sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 12 January 2014

TUDIAA !! TULANG HELANG MAMPU PATAHKAN SAYAP PESAWAT !!!



Tiga juruterbang yang sedang menjalani latihan penerbangan cedera termasuk dua parah selepas pesawat Cessna 172 yang dinaiki terhempas ketika cuba mengelak daripada merempuh seekor helang berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam semalam.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Kapten Saiful Farid Amri Amrizal, 21, yang merupakan pemandu pesawat ringan itu cedera di bahagian muka sementara dua penumpangnya, Kapten Syed Haidhar Syed Zulkifli, 24, dan Shaiful Zafiq Razali, 23, cedera parah dari pinggang ke bawah.

Pesawat Kelab Penerbangan Diraja Selangor itu juga dikatakan merempuh serumpun pohon buluh di tempat kejadian sebelum terhempas dan patah dua serta hampir terjunam ke dalam tebing anak sungai setinggi kira-kira 50 meter.

Ketiga-tiga mangsa yang cedera kemudiannya keluar daripada pesawat dan berjaya diselamatkan hampir 10 jam kemudian oleh pasukan keselamatan yang melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor, Othman Abdullah berkata, pihaknya menjalankan operasi menyelamat kira-kira pukul 9.30 malam ekoran laporan kehilangan sebuah pesawat ringan selepas lebih setengah jam berlepas dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat turut menerima panggilan kecemasan daripada seorang individu berhubung kejadian yang sama.

“Pada pukul 10.11 malam kita berjaya mengesan lokasi pesawat dan dua pegawai ditemani dua orang penduduk kampung dihantar untuk memeriksa kawasan itu. Kumpulan ini berjaya menemui kesemua mangsa pada pukul 3.45 pagi," katanya ketika ditemui pemberita di Empangan Batu selepas operasi menyelamat selesai.

Othman memberitahu, pesawat itu didakwa hilang kawalan apabila cuba mengelak daripada merempuh seekor burung helang.

“Itu yang diberitahu mangsa ketika ditanya sejurus mereka ditemui. Kata mereka, apabila cuba mengelak helang, pesawat itu kemudiannya melanggar serumpun pohon buluh lalu jatuh terhempas ke tanah.

“Mereka berjaya keluar daripada pesawat itu dan berjalan sejauh 100 meter sehinggalah berjaya diselamatkan. Berdasarkan apa yang dilihat, keadaan pesawat itu begitu kritikal, mujur kesemua mereka terselamat dan masih sedar ketika ditemui," jelasnya.

Dalam usaha menyelamat itu, seramai 35 anggota dan pegawai yang diketuai Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd. Sani Haru ditubuhkan untuk mencari mangsa.

Sementara itu, Nor Azilee Abdul Kadir, yang menjadi pegawai bomba terawal menemui mangsa nahas memberitahu, tiga juruterbang tersebut berada dalam keadaan separuh sedar ketika ditemui pada pukul 3.45 pagi.

“Mujur mereka masih sedar ketika kami menjerit mencari mangsa, jika tidak pasti lama lagi kami menemui mereka kerana suasana yang gelap gelita," katanya yang ketika itu bersama seorang lagi pegawai bomba, Rodzlan Othman dalam operasi terbabit.

Seorang penduduk kampung, Darmawan Kamarulzaman, 33, pula berkata, dia terdengar bunyi satu dentuman kuat kira-kira dua kilometer dari arah kawasan kebunnya di Kampung Sungai Tua.

“Saya terus mengarahkan seorang lagi rakan membuat panggilan kecemasan dan sepasukan bomba turut meminta saya menyertai operasi mencari lokasi pesawat itu terhempas.

“Beberapa jam dalam tempoh memeriksa kawasan itu, jeritan kami disahut mangsa dan selepas mencari arah suara tersebut, kami menemui kesemua mereka dalam keadaan berlumuran darah kerana mengalami luka-luka," katanya. - utusan 

apj : kuasa Allah mengatasi segalanya. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive