sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 23 August 2013

WAYTHA PI JAGA HAL SENDIRI JANGAN CAMPUR KERJA POLIS !!!! @zahid_hamidi


PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy supaya berhenti daripada mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Katanya, Waythamoorthy sepatutnya melepaskan jawatannya dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.

"Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk.

"Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan pemimpin Hindraf lagi. Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas.

"Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu," katanya lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Sokong pandangan Dt.Zahid Hamidi.W.Murthy kena sedar diri dan berterima kasih DS Najib bagitu baik menerima anda sebagai Tim.Menteri, pada hal perbuatan awak dulu mencalarkan hati orang2 Melayu,tapi orang orang bagitu 'compromising'.Tapi kalau awak masih nak tunjuk samsing macam dulu orang Melayu tau apa nak buat pada awak.

Anonymous said...

PAS +UMNO campoq taib mahmud= 122kerusi..Wow!!!!!

Anonymous said...

I follow

Anonymous said...

Hello kita polis datang nak tembak you all siap sedia, Assamualaikom, kita datang nak merompak ye.ye..

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive