sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 29 January 2014

PANAS !! EXCO KEDAH GEMPUR TOKEY PASIR !!! @MukhrizMahathir



Semalam ADUN Kuala Nerang merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah YB Haji Badrol Hisham telah turun meninjau lokasi Sungai Sari, Padang Sanai yang tercemar akibat aktiviti perlombongan pasir berlesen namun gagal menepati piawaian dan prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Sumber Air Kedah.

Di dapati memang air sungai di Sungai Sari, Padang Sanai telah tercemar dan berkeladak teruk. YB Haji Badrol Hisham bersama Pengarah Lembaga Sumber Air Kedah Tuan Haji Fadhil, Pegawai Jabatan Alam Sekitar Kedah,Pegawai Pejabat Daerah Padang Terap, AJK Pemuda UMNO Padang Terap, Pegawai Khas Pejabat ADUN Kuala Nerang, Penghulu Badrol serta beberapa orang kampung turut meninjau ke kuari pasir tersebut.

YB Haji Badrol Hisham menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kuari tersebut. Notis dua minggu telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Padang Terap kepada pengusaha kuari pasir tersebut untuk menyelesaikan masalah yang menyebabkan air Sungai Sari tercemar. 

Sekiranya pengusaha kuari pasir tersebut gagal menepati syarat yang ditetapkan dalam masa dua minggu ini, tindakan tegas akan di ambil. Malah YB Haji Badrol Hisham juga turut memberi amaran kepada pengusaha-pengusaha kuari pasir di negeri Kedah agar sentiasa mematuhi syarat dan prosedur yg ditetapkan. 

Pemantauan terhadap kuari-kuari pasir akan lebih kerap dilakukan bagi memastikan mereka tidak melanggar syarat yang ditetapkan

apj : inilah yang rakyat mahu , Exco Kedah Yb Badrul turun sendiri dan memberi amaran kepada pengusaha pasir !! Tolak yang HARAM !! MANTAP EXCO KEDAH 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive