sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 25 January 2014

PERGINYA SEORANG TIGER ISLAM MALAYSIA !!! ULAMA YANG DI HORMATI !! @Tantawi100 @nikabdulaziz



Lewat malam tadi tiba-tiba air mata aku mengalir bilamana mendapat perkhabaran tentang perginya seorang pejuang Islam di Malaysia yang amat aku kagumi kerana ketegasan dan penderiannya dalam mempertahankan Agama Allah. 

Walaupun berbeza parti tetapi aku lihat Allahyarham memperjuangkan Islam dari segenap ruang. Sememangnya Awrah Toh Guru Harun Taib tidak disukai oleh rakan pakatan rakyat terutama DAP. 

Aku petik 10 Kenyataan yang Arwah Tuan Guru Dato Haron Taib yang kita perlu tahu dan sesuai untuk sebaran.

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”



4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.



7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”

- KLXPRESS

Sebagai rakyat , aku antara yang terasa kehilangannya , kata-katanya sentiasa dinanti, perjuanganya amat dikagumi apatah lagi cara Arwah memperjuangkan Islam. 

Allahyarham meninggal dunia lewat malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu 

Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya. Jenazah Allahyarham Tuan Guru  Harun dijangka disolatkan pada jam 10 pagi nanti di Markas Tarbiyah Kubang Lembik, Manir, Kuala Terengganu.

“Moga ALLAH merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin,”

Al-Fatihah  

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive