Ia bukanlah satu dakwaan semata-mata, kerana terdapat bukti yang jelas di samping pengakuan khusus dari bekas pemimpin DAPSY (Pemuda DAP) Shen Yee Aun.

Beliau ketika ditemui menjelaskan kumpulan pencacai tersebut ditubuhkan  khusus untuk mewujudkan gerakan persepsi di kalangan maysrakat kononnya pakatan diterima oleh majoriti rakyat. Ia adalah merupakan sesuatu yang serius, kerana mereka yang menyatakan sokongan kepada BN/Umno akan diserang dengan ‘kejam’ oleh siber buli khususnya kepada masyarakat Cina.

Gambaran yang cuba diberikan, kononnya orang Cina mesti berdiri menentang Barisan Nasional. Ia adalah satu trend yang berbahaya dan jika tidak ditangani dengan betul kumpulan cybertroopers ini akan menjadikan golongan awam sebagai mangsa serangan.

Contohnya, Datuk Seri Michelle Yeoh seorang selebriti yang telah dijadikan sebagai mangsa dan sasaran dengan sumpah seranah dan cacian hanya kerana menyokong BN. Beliau yang pulang ke tanahair baru-baru ini, mengatakan bahawa dia benar-benar percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan merupakan orang yang terbaik untuk memimpin negara.

Seterusnya seorang wanita yang merupakan ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan NGO telah dilemparkan dengan pelbagai bahasa kesat. Tidak cukup dengan itu wanita itu turut diugut untuk dirogol dan di bunuh hanya kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak selari dengan pendirian pakatan pembangkang.

Dan yang terbaru, artis popular tanahair Azhar Sulaiman turut menjadi mangsa tindakan rakus dari Red Bean Army. Facebook beliau yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan berikutan videonya yang mengutuk kepimpinan pakatan rakyat telah digodam oleh mereka yang tidak dikenali. Ia kerana Azhar secara terang-terangan menunjukkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

telah memuat naik status di laman Twitternya, dengan menulis, “Facebook Saya Telah Di Hacked.Kurang Ajar!!!! Pakatan Rakyat Halang Hak Saya Untuk Bersuara-Ini Demokrasi dan Freedom Of Speech ??”

Menurut Shen, beberapa minggu lalu beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Sejurus selepas itu laporan juga telah dikemukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi memantau dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ia disebabkan kerana ugutan yang berterusan diterima oleh seorang pelajar dari Universiti Monash yang muncul dalam Youtube pro-kerajaan. Shen turut menjelaskan sebagai salah seorang mantan pimpinan DAPSY beliau menerima tekanan yang paling dasyat.

Selain ugutan, mereka turut mencuri kenderaan yang dia gunakan setiap kali hadir ke program-program ceramah. Malah rakan-rakannya turut diugut dan diancam dengan kata-kata kesat.

“Mungkin kerana tidak tahan dan takut, ada di antara mereka yang telah mula menjauhkan diri daripada saya. Mereka turut mengatakan saya sebagai Perkasa Cina” katanya ketika ditemui.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...