sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PKR SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label PKR SELANGOR. Show all posts

Friday, 14 November 2014

DATUM JELATEK : KERAJAAN PR SELANGOR MAKIN RAKUS HALAU MELAYU


'Kami Pemilik, Bukan Penumpang'

Isu berkaitan pembinaan projek mega Datum Jelatek kini memasuki fasa baharu bantahannya yang digerakkan oleh penduduk Taman Keramat apabila projek tersebut dikatakan bakal dilancar semula pada akhir bulan ini.

Wakil penduduk Fadhilah Saharain menyifatkan tindakan yang dilakukan pihak berkuasa seperti menggunakan Akta Pelan Tanah terhadap penduduk merupakan kelakukan yang rakus dan terdesak.

"Saya difahamkan bahawa akta tersebut hanya melibatkan kepentingan awam seperti pembinaan balai polis dan jalanraya. Sebelum ini ketika pemerintahan terdahulu (Barisan Nasional), wujud juga pembinaan projek-projek lain tetapi kami tidak dikenakan akta tersebut. Kami adalah pemilik, bukan penumpang."

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Mohd Salehuddin Abdul Samad dan penduduk asal Taman Keramat Kamaruddin Shafie.

Sementara itu Kamaruddin pula melahirkan kegusaran beliau apabila amanah yang diberikan oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris berkaitan status tanah pemilikan orang Melayu kini mula diganggu sekaligus mencalar maruah kaum yang mendominasi kawasan berkenaan.


"Sejarah, maruah dan roh. Suatu ketika dahulu Datuk Harun melihat kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur ini tidak seimbang dari segi komposisi kaum. Orang-orang terdahulu juga pernah mengatakan bahawa tanah ini perlu dijaga.

Friday, 4 July 2014

PANAS !! PAS KATA JAWATAN MB SELANGOR BUKAN HAK PKR !! BUAT DAH !!


PAS mendesak agar kemelut kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor terutamanya melibatkan isu pertukaran Menteri Besar Selangor diselesaikan segera menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR).

Sumber PAS negeri mendakwa, PAS mempunyai hak yang sama untuk menyatakan pendirian berhubung status jawatan Menteri Besar kerana ianya bukan hak PKR semata-mata.

"Saya lihat isu besarnya ialah beliau (Abdul Khalid) tidak mendapat sokongan dalam parti sendiri (PKR).

"Bagi kita isu Menteri Besar ini adalah isu PR, bukan isu satu parti sebab semua parti mempunyai hak untuk mencalonkan Menteri Besar," katanya yang turut disiarkan di Antarapos hari ini.

Wednesday, 26 March 2014

PANAS !!! AZMIN ALI DAN KHALID IBRAHIM KEMBALI BERPERANG !! APA NAK JADI NIH !!!




rakyatnews : Isu penamatan perkhidmatan Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghangatkan sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) apabila terdapat percanggahan kenyataan antara beliau dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam sesi pendengaran itu, Abdul Khalid yang juga Pengerusi PKNS menjelaskan bahawa keputusan penamatan perkhidmatan Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, masih 'tergantung' bagi membolehkan siasatan dari setiap sudut, termasuk aspek perundangan.

"Siasatan juga meliputi keputusan yang telah dibuat atau dokumen yang dikeluarkan PKNS tanpa pengetahuan atau kelulusan Pengerusi dan Anggota Lembaga Pengarah lain," katanya pada sesi pendengaran itu.

Isu penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Anggota Lembaga Pengarah PKNS pada 8 Jan lepas mencetus kontroversi selepas Abdul Khalid menafikan terlibat dalam keputusan itu, sebaliknya mendakwa tindakan menggugurkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkenaan dilakukan dibuat berdasarkan tafsiran pegawai tertinggi PKNS.

Saturday, 16 November 2013

BIADAP !! KERAJAAN PKR/DAP SELANGOR CEKIK LEHER RAKYAT MELAYU MISKIN HINGGA NYAWA-NYAWA IKAN !!!



Apj terkejut juga bila baca pendedahan seorang blogger ni mengenai kenaikkan sewa rumah PPR di Selangor naik mendadak 100% dari rm124 kepada rm 250 sebulan !! apa punya kurang ajar la Kerajaan PKR Selangor yang dikatakan membantu rakyat ni buat macam ni pada rakyat miskin ?? 

Cina yang kaya-kaya biarkan kaya , Melayu dalam PPR di cekik darah mereka sampai habis !! Biasalah kan dalam pentadbiran PKR Selangor bayak cina apa jadi ADUNnya !! masa ni la nak kerat Melayu !! 

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/11/bukti-kerajaan-selangor-cuba-menipu.html

Monday, 17 June 2013

GEMPAR !!! PKR SELANGOR KUTIP SAMPAH DARI KEDAH !!!! KAH KAH !!! MALU SIOT !!!!


Apj duk gelak tak habis-habis lagi bila baca satu artikel dari rakan blogger JAWABER6 mengenai jebon Mat Sabu sorang ni yang ditendang rakyat Kedah pada Pru13 dulu tapi dengar cerita dah dikutip oleh Kerajaan PKR Selangor menjadi Senator Negeri Selangor , kikikiki . 

Buat malu rakyat Selangor saja kutip sampah macam ni bawa masuk Selangor , apa jasa sangat yang dia buat? bantu rakyat ? atau menyusahkan rakyat dok buat demo sana sini dan ceramah maki hamun sana sini !!! 

Habis la lepas ni senator Mat Sabu komunis ni duk hasut rakyat Selangor 24jam , kalau bantu rakyat takpa jugak !! Sebelum tu aku nak ucap tahniah pada rakyat Kedah terutama penduduk Pendang kerana menolak ketua syiah Malaysia ni dari menapak di daerah Pendang. 

Buat rakyat Selangor apala nasib kita lepas ni lepas penyangak ni masuk Selangor pulak , Apjpun menetap di Selangor terasa jugak la bahana Mat Sabu nih !! 

Buat Khalid gagap , lu memang memalukan la bro , awat dah tak ada anak jati Selangor ka nak jadi orang penting dalam pentadbiran ? 



Thursday, 9 May 2013

GEMPAR !!! AZMIN ALI TIBAI ANWAR CUKUP-CUKUP ISU NAK ROUND SATU MALAYSIA BUAT KECOH !!! #PRU13 #TolakPR


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.”

Dalam mesej twitnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju kehadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.

“ 

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya

“ Gagal ke Putrajaya. Salah siapa ? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya

Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini.

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamarudiin yang juga Ketua Wanita PKR.

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor.

Zuraida memberitahu antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.

AntaraPos

PANAS !!! DAP SELANGOR TAK MAU WAKIL PAS JADI MB ?? PRK PILIHAN DAP !! HAMIK KAW PAS !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR

Ng Suee Lim


SHAH ALAM - DAP Selangor memutuskan calon menteri besar negeri itu mestilah dari PKR.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, bagaimanapun calon yang layak untuk posisi itu bakal diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam tempoh terdekat ini dan spekulasi mengenai perkara itu tidak wajar wujud.

“Menteri Besar sekarang PKR, oleh itu tidak perlu wujud sebarang spekulasi mahupun teka teki kerana yang pastinya Menteri Besar akan datang juga adalah dari PKR.

“Bagaimanapun, komponen PR masih dalam penelitian calon PKR yang layak berdasarkan prestasi yang ditunjukkan penggal sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Suee Lim berkata, DAP sebagai komponen akan menyokong calon Menteri Besar yang difikirkan benar-benar layak menerajui kepimpinan Selangor.

“Kita tidak boleh mendedahkan lagi calon berkenaan kerana tindakan ini akan mengundang kontroversi.

“Kita masih punya masa untuk memutuskan calon yang layak, tunggu saja keputusan Mesyuarat PR dalam tempoh terdekat ini,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada kepercayaan rakyat Selangor kerana memberi mandat besar kepada PR untuk terus menerajui kepimpinan Selangor.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago dalam nada sama berkata, Pas menolak untuk menghantar wakil calon menteri besar.

Oleh yang demikian, sudah tentu Menteri Besar Selangor adalah dari PKR.

"Mesyuarat PR akan berlangsung hari ini dan esok, selepas itu kita akan umumkan Menteri Besar Selangor," katanya.

APJ : KIKIKI AKU DAH HABAQ !!!! DAP TAK MAU LA !!!

Sunday, 28 April 2013

GEMPAR !!! MAK LAMPIR BAKAL BERKUBUR DIBENAM !! #PRU13 #GE13 #TolakPR



Dr. Rozaidah Berpeluang Cerah Tumbangkan Zuraidah

Parlimen Ampang, bakal menyaksikan pertembungan dua wanita, iaitu Dr. Rozaidah Talib (BN)  dengan Zuraida Kamaruddin (PKR).   Sekali pandang, dari segi mata kasar, Dr. Rozaidah dengan Zuraidah umpama langit dengan bumi jika dinilai dari segi gaya dan karisma.

Dr. Rozaidah sebelum ini pernah memenangi kerusi Ampang dalam PRU 2004, namun telah digugurkan dalam PRU 2008 akibat krisis yang melanda rumahtangganya yang kemudiannya bertukar menjadi fitnah.

Fitnah tersebut terjadi apabila suaminya yang berang telah menjejakinya ke hotel, di mana beliau melarikan diri untuk bertenang seorang diri sementara menunggu suaminya turut bertenang akibat perselisihan faham.  Oleh kerana beliau enggan membuka pintu kerana takut dengan amukan suaminya, maka suaminya telah bertindak membuat laporan polis sambil membayangkan ‘kemungkinan’ beliau berduaan dengan lelaki lain.

Namun, ternyata beliau tidak pernah berkelakuan sumbang sepertimana segelintir isteri orang PAS yang gemar berduaan dengan pemimpin yang juga merupakan rakan suami mereka.

Oleh itu, setelah fitnah tersebut terjawab dan namanya dibersihkan, BN tidak ragu-ragu untuk mencalonkan beliau kembali di kerusi Ampang kerana khidmat dan dedikasi beliau terhadap rakyat kawasannya sudah terbukti.   Bagi meyakinkan masyarakat akan kebenaran di pihaknya, Dr. Rozaidah telah pun bersumpah tanpa dipaksa atau didesak, tetapi dengan yakin, tegas dan rela bahawa beliau tidak pernah melakukan apa yang dituduh ke atasnya itu.

Ketegasan dan keberanian Dr. Rozaidah bersemuka dengan masalah silamnya menyebabkan lawannya, Zuraidah mati kutu.

Zuraidah diketahui sebagai bukanlah seorang ahli parlimen yang berkesan.  Satu-satunya perkara yang menyebabkan Zuraidah dikenali ramai ialah kerana kelantangannya membela Azmin Ali.   Sejak awal memegang jawatan lagi, Zuraidah telah pun memasang kaki di MPAJ.  Re-zoning kontrak pembersihan dilakukan bagi mengaburi mata ramai kononnya ia memberi peluang kepada lebih ramai kontraktor tetapi hakikatnya, semuanya adalah proksi Zuraidah dan Azmin.

Jika rakyat terhutang budi kepada Dr. Rozaida sebagai seorang doktor yang berjaya dan sebagai wakil mereka suatu ketika dahulu, Zuraida pula sebaliknya terhutang budi kepada rakyat yang memilihnya.

Ini berdasarkan latarbelakang Zuraida yang merupakan seorang penjual buah dan ubat-ubatan tradisional yang hanya mampu memakai kenderaan Myvi sebelum menjadi Ahli Parlimen, tetapi sejurus menang PRU 2008, iaitu pada 1 July 2008 beliau telah berjaya memiliki sebuah Volvo XC90 WRL575.

Tidak cukup dengan itu, pada 31 Mei 2010 pula, Zuraidah membeli Toyota Hilux Double Cab WTY1547, pada 3 November 2011, sebuah lagi Totoya Hilux Double Cab WNA276 dan pada 24 Mei 2012, sebuah Mercedez Benz E240 BLR9680.

Tidak tahu untuk apa dan kenapa Zuraida memerlukan begitu banyak kenderaan, mungkin untuk kegunaan anak-anak atau keluarganya.   Namun, itu bukanlah masalah rakyat.

Masalah rakyat ialah, berapa banyakkah pendapatan seorang wakil rakyat untuk membolehkan beliau membeli beberapa buah kenderaan mewah dalam jangka masa 4 tahun sahaja sedangkan beliau hanyalah seorang peniaga kecil-kecilan sahaja sebelumnya?  Beliau juga bukannya datang dari keluarga yang kaya raya.

Oleh itu, salahkah jika rakyat mengesyaki Zuraida sebagai korup?  Tidak boleh tidak, perkara ini tetap difikirkan oleh rakyat Ampang dalam membuat pilihan mengenai wakil mereka.

Dengan semua kemewahan ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Zuraida adalah wanita yang ‘berjaya’ walaupun beliau bukan seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan di kawasannya.

Justeru, ‘kejayaannya’ itu dilihat sebagai faktor utama yang akan menggagalkan beliau dalam pertembungan dengan Doktor Rozaidah, iaitu seorang wanita yang telah berjaya dalam ertikata sebenar-benarnya.  


Monday, 22 April 2013

GEMPAR !!! BERITA BURUK UNTUK ANWAR #PRU13 #TolakPR #GE13 #TolakPAS



Uthayakumar Bertanding, Khabar Buruk Untuk PR 


Bekas pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar sudah sah bertanding dalam PRU-13 inidi Parlimen Kota Raja sebagai calon Bebas dalam pertarungan 4 penjuru yang turut melibatkan BN, PAS dan seorang lagi calon Bebas.

Uthayakumar juga mencalonkan dirinya di DUN Seri Andalas yang dipertahankan oleh PKR melalui penyandangnya Dr Xavier Jayakumar A/L Arulanandam dalam pertandingan 5 penjuru.

Lebih menarik lagi di kerusi yang sama, seorang bekas pemimpin PKR, Kottappan A/L Suppaiah serta mencabar Xavier menjadikan pertarungan di DUN Sri Andalas cukup sengit.

Pada PRU 12 2008 yang lalu, Parlimen Kota Raja dimenangi oleh PAS manakala DUN Sri Andalas dan Sri Muda dikuasai PKR, masing-masing dengan majoriti yang cukup besar kerana mereka mendapat laba hasil manfaat undi protes oleh pengundi keturunan India terhadap BN tika itu.

Namun kemudiannya, pasca PRU 12 menyaksikan masyarakat India semakin ramai berpaling arah meninggalkan PR, antara faktor pendorongnya ialah isu Kampung Buah Pala dan layanan diskriminasi oleh PR.

Ternyata selama ini PR hanya mengambil kesempatan semata-mata untuk kepentingan politik tanpa berusaha menambah baik kehidupan masyarakat India.

Dengan kemunculan Uthayakumar sebagai calon Bebas di Parlimen Kota Raja dan DUN Sri Andalas, jelas sekali ia satu perkhabaran buruk buat PR. PRU kali ini pastinya menyaksikan PR berdepan masalah besar untuk meraih undi masyarakat India.

Semasa proses penamaan calon pada 20 April 2013, agak ketara tanda-tanda kemerosotan sokongan masyarakat India kepada PR apabila kehadiran mereka amat sedikit bilangannya dibandingkan penyertaan kaum itu yang agak besar jumlahnya bersama BN.

Ini mengesahkan lagi senario sudah berubah dan PR bakal berdepan tugas sukar untuk menahan arus perubahan yang berlaku ini. Jika ia berterusan, nescaya khabar buruk itu bakal menjadi igauan bila mana kelak banyak kerusi PR terbang melayang.

Friday, 19 April 2013

MANIFESTO BN SELANGOR DER !!!! MAI TEN GOK VIDEO INI !! #GE13 #PRU13 #TolakPR


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Rabu melancarkan Manifesto Barisan Nasional untuk Selangor bertemakan 'Keamanan, Kestabilan dan Kemakmuran'.

Manifesto yang menjanjikan masa depan gemilang Selangor itu, menggariskan tujuh teras dan 56 aku janji kepada penduduk Selangor.

Berikut ialah Manifesto Barisan Nasional Selangor:




1. Masa Depan Lebih Cerah. Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak

. Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.

. Naiktaraf Taska KEMAS kepada PERMATA

. Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama

. Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yang dinaikkan kerajaan pakatan pembangkang

. Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPR yang berdaftar dengan e-Kasih

. Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT

. Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar

. Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan

. Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin

. Kupon pengangkutan 'Sayangi Selangor' percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak 2. Masyarakat Lebih Prihatin Lebih Penyayang

. Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru

. Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar

. Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun

. Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL)

. Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri

. Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan

. Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar

. Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor

. Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor

. Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga

. Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)

. Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020.

. Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana.

. Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah

. Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.

. Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.

4. Perumahan Lebih Mampu Milik

. Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor

. Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000

. 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000

. Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri

. Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang

. Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR - perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri

. Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma

. Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB

. Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda

. Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang

. Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.

5. Selangor Lebih Inovatif, Lebih Daya Saing . Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor

. Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional

. Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama

. Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM

. Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda

. Interaktif Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian

. Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia . Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli . Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor

. Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

. Pengukuhan Institut Pendidikan Asas Masyarakat:

. Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan

. Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor

. Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500

. Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor 6. Selangor Lebih Progresif

. Membangunkan Koridor Baharu 'Selangor Global Logistic Hub' di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor

. Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub

. Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri

. Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana - RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan

7. Selangor Lebih Mesra, Alam Lebih Bersih

. Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu

. Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar

. Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian

LAAA AWAT DOK PERANG SAMA SENDIRI WOiiiii !!!!! #BNBaru #TolakPR #TukarKelantan #UbahPenang #SayangiSelangor #ManifestoBukanJanji

Semakin hampir PRU13, PR dikatakan semakin berperang sesama sendiri berikutan pemilihan calon yang tidak memuaskan hati penyokong-penyokong mereka.

Pemerhati berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisme dan kronisme yang kronik – tidak menghairankan kerana ketua umum Pakatan sendiri berperangai begitu.
Dipercayai terdapat lebih kurang 20 kawasan parlimen & DUN yang mana pemilihan calon membawa masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.
Inline image 1

CONTOHNYA JOM BACA SINI


TERUKKAN !! MACAM NI LA PUAK PAK KATAN 


Wednesday, 17 April 2013

HOT NEWS : ALAMAK GAGAP TERLUDAH UNTUK BAGI AYAQ !!!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


Saya yakin lebih setengah juta rakyat Selangor dan Lembah Klang kini sedang menyumpah-nyumpah nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” ekoran gangguan bekalan air yang sedang dihadapi sejak dua hari lepas yang dikatakan akan berlarutan selama seminggu lamanya.

Saya juga yakin bahawa 500,000 penduduk di negeri dan wilayah termaju itu mungkin sedang menunggu lori-lori tangki air SYABAS di depan kediaman masing-masing bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan masing-masing.

Media baru-baru ini melaporkan tentang insiden paip pecah berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu, Batu Caves, ekoran kesan hujan lebat selama lima jam yang mengakibatkan hakisan teruk berlaku dan menghentam paip air lama berukuran 2.0 meter di situ.

Antara 28 kawasan yang terlibat di sekitar Kuala Lumpur ialah Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.

Selain itu, 55 kawasan di sekitar Ampang turut terjejas antaranya Kampung Baru Ampang, Kampung Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview, Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya, Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai, Taman Ampang dan Ukay Heights turut terjejas.

Maklumat memberitahu bahawa keadaan itu memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk dibaik pulih. Teruklah kehidupan rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang minggu ini. Itulah natijahnya bila salah memilih kerajaan…

Sebelum ini, Kerajaan Pakatan Haram Selangor sering bercakap tentang soal penyelesaian masalah gangguan bekalan air di negeri itu. Macam-macam cadangan yang mereka cadangkan. Namun sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan, habuk pun tiada.

Tidak mustahil jika selepas ini kita akan mendengar Khalid dan konco-konconya menyalahkan UMNO, BN, Kerajaan Pusat atau SYABAS berhubung insiden paip pecah itu. Padahal, yang sebetulnya Kerajaan pimpinan Khalidlah yang paling layak dipersalahkan.

Semua ini berlaku kerana Khalid gagal merancang dengan baik industri air di Selangor. Dia asyik merancang dengan pelbagai rancangan jangka pendek. Sudahlah jangka pendek, tiada satu pun rancangannya yang dilaksanakan!

Selangor sebenarnya memerlukan rancangan jangka panjang dan itulah perkara yang tidak ada pada Khalid.

Sebenarnya rakyat Selangor semakin sedar bahawa Khalid adalah punca segala malapetaka yang ditanggung mereka selama lima tahun ini. Rakyat Selangor memang sedang marah Khalid, kecuali para penyokong PKR yang terkenal dengan sokongan membuta tuli…

Mungkin menyedari hakikat “Khalid dibenci rakyat” itu, maka Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail membayangkan bahawa Khalid mungkin tidak akan dilantik menjadi Menteri Besar sekali lagi jika Pakatan Haram mengekalkan kuasa di Selangor.

Dia tahu, rakyat Selangor menganggap Khalid adalah “liabiliti” terbesar di Selangor dan pergaduhannya dengan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, menandakan Khalid bukanlah seorang yang boleh diharap.

Tapi memandangkan Khalid itu dari “kem” Wan Azizah sendiri, maka dia terpaksa berselindung dan tidak berterus terang dalam soal ini. Jadi, jika Khalid tidak lagi dilantik menjadi Menteri Besar, bagaimana dia nak teruskan penstrukturan semula industri air yang “disalaknya” setiap hari itu?

Ketika itu, Khalid bukan lagi Menteri Besar dan dia tiada kuasa lagi untuk menghabiskan duit rakyat untuk meneruskan cita-cita menstruktur semula industri air di Selangor. Lainlah kalau BN merampas kembali Selangor. Saya yakin BN lebih bijak merancang industri air demi rakyatnya…

BACA LANJUT KAT SINI 

Tuesday, 16 April 2013

VIDEO PANAS !!! AIR AIR AIR !!! FREE SAJA KHALID DAPAT SERANAH HASIL DARI JANJI YANG DICAPATI #PRU13 #GE13 #SayangiSelangor #TolakPR #ManifestoBukanJanji


Kelemahan pentadbiran MB Selangor menangani isu air di negeri itu, ditambah pula dengan pelbagai helah yang diberikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, telah membuatkan ramai rakyat Selangor semakin menyampah dengan Pakatan Rakyat.

Walaupun kerap berkata Selangor tidak ada masalah bekalan air, dan pelbagai rancangan yang telah dirancang dan jalankan, rakyat Selangor masih lagi dibelenggu masalah belakan air.

Sikap bongkak Khalid Ibrahim menolak tawaran kerajaan NS juga perlu dilihat sebagai satu contoh keperibadian Khalid Ibrahim yang lebih mementingkan politik daripada kesejahteraan rakyat jelata.

JOM KITA LIHAT 2 VIDEO LUAHAN HATI RAKYAT SELANGOR DALAM ISU AIR 




APJ : RAKYAT RASA TERTIPU ??? KALI NI PENIPU AKAN DIHUMBAN DALAM PRU13 

SAYA SOKONG BN 

Friday, 1 March 2013

PANAS !!! JAMBATAN RUNTUH ANGKARA KHIANAT ?? GAMBAR BUKTI !!!


ISHHHH PIHAK BERKUASA HARUS TANGKAP PENGGANAS NI !!!


HEHEHE GURAUAN PETANG-PETANG !!!

pssstttt : PKNS APA CER??

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...