sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label CALON PR. Show all posts
Showing posts with label CALON PR. Show all posts

Saturday, 4 May 2013

KES BUNUH ALTANTUYA !! APA KAITAN DAP NI !! LAIN MACAM JA NI DAP !!! MAI SINI TENGOK !!!! #PRU13 #GE13 #TolakPR #TukarKedah




Apa Kaitan DAP Dengan Pembunuhan Altantuya?

Kes pembunuhan Altantuya telah lama selesai seiring dengan selesainya isu scorpene yang mendedahkan penipuan SUARAM iaitu NGO yang didalangi Pakatan Rakyat.  Walaupun ada yang masih tertanya-tanya siapakah yang memberi arahan bunuh, namun, mengikut bukti, saksi dan undang-undang ia adalah selesai.

Dari situ, pembangkang membuat kesimpulan dengan menuduh bahawa dalangnya ialah kerajaan, atas motif hubungan sulit yang bertukar menjadi ‘gangguan’.  Dari mana pembangkang mendapat kesimpulan ini sedangkan tiada satu pun saksi atau pun bukti yang boleh mengaitkannya dengan kerajaan?

Jawapannya ialah kesimpulan ini dibuat dari pembohongan yang dimulakan oleh Raja Petra Kamaruddin.  Bagaimanapun, RPK telah pun membuat U-Turn dan mengaku bahawa beliau hanya mereka cerita berdasarkan arahan dan dengar cakap.

Namun, walaupun RPK telah membuat pengakuan tetapi pembohongan PR mengenai kes ini terus berkembang.  Antaranya:

1.      Chegubard menyatakan bahawa Datin Seri Rosmah sendiri yang membunuh Altantuya, menembak anak dalam kandungannya dan meletupkannya.  Sedangkan, pada waktu kejadian Datin Seri Rosmah sedang menghadiri program buka puasa dengan anak yatim dan gambar serta berita mengenainya juga telah direkodkan oleh media massa.

2.      Dato’ Seri Najib punya hubungan dengan Altantuya dan gambar mereka berdua di satu majlis pun disebarkan.  Sedangkan Dato’ Seri Najib telah bersumpah mengikut cara Islam sebanyak 3 kali bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan gambar tersebut juga dibuktikan sebagai di-edit dengan lemah sekali sehingga boleh dilihat dengan mata kasar.

3.      SUARAM menyatakan yang Altantuya merupakan penterjemah dalam urusan pembelian scorpene.  Sedangkan urusan jualbeli scorpene diadakan dalam Bahasa Inggeris dan tidak perlukan penterjemah.

4.      SUARAM mengeluarkan nama mereka yang bakal disapina oleh mahkamah Perancis.  Sedangkan pihak mahkamah Perancis sendiri membuat kenyataan bahawa aduan SUARAM telah ditolak sejak dari mula kerana tidak berasas, oleh itu tiada kes mengenainya.

5.      PR mewar-warkan gambar Altantuya di Perancis konon diambil pada tempoh waktu urusniaga scorpene sedang berjalan.  Sedangkan polis Perancis sendiri mengesahkan bahawa tiada rekod langsung tentang kemasukan Altantuya ke Perancis dalam tempoh tersebut.

Maka, jelaslah bahawa semua kisah-kisah mengenai penglibatan Perdana Menteri dan isteri atau kerajaan dalam pembunuhan Altantuya hanyalah pembohongan demi pembohongan.

Bagaimanapun, malang sekali kerana kematian Altantuya adalah benar.

Melihat dari senarai pembohongan yang disebarkan oleh pembangkang berdasarkan kes ini, maka jelaslah bahawa motif Altantuya dibunuh adalah untuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri!

Siapakah yang mempunyai motif sedemikian?  Sudah tentulah pembangkang.  Siapakah di antara pembangkang yang sanggup melakukannya?  Ini sudah tentu merupakan satu persoalan yang perlukan pemerhatian dan siasatan yang lebih mendalam.

Tiada keraguan lagi bahawa Anwar Ibrahim adalah ahli politik ‘Anugerah Tuhan’ yang ‘tiada taranya’ dan ‘tiada yang sepertinya’.  Tetapi, kita juga tidak ragu-ragu lagi bahawa DAP adalah yang paling licik di antara ketiga-tiga parti sekutu Pakatan Rakyat.

DAP dan Anwar/PKR saling bersaing untuk memperalatkan sesama sendiri.  Beza DAP dan PKR ialah PKR berjuang untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri sementara DAP berjuang untuk Dinasti Lim dan seluruh bangsa Cina di Malaysia yang menyokong kepimpinan mereka.

PKR bergerak secara meraih simpati dan kukubesi dan DAP pula bergerak secara kukubesi dan cara kongsi gelap.

Sikap samseng DAP jelas boleh dilihat walaupun hanya melalui media maya.  Lihat sahaja bagaimana tentera Red Bean Army DAP mencaci, mengugut malah berusaha menutup periuk nasi sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan dan menentang mereka.  Itu belum lagi dikira ugutan secara nyata seperti yang didedahkan oleh bekas ahli mereka iaitu Shen Yee Aun sehinggakan ramai mangsa takut untuk melaporkannya.  VIDEO DISINI

Kecurigaan kita terhadap DAP semakin meningkat apabila papan tanda mengenai kes Altantuya dikesan diKuching beberapa hari menjelang pilihanraya.  Di papan tanda itu, terpapar jelas logo DAP.  Sedangkan, selama ini yang menjadi juara kes ini adalah PKR dan bukan DAP.

Justeru, mungkinkah DAP sebenarnya terlibat secara langsung tetapi membiarkan PKR sahaja yang memainkannya sebagai langkah menyelamatkan diri sekiranya segala pembohongan terdedah?  Sudah tentulah papantanda haram itu diturunkan oleh Majlis Bandaraya Kuching tetapi PR kemudiannya memainkan isu kononnya ia diturunkan kerana kerajaan takut pula.

Hakikatnya, kerajaan tidak perlu takut, tetapi hanya mengikut undang-undang untuk tidak membenarkan papantanda haram dipasang di tepi jalan.   Sebenarnya, ada pihak di dalam PR sendiri yang sangat takut jika PR tidak menang dalam PRU ini dan kes Altantuya timbul semula.

Kerana itu, tidak boleh tidak, PR perlu menang PRU ini supaya mereka boleh terus menutup kisah sebenar di sebalik semua pembohongan mereka.  Kerana itu juga mereka sanggup merusuh dan menghancurkan negara jika tidak menang pilihanraya.

Untuk itu, semua rakyat diminta berjaga-jaga dan jangan mudah terhasut untuk berdemonstrasi di jalanraya.  Undi anda rahsia, undilah dengan bijaksana.



Tuesday, 30 April 2013

KECOH !!!! DAH DI LONGKANGPUN PEMBANGKANG !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation




SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain  daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan   bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.

MAMPUIH DAH !!! DAP DAH TUNJUK BELANG !! BELUM LAGI JADI KERAJAAN !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation




Belum Berkuasa DAP Dah Tunjuk Zalim

Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara.

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.

PANAS !!! TUDIA !! BERAT SEBELAH !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation


Suara-suara akademik yang beri pendapat tentang sesuatu isu haruslah tidak berat sebelah. Sepatutnya lebih bersifat objektif.
Bridget Welsh ternyata berat sebelah; paparkan diri beliau sebagi seorang pro-Pakatan Rakyat secara terbuka.
Ternyata beliau salah seorang dari rakan-rakan Anwar di Barat yang kerap memburukkan Malaysia.

JOM BACA SINI 

Thursday, 25 April 2013

HOT NEWS : KES IC , NI JAWAPAN SPR KEPADA HAMPA WAHAI PAK KATAN !!! #TolakFitnah #PRU13 #SPR #GE13



KENYATAAN MEDIA 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA Malaysia 


1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin merujuk kepada penyebaran maklumat melalui laman sosial kononnya ada seorang pengundi bernama Ab Rapar bin Awang yang memiliki tiga nombor kad pengenalan (MyKad) yang berbeza. Menurut laman sosial itu, oleh kerana individu ini mempunyai tiga nombor kad pengenalan yang berbeza, maka individu ini akan dapat mengundi di tiga tempat yang berbeza. Laman sosial itu juga telah memaparkan paparan semakan Maklumat Pengundian individu itu yang menunjukkan bahawa individu itu adalah seorang pengundi berdaftar dan akan mengundi di tiga Pusat Mengundi yang berbeza, iaitu di Sek. Keb. Balok, Sek. Keb. Bukit Setongkol dan Sek. Keb. LKTP Bukit Kuantan. Kesemua Pusat Mengundi itu adalah di Pahang.

2. Untuk makluman semua, pengenalan diri kepada pengundi atau identifier yang digunakan untuk merekod senarai pengundi di dalam Daftar Pemilih ialah nombor kad pengenalan dan bukannya nama. Ini kerana SPR menyedari bahawa, jika menggnakan nama sebagai identifier pengundi dalam Daftar Pemilih akan menyebabkan kekeliruan kerana memang ada nama-nama pengundi yang ejaannya sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi ejaan nama Ismail bin Ibrahim terdapat 1,507 nama dalam Daftar Pemilih, Fatimah binti Abdullah (1,401 nama), Fatimah binti Ismail (1,377 nama), Fatimah binti Ahmad (1,377 nama) Ismail bin Ahmad (1,368 nama), Azizah binti Ahmad (1,039 nama). 2

3. Berdasarkan nama-nama ini, semakan SPR mendapati nombor kad pengenalan 12 angka mereka adalah berbeza dan gambar pada kad pengenalan mereka juga berbeza yang menunjukkan bahawa mereka adalah individu yang berbeza, hanya ejaan nama sahaja yang sama. Oleh itu, jika ada ada pihak-pihak yang mendakwa nama yang sama ini adalah merujuk kepada individu yang sama, maka dakwaan itu TIDAK BENAR. Ini kerana adalah mustahil bagi seorang individu bernama Ismail bin Ibrahim ini memiliki 1,507 kad pengenalan kerana nombor kad pengenalan atas nama itu adalah berbeza-beza. Begitu juga jika ada yang mendakwa bahawa individu ini boleh mengundi lebih daripada sekali juga adalah TIDAK BENAR.

4. Bagi kes Ab Rapar bin Awang, semakan SPR mendapati hanya ada tiga nama yang ejaan nama yang sama dalam Daftar Pemilih SPR. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nama itu mempunyai nombor kad pengenalan yang berbeza, gambar dan cap jari mereka juga berbeza. Begitu juga dalam kes Jarmiah binti Abu Talib, pengundi adik beradik yang mempunyai nama yang sama yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini. Dua adik beradik yang tinggal di satu alamat itu mempunyai dua tarikh lahir yang berbeza, nombor kad pengenalan lama yang berbeza, cap jari yang berbeza dan nombor kad pengenalan 12 angka yang berbeza. Oleh itu, SPR menyeru kepada mana-mana pihak yang menjumpai perkara-perkara yang mencurigakan dalam Daftar Pemilih supaya menghubungi SPR di Call Centre 03-8885 6565 supaya SPR dapat membuat semakan dan memberikan penjelasan.

5. SPR juga ingin memaklumkan bahawa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Dakwat kekal akan digunakan dan setiap pengundi wajib dicalit pada jari telunjuk sebelah kirinya dengan dakwat itu. Jika ada 3

pengundi yang enggan jarinya dicalit, maka kertas undi tidak akan diberikan. Tujuan penggunaan Dakwat Kekal ini adalah untuk mencegah cubaan mana-mana individu yang hendak mengundi lebih daripada sekali. Dakwat Kekal yang digunakan bagi Pengundian Awal adalah berbeza warnanya dengan Pengundian Biasa. Oleh itu, SPR menegaskan bahawa untuk PRU Ke-13, tidak akan ada mana-mana individu yang boleh mengundi lebih daripada sekali kerana Dakwat Kekal akan digunakan. Bagi pengundi-pengundi yang telah mengundi, nama mereka akan dipotong dalam buku Daftar Pemilih yang digunakan oleh Kerani SPR semasa proses pengundian.

Sekian dan terima kasih

.........................t.t.............................

(DATUK KAMARUDDIN MOHAMED BARIA)

Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

23 April 2013

Sunday, 21 April 2013

PRU13 : SAH SENARAI PENUH BAGI PARLIMEN NEGERI KEDAH #PRU13 #GE13

SENARAI PENUH BAGI CALON PARLIMEN NEGERI KEDAH 

P. 004 - LANGKAWI

AHMAD BIN ABDULLAH PKR LAYAK BERTANDING
MARINA BINTI HUSSEIN BEBAS LAYAK BERTANDING
NAWAWI BIN AHMAD BN LAYAK BERTANDING

P. 005 - JERLUN

ISMAIL BIN SALLEH PAS LAYAK BERTANDING
OTHMAN BIN AZIZ BN LAYAK BERTANDING

P. 006 - KUBANG PASU

MOHD JAMAL BIN NASIR PAS LAYAK BERTANDING
MOHD JOHARI BIN BAHARUM BN LAYAK BERTANDING

P. 007 - PADANG TERAP

MAHDZIR BIN KHALID BN LAYAK BERTANDING
MOHD NASIR BIN ZAKARIA PAS LAYAK BERTANDING
MUHAMAD BAZLI BIN ABDULLAH BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 008 - POKOK SENA

DATO' MAHFUZ BIN OMAR PAS LAYAK BERTANDING
SHAHLAN BIN ISMAIL BN LAYAK BERTANDING

P. 009 - ALOR STAR

ABDUL FISOL BIN MOHD ISA BERJASA LAYAK BERTANDING
CHOR CHEE HEUNG BN LAYAK BERTANDING
GOOI HSIAO - LEUNG PKR LAYAK BERTANDING
JAWAHAR RAJA BIN ABDUL WAHID BERSAMA LAYAK BERTANDING

P. 010 - KUALA KEDAH

AZMAN BIN ISMAIL PKR LAYAK BERTANDING
ZAKI ZAMANI BIN ABD RASHID BN LAYAK BERTANDING

P. 011 - PENDANG

MOHAMAD BIN SABU PAS LAYAK BERTANDING
OTHMAN BIN ABDUL BN LAYAK BERTANDING

P. 012 - JERAI

JAMIL KHIR BIN BAHAROM BN LAYAK BERTANDING
MOHD FIRDAUS BIN JAAFAR PAS LAYAK BERTANDING

P. 013 - SIK

CHE UDA BIN CHE NIK PAS LAYAK BERTANDING
MANSOR BIN ABD RAHMAN BN LAYAK BERTANDING

P. 014 - MERBOK

ISMAIL BIN DAUT BN LAYAK BERTANDING
NOR AZRINA BINTI SURIP PKR LAYAK BERTANDING

P. 015 - SUNGAI PETANI

JOHARI BIN ABDUL PKR LAYAK BERTANDING
ONG WEI SIN BEBAS LAYAK BERTANDING
SUHAIMI BIN HASHIM KITA LAYAK BERTANDING
SYAMSYUL ANUAR BIN CHE MEY @ ISMAIL BN LAYAK BERTANDING

P. 016 - BALING

ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM BN LAYAK BERTANDING
NAJMI BIN HJ AHMAD PAS LAYAK BERTANDING

P. 017 - PADANG SERAI

GOBALAKRISHNAN A/L NAGAPAN BEBAS LAYAK BERTANDING
HAMIDI BIN ABU HASSAN BERJASA LAYAK BERTANDING
HENG SEAI KIE BN LAYAK BERTANDING
N SURENDRAN A/L K NAGARAJAN PKR LAYAK BERTANDING
OTHMAN BIN WAWI BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 018 - KULIM-BANDAR BAHARU

ABD. AZIZ BIN SHEIKH FADZIR BN LAYAK BERTANDING
SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL PKR LAYAK BERTANDING


JUMLAH CALON YANG LAYAK BERTANDING =  39
JUMLAH CALON YANG MENARIK DIRI = 0
JUMLAH CALON YANG TIDAK LAYAK BERTANDING = 0
JUMLAH CALON YANG MENARIK BALIK KERTAS PENCALONAN = 0
JUMLAH KESELURUHAN = 39

Saturday, 20 April 2013

PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (SARAWAK) #PRU13 #GE13 #TolakPR






PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (SABAH) #PRU13 #GE13 #TolakPR






PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (PAHANG) #PRU13 #GE13 #TolakPR


PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (N.SEMBILAN) #PRU13 #GE13 #TolakPR


PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (WILAYAH) #PRU13 #GE13 #TolakPR


PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (PERLIS) #PRU13 #GE13 #TolakPR


PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (PENANG) #PRU13 #GE13 #TolakPR


PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (PERAK) #PRU13 #GE13 #TolakPR



PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (MELAKA) #PRU13 #GE13 #TolakPR


PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (KELANTAN) #PRU13 #GE13 #TolakPR


PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (JOHOR) #PRU13 #GE13 #TolakPR



PRU13 : SENARAI PENUH CALON-CALON BERTANDING PARLIMEN PRU13 (KEDAH) #PRU13 #GE13 #TolakPR



POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...