sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label SPRM. Show all posts
Showing posts with label SPRM. Show all posts

Saturday, 15 August 2015

Isu Pertahan SPRM, Johan Jaafar Letak Jawatan Di Media Prima ?



Dua kenyataan Johan Jaaffar sebelum perletakan jawatan dari MPB

Tan Sri Johan Jaaffarmengumumkan beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Media Prima Berhad (MPB) berkuat kuasa 31 Ogos ini, menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Sebagai Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), beliau sebelum ini lantang dalam menyuarakan pendirian panel tersebut dalam pelbagai isu membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Meskipun begitu, Johan menegaskan bahawa tindakan perletakkan jawatannya itu bukan akibat tekanan.

Beliau turut berhasrat untuk terus menyuarakan pandangan tanpa gentar atau pilih kasih.

Berikut merupakan dua kenyataan oleh tokoh kewartawanan itu, berkait dengan SPRM, yang dibuat pada 8 dan 6 Ogos 2015:

i) Kenyataan Johan pada 8 Ogos:

PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH: KEMBALIKAN SEMULA DUA PEGAWAI KANAN SPRM

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terkejut dengan tindakan menukar dua pegawai kanan SPRM pada hari Jumaat.

PPPR menuntut agar kedua-dua pegawai terbabit ini, Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob dikembalikan semula dengan serta-merta bagi membolehkan mereka meneruskan tugas masing-masing di SPRM.

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaaffar percaya pertukaran ini pasti akan meningkatkan suasana tegang yang disaksikan sekarang. Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi.

Panel ini menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk 'intimidasi' dan tindakan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.

Panel itu memuji pendirian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menawarkan diri sebagai pengganti pertukaran kepada kedua-dua pegawai kanan terbabit yang hanya bertindak atas arahannya. Meskipun PPPR berpendapat bahawa pendirian Datul Seri Shukri ini sesuatu yang terhormat, tetapi tidak perlu sama sekali.

ii) Kenyataan Johan pada 6 Ogos:

KENYATAAN MEDIA PANEL PERUNDINGAN DAN PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (PPPR)

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), yang merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memandang serius dan kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan yang sedang dikendalikan oleh SPRM sekarang.
Pengerusinya, Tan Sri Johan Jaaffar menekankan keperluan bagi SPRM menjalankan tugasnya sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguanmasyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar.

Persepsi orang ramai bahawa pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara.

PPPR juga berpendapat bahawa semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran.

Monday, 10 August 2015

Kerajaan Perlu Beri Penjelasan Mengenai Pertukaran Anggota SPRM - @shaifulhazizy



Kerajaan terpaksa berdepan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat yang semakin berkurangan berikutan tindakan memindahkan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke Jabatan Perdana Menteri kelmarin.

Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kerajaan perlu tampil memberi penjelasan mengenai pertukaran dan tindakan terhadap anggota SPRM yang diarahkan bercuti bagi mengelakkan persepsi negatif berkaitan kredibiliti dan integriti agensi terbabit.

Menurut beliau, tindakan ini mampu mencetus pelbagai persoalan yang dikaitkan dengan politik dalam kemelut siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan akan dilihat seolah-olah mengganggu siasatan agensi yang terlibat.

“Sekiranya ada penstrukturan dalam SPRM ia perlu dibuat mengikut peruntukan prosedur dan perundangan sedia ada. Selain itu, semua agensi yang terlibat juga perlu berbincang dan berunding bagi mengelakkan kerumitan yang berpanjangan.

“Kami berharap pihak yang berwajib tampil memberi penjelasan secara terperinci supaya SPRM kekal sebagai sebuah suruhanjaya bebas yang dapat membanteras gejala rasuah. Kami juga meminta agar pihak yang terlibat dapat menjalankan siasatan secara telus bagi mengelakkan isu ini berpanjangan yang akan memberi kesan buruk kepada pihak kerajaan,” katanya.

Pindah Pegawai SPRM Boleh Jejas Kepercayaan Rakyat - @azwanbro



Kerajaan terpaksa berdepan dengan krisis keyakinan dan kepercayaan rakyat yang semakin berkurangan berikutan tindakan memindahkan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke Jabatan Perdana Menteri kelmarin.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, jika tidak dibendung krisis tersebut akan membawa kesan negatif kepada kerajaan termasuk kemungkinan Barisan Nasional (BN) tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Perdana Menteri dan Kabinet sendiri yang telah mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat tetapi semasa siasatan sedang berjalan, pegawai itu telah ditukarkan sehingga rakyat hilang kepercayaan. Kalau ini atas urusan pentadbiran, maka tangguhlah sekejap sampai siasatan habis, bukannya semasa siasatan sedang berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di Kelab Golf Bukit Rahman Putra di sini hari ini.

Khairul Azwan diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang turut mengkritik langkah memindahkan dua pegawai berkenaan.

Dua pegawai SPRM itu adalah Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.

Friday, 7 August 2015

Pemuda BN sokong SPRM panggil Najib


Pemuda BN menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung penerimaan dana politik berjumlah RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, segala siasatan yang sedang berjalan ketika ini mestilah berterusan sehingga mendapat gambaran yang lebih jelas supaya rakyat mendapat gambaran yang jelas apa yang sebenarnya berlaku.

"Sekiranya agensi ini memerlukan keterangan daripada Perdana Menteri untuk membantu siasatan dengan lebih sempurna dan menyeluruh, maka ia haruslah dilakukan supaya rakyat yakin bahawa kita tidak menyembunyikan apa-apa perkara daripada semua pihak," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Pemuda BN di ibu pejabat Umno, di sini, hari ini.

Menurut beliau, usaha yang dilakukan SPRM ini membuktikan agensi itu telus dalam melakukan apa- apa siasatan tanpa 'fear or favour'.

"Ini membuktikan SPRM adalah satu badan bebas yang boleh menyiasat tanpa sekatan daripada mana-mana pihak.

"Kita melihat kredibiliti SPRM sangat penting supaya rakyat yakin dengan hasil siasatan kelak," katanya.

Semalam, SPRM akan memanggil Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan kepada agensi berkenaan mengenai sumbangan derma yang diterimanya.

Dalam pada itu, beliau tertarik dengan tindakan parti pembangkang yang menyokong SPRM pada kali ini walaupun mereka pernah mempersoalkan kredibiliti agensi itu pada suatu ketika dahulu.

"Hari ini (semalam), saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk menyatakan sokongan mereka terhadap agensi berkenaan.

"Itu mungkin untuk tujuan dan kepentingan politik mereka tetapi tak apalah. Ini membuktikan SPRM merupakan satu badan bebas yang boleh menyiasat tanpa apa-apa sekatan," katanya.

PPPR Kecewa Tindakan Ke Atas SPRM


Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), yang merupakan salah satu daripada lima badan bebas yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan yang sedang dikendalikan oleh agensi itu ketika ini.

Dalam satu kenyataan, pengerusinya Tan Sri Johan Jaaffar menegaskan situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada agensi itu untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar.

Johan juga menekankan SPRM perlu menjalankan tugasnya sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009 sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional.

Menurut beliau, persepsi orang ramai bahawa pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara.

Panel itu juga berpendapat bahawa semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran.

Sehingga Rabu sembilan pegawai tertinggi SPRM disoal siasat polis berhubung dakwaan kebocoran siasatan ke atas 1MDB.

Polis turut menggeledah beberapa pejabat pegawai SPRM dan merampas dokumen dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM Datuk Mustafar Ali turut mengakui, siasatan agensi itu terhadap SRC International terjejas dengan penahanan tiga pegawainya pada petang Rabu.

Wednesday, 5 August 2015

Solat Hajat , Doa Untuk SPRM


Kira-kira 100 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis Solat Hajat Perdana hari ini bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.

Solat diadakan di bangunan pentadbiran SPRM di sini selepas solat Zohor, dipimpin Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Tazkirah ringkas dan doa memohon supaya SPRM dapat meneruskan perjuangan membela maruah agama, bangsa dan tanah air disusuli selepas itu.

Antara kandungan doa berkenaan ialah: "Kami memohon kepada-Mu, ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk melaksanakan tugas dengan sebaik-baik mungkin. Berilah bimbingan dan petunjuk bagi mencapai kejayaan dalam melaksanakan tugas kami memerangi perbuatan rasuah yang mungkar dan penuh dengan dosa."

Zakaria turut memohon supaya Allah memberi kekuatan kepada pegawainya mempertahankan masyarakat dan negara daripada dicemari dengan rasuah dan penyelewengan.

Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.

Antaranya di Negeri Sembilan di mana solat hajat didirikan selepas solat dhuha sekitar jam 9 pagi dan dihadiri 36 kakitangan termasuk Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Datuk Shaharom Nizam.

Sementara Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Abd Aziz Aban mengambil peluang menyampaikan amanat dan pesanan kepada pegawai dan kakitangan yang menjadi jemaah solat hajat.

Selain itu, SPRM Johor, Melaka dan Terengganu turut diadakan pada Isnin dan Selasa.

Setakat ini, beberapa pegawai SPRM telah ditahan dan diambil keterangan berhubung kes kebocoran maklumat siasatan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaharu, Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik Datuk IG Chandran dan pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat diambil keterangan pada Isnin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy dan bekas ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh ditahan pada Sabtu.

Wednesday, 2 April 2014

PANAS !!! LOPOR SPRM TERHADAP PEGAWAI KHAS EXCO SALAH GUNA KUASA !!!



Berbekalkan bukti yang dikumpul sejak hujung tahun lalu, Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pegawai khas exco kerajaan negeri.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan terhadap pegawai khas yang berusia lingkungan 30-an itu dengan segera.

“Kita ada cukup bukti dan dokumen. Kita dapati beliau menyalahgunakan kuasa dari segi perolehan.

“Kita serah semua bukti kepada SPRM dan berharap mereka siasat dengan segera dan telus,” katanya kepada media di luar pejabat SPRM di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dengan alasan SPRM memintanya tidak memberi sebarang kenyataan kepada media bimbang akan mengganggu siasatan.

Tuesday, 30 April 2013

PANAS !!! HUSAM HINA KAKITANGAN AWAM !!! HAMIK HAMPA NAK SANGAT !!!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation



Husam Biadap Hina Kakitangan Awam Rasuah

Kenyataan calon Pas bagi kawasan Parlimen Putrajaya kaitkan kematian Timbalan Ketua Pengarah yang ditembak mati kerana rasuah adalah biadap dan tidak tahu menghormati kematian arwah. Husam dilihat tidak berhati-hati dan tidak bertanggungjawab kerana sanggup menghina mangsa yang terkorban dengan mengaitkan dakwaan kerajaan korup dengan kematian yang berlaku beberapa hari lalu.

Dia turut mendakwa serangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kepada beliau berhubung isu pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam seolah-olah ingin menutup maklumat mengenai kawalan keselamatan negara.

Beliau berkata Hishamuddin perlu berhenti untuk hanya mengeluarkan kenyataan sebaliknya menumpukan usaha menangkap individu yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Datuk Shaharuddin Ibrahim. Hishamuddin sebelum ini membidas Husam kerana mendakwa pembunuhan Shaharuddin disebabkan kerajaan korup.

Tapi beliau menjawab bahawa ni bukan isunya, isu yang lebih besar,menurut beliau, sudah tiga hari kematian itu. Tapi penjenayah masih belum ditangkap. Apa masalahnya dengan Husam ini, subuk pula nak mengatur apa  yang perlu dibuat, Ini mesti kes dekat Kelantan dulu dia tak buat kerja, lepas tu nak samakan menteri BN ni pun tak buat kerja.

Sebab itu dia lari ke Putrajaya, sebab nak tunjukkan konon-kononnya kerajaan tak efisien, padahal kenapa tak tanya diri sendiri kenapa lari ke Putrajaya? Kenapa tak pertahnkan sahaja kerusi di Kelantan tu?

Berani juga dia ni cakap Datuk Hisham nak sembunyikan kawalan keselamatan negara lepas serang dia tak tentu pasal. Bukan pada awalnya dia ke yang sibuk tak tentu pasal. Kematian itu dia yang pakai buat modal untuk politik sebab nak bangkitkan kemarahan rakyat la tu agaknya.

Siap bagi cadangan dekat Datuk Hishamuddin untuk  fokus cari penjenayah tersebut. Cubalah cari sekali Husam ooiii, kan nak jadi wakil rakyat di Putrajaya, cubalah tunjuk hero sikit. Untung-untung dapat lah naikkan undi, itu pun kalau berjaya selesaikan lah kan.

Allahyarham Shaharuddin, 58, mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lepas. Itu baru crita Husam, cerita si Khalid gagap pun tak kurang hebatnya. dia berani perlekeh dasar gaji minima yang baru diumumkan kerajaan sambil mendakwa ia tidak akan dilaksanakan secara menyeluruh.

Malah dakwa Khalid, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai dasar yang jelas dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh lebih tujuh juta pekerja di negara ini.

Namun penyandang Menteri Besar itu seolah-olah terlupa akan komitmen yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan pembangkang di Selangor apabila segelintir penjawat awam negeri dinafikan hak untuk mendapat gaji minima RM1,500 yang ditawarkan.

Inilah orang cakap, lupa daratan. Sibukkan hal orang, hal sendiri lupa nak siapkan. Banyak juga pembangkang ni buat taik. Sudah-sudahlah tu, tak usah sibuk nak memerintah kalau benda kecil pun tak boleh tertunai.

Monday, 29 April 2013

HOT NEWS : TUDIAAA !!! DAP PERCAYA LAGI PADA SPRM RUPANYA !!!! SUDAH UBAH KA !!! #PRRU13 #GE13 #TolakPR



DAP Serah Bukti Kepada SPRM Bekas Wakil Rakyatnya Rasuah

Berita dari akhbar Nanyang Siang Pau dan New Strait Times menyebut satu laporan SPRM baru sahaja dibuat oleh Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ke atas Jenice Lee yang juga merupakan bekas wakil rakyat DAP di DUN Teratai.

Menurut kenyataan DAPSY, tindakannya membawa kes Jenice Lee kepada SPRM disebabkan pihaknya yakin Jenice Lee telah melakukan penyalahgunaan kuasa selain disyaki terlibat dalam 5 kes penyelewengan dana negeri dan wang penduduk.

Serentak dengan itu juga DAPSY mendesak calon Bebas itu menarik balik pencalonannya dengan alasan rakyat kawasan DUN Teratai tidak memerlukan wakil rakyat tidak bertanggungjawab seperti Jenice Lee.

Entah apa bukti yang diserahkan bagi menyokong laporan tersebut belum diketahui, namun persoalannya kenapa sekarang? Mengapa semasa Jenice Lee masih merupakan Wakil Rakyat DAP bagi kawasan DUN Teratai, perkara ini didiamkan?

Jenice Lee telah dipecat keahliannya sebagai anggota DAP dua hari selepas penamaan calon PRU-13 berikutan kegagalan bekas Wakil Rakyatnya mengikut arahan parti supaya menarik diri sebagai calon Bebas di DUN Teratai.

Dek kerana Jenice Lee kekal bertanding Bebas menentang calon DAP sendiri, barulah timbul bukti itu ini dan laporan baru dibuat kepada SPRM. Nampak seperti ada sesuatu yang tak kena.

Secara tersuratnya, tindakan DAP melalui sayap pemudanya merujuk isu penyelewengan Jenice Lee kepada SPRM seakan menggambarkan betapa prihatinnya parti anak beranak Lim Kit Siang itu dalam menentang amalan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sekilas pandang, begitulah yang kelihatan walau sebenarnya, andai kata Jenice Lee mengikut arahan DAP menarik diri dari bertanding dalam PRU-13, pastinya laporan SPRM itu tidak akan dilakukan.

Makna kata, laporan yang dilakukan itu hanya bermotifkan politik dan tidak ikhlas sama sekali. Bila sudah sebegitu, ia juga memberi maksud DAP sanggup berdiam diri atas segala tingkah laku buruk ahlinya selagi mana wujud kesetiaan kepada parti.

Ia bukan satu teladan yang baik bila mana sesuatu penyelewengan yang disyaki berlaku hanya dilaporkan kepada pihak berwajib bila wujud keadaan terdesak sahaja.

Berdasarkan hakikat ini, jelaslah memilih DAP bukanlah satu pilihan yang baik untuk rakyat Malaysia. Tidak sukar digambarkan betapa korupnya negara ini kelak andai DAP dan PR diberikan peluang memerintah tanahair ini.

Wednesday, 12 December 2012

GEMPAQ !!! PEKERJA KUIN CUBA DIBUNUH ??? APA CERITA NI JAMIL REKTOR ??


Semalam Mc ada laporkan bahawa 7 orang pekerja KUIN buat laporan polis, tetapi rupanya bukan 7 tapi 8 orang. Tambah sorang lagi!

Lapan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan Kedah itu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini pukul 9 pagi semalam.

Laporan itu dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati kakitangan Kuin kerana berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan Kuin dan kakitangannya.

Mereka mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di perkarangan IPD Kota Setar, mereka berkata sikap Kuin yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan.

Mereka yang menggelarkan diri mereka “Skuad Urusetia Gelombang Putih Membersihkan Kuin” berkata akibat kegagalan Kuin membayar pembiayaan pekerja ke institusi kewangan berkaitan, nama pekerja terlibat disenarai hitam di Credit Reference Information System (CCRIS).

” Motivasi para pekerja menurun. Selain itu, pembayaran lewat kepada pihak ketiga menyebabkan nama baik pengurusan Kuin tercalar. Beberapa pihak yang menawarkan pembiayaan boleh menyenaraikan Kuin sebagai pelanggan,” kata kumpulan pekerja itu.

Mereka berkata kakitangan kolej universiti merasakan Kuin seolah-olah langsung tidak mengambil berat soal kebajikan dan amanah pengurusan gaji yang disuarakan kakitangan.

” Pihak pekerja pernah membuat laporan polis pada 27 Julai 2012 kerana masalah sama. Selepas laporan polis dibuat, pihak Kuin menerusi Jabatan Bendahari berjanji akan membayar semua tunggakan yang berlaku namun hanya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

“Mereka masih masih gagal membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga sedangkan wang pekerja diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, mereka mendesak Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan jika masih gagal mengurus Kuin dan kebajikan kakitangan Kuin. – BERNAMA

P/s: Tak bagi gaji dan aniaya pekerja tu, bukan serupa nak bunuh ka? 

SAMBUNG : KLIK SINI


Tidur la jamil.. tidur la.. 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...