sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 1 October 2013

MANTAP !! BN SIAP SEDIA HADAPI PRK SG LIMAU !!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #PRKSGLIMAU


BN bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, di Kedah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata jentera pilihan raya BN perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Sungai Limau jika mahu menawan kerusi Dun itu.

"Jentera parti harus bersedia mulai sekarang dan kita tahu mesyuarat pertama (Umno Kedah) semalam telah diadakan supaya menghadapi pilihan raya kecil ini...mudah-mudahan kita berjaya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi BN berkata demikian selepas perjumpaan khas bersama warga Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Zon Sabah di Dewan Sa'adah, Wisma Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) di sini, hari ini.

Pada mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau di Kedah semalam, Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beberapa jawatankuasa khas bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya Pas Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius pada 26 September lepas.

Pada PRU13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi.

SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 3 Okt di ibu pejabatnya untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu. - Bernama

1 comment:

PM said...

slm tuan...mohon pautkan blog saya perigitimur.blogspot.com di blog hebat tuan..tq

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive