sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 24 January 2014

MANTAP !!! 1800 ORANG PENGUATKUASA KPDNKK GEMPUR AKHIRNYA BERJAYA !!! @HasanMalekKP @NajibRazak #KPDNKK


Apj melihat hasil pemantauan berterusan yang dibuat oleh KPDNKK dalam OPS HARGA 2014 telah dapat dilihat keberkesanan dengan kes-kes dan notis yang dikeluarkan KPDNKK  menurun dengan mendadak masuk hari ke 3 operasi dijalankan oleh Team KPDNKK.

Ops Harga 2014 melibatkan 1,800 pegawai penguatkuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga dan memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksa alat timbang dan sukat.

Semalam sahaja KPDNKK telah memeriksa sebanyak 9,124 premis perniagaan di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 96 kes telah diambil tindakan manakala dua notis dikeluarkan, melibatkan nilai rampasan RM48,402.41.

"Dua notis yang dikeluarkan itu ialah di Pahang dan Wilayah Persekutuan Labuan. Daripada 96 kes itu, 65 kes adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatuan 2011, 29 kes Akta Timbang dan Sukat 1972 dan dua kes Akta Perlindungan Pengguna 1999,"

Menurut Menteri KPDNKK Dato Seri Hasan Malek, Sarawak mencatatkan kes tertinggi iaitu 27, diikuti Sabah (17), Negeri Sembilan (16), Johor (13), Selangor (enam), Perlis (empat), Perak (tiga), Pahang (tiga), Terengganu (dua), Kedah (dua), Putrajaya (dua) dan Pulau Pinang (satu).

Pasar basah terus menjadi lokasi utama pemeriksaan apabila 3,735 pasar basah diperiksa, pasar malam atau pasar tamu (2,061), pasar tani (1,572), kedai runcit (857), gerai makan (203) dan kedai makan (181).

Pemeriksaan juga meliputi mini market (148), restoran (141) dan medan selera (128), hentian rehat dan rawat (R&R) (lapan), pasar raya (47), pasar raya besar (18), pemborong (24) dan pengeluar (satu).

Bagi Apj inilah masa dan waktunya KPDNKK bertindak atas sikap melampau peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan menyusahkan rakyat , langkah berterusan KPDNKK akan membuahkan hasil dan harga dapat dikawal apabila penguatkuasa KPDNKK selalu membuat pemantauan , bukan hanya menunggu arahan sahaja. 

Rakyat akan menilai siapa sebenarnya yang bersalah , sikap pembangkang yang selalu menyalahkan kerajaan akan terjawab dengan tindakkan berterusan ini !! 

Tahniah buat KPDNKK dan semua penguatkuasanya juga pada Menteri Dato Seri Hasan Malek. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive