sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 7 October 2013

3 CALON PILIHAN UTK NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA MINGGU INI @NajibRazak



No 1 

Datuk Paduka Mukhriz Mahathir



Datuk Mukhriz Tun Mahathir adalah calon termuda dalam perebutan kerusi Naib Presiden UMNO dan yang terakhir mengumumkan pencalononnya. Berumur 49 tahun dan merupakan satu-satunya legasi Tun Mahathir dalam politik.

Pendidikan menengahnya ialah di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Kemudiannya Tun Mahathir telah menghantarnya ke Jepun untuk mendalami pengajian di bidang pentadbiran perniagaan. Ini sesuai dengan Dasar Pandang Ke Timur oleh Tun Mahathir. Beliau juga memperolehi Sarjana dalam bidang pemasaran di Boston, Amerika Syarikat.

Di bidang korporat, beliau memulakan karier di Bank of Tokyo sebagai perunding. Setelah kembalinya ke Malaysia, beliau memulakan karier sebagai ahli perniagaan.

Dalam politik, Mukhriz bermula dengan memenangi jawatan exco Pemuda UMNO Malaysia dalam tahun 2004. Dalam tahun 2006 menjadi Ketua Bahagian UMNO bahagian Kubang Pasu, yang diwarisi dari Tun Mahathir sejak sekian lama.

Dalam PRU 2008, beliau bertanding di Parlimen Jerlun dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mukhriz kembali ke negeri Jelapang Padi untuk bertanding di DUN Ayer Hitam dalam PRU 2013 dan memenanginya. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah setelah mengalahkan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul razak.




No 2 

Dato Seri Zahid Hamidi


Dilahirkan pada 1953 di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh, Perak. Mendapat pendidikan awal di kampong kelahirannya dan kemudian menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Agama Izudin Shah, Ipoh. Berkelulusan bidang sastera dari universiti Malaya. Kemudiannya memperolehi Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication. Lulusan Sarjana dari UPM dalam bidang Komunikasi Korporat serta memperolehi PhD dari UPM.

Latar belakang beliau dalam korporat seperti menjadi Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995-1998) dan pada tahun 1999 menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Dalam kerjaya politik, beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dan semasa itu juga beliau ditahan mengikut ISA kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau kembali ke persada kepimpinan UMNO dalam tahun 1999. Selepas PRU 2004, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi. Setelah memenangi kembali kerusi Parlimen Bagan Datoh dalam PRU 2008, beliau dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan kemudiannya sebagai Menteri Pertahanan dalam tahun 2009. Kini menyaksikan beliau bertukar kementerian dengan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dengan mengambilalih Kementerian Dalam Negeri.

Dalam kepimpinan tertinggi Ummo, beliau memenangai kerusi MT dalam tahun 2000 dengan memenangi undi kelima tertinggi. Selangkah demi selangkah, beliau akhirnya memenangi kerusi Naib Presiden Umno dalam Pemilihan Agung UMNO yang lalu. Kini Beliau berdepan dengan lima lagi calon yang akan berentap bagi mempertahankan kerusi tersebut dalam pimilihan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 2013 nanti.

No 3 

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Dilahir dalam tahun 1961 yang merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Tun Hussein Onn serta cucu kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO dalam tahun 1946 dahulu. Legasi politik Malaysia untuk generasi ketiganya.

Bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar dan memperolehi ijazah Undang-undang dalam tahun 1984 dan kemudiannya ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Undang-undang Komersil dan Korporat dari England.

Dalam politik, pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor sebelum meniti ke Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bermula dengan kerusi Parlimen Tenggara dan kini mengekalkan kerusi Parlimen Sembrong, Johor setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya. Dalam kepimpinan tertinggi UMNO, beliau berjaya dalam usaha pertamanya menduduki kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan yang lalu.

Dalam kabinet, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 1995. Kemudiannya sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Sejak tahun 1999 hingga 2004 pula, memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Selepas PRU 2004, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai Menteri Pelajaran. Kemudian beralih ke Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan akhir sekali bertukar kemenenterian dengan Dato’ Seri Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan

1 comment:

Anonymous said...

KAMI DOAKAN TIGA CALUN NI MUKHRIZ, ZAHID HAMIDI DAN SHAFIE AFHDAL. INI SAJA CALUN YG PALING SESUAI DAN MASA DEPAN UMNO.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive