sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 8 May 2014

GAMBAR PANAS BERSAMA ROZITA CHE WAN , ZAIN SAIDIN BUKA MULUT



Zain Saidin Jawab Gambar Kontroversi bersama Rozita Che Wan

Pelakon Zain Saidin menjawab mengenai gambar kontroversi yang dimuat naik kedalam laman akaun sosial miliknya dan isteri beliau Rozita Che Wan sewaktu bercuti di Bali.

Tambah Zain, segala mengenai isteri beliau yang sering kali menjadi buah mulut oleh pelbagai sehingga mengundang kontroversi yang menyebabkan beliau enggan mengendahkan perkara terbabit.

"Gambar yang melibatkan Che Ta memang akan mengundangkan kontroversi dan ia memang sudah dijangka. Masa kami pergi Krabi dan Paris sering menjadi buah mulut orang, jadi saya tidak terkejut apabila gambar percutian kami di Bali menjadi perbualan hangat orang ramai," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Oh My English musim ketiga di SMK Seri Serdang, hari ini.




Tambah beliau, tindakan beliau memuat naik gambar tersebut kerana teruja dengan destinasi percutian bersama isterinya.

Beliau juga berpandangan paparan gambar itu tidak melampau dan tidak sewajarnya diperbesarkan.

"Gambar ini adalah yang pertama kali diambil sebegini mungkin. Namun gambar itu tidaklah menggambarkan apa-apa, sebaliknya kami teruja untuk berkongsi kegembiraan yang kami rasa," katanya.

Zain juga berkongsi kegembiraaannya yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Zain yang turut berdebar menantikan harapan isterinya yang mengimpikan bayi seorang perempuan,

Beliau bagaimanapun tidak menitikberatkan soal jantina anak yang bakal dilahirkan.

"Saya mengetahui bahawa Che Ta inginkan bayi perempuan, jadi saya rasa berdebar bagi pihak beliau. Saya tidak kisah sama ada bayi tersebut lelaki mahupun perempuan, yang penting kesihatan bayi berada dalam keadaan sihat.

"Saya bakal ke New Zealand untuk meneruskan urusan kerja dan berkemungkinan Che Ta bakal ikut sama,"ujarnya.

Dalam pada itu, Zain yang memegang watak sebagai Sir Henry Middleton di dalam sitcom Oh My English itu berkata, beliau akan memberi fokus kepada rakaman sitcom musim ketiga itu yang menjanjikan kelainan konsep yang lebih ceria buat tatapan penonton.

"Saya akan terus kekalkan imej berambut perang kerana ingin memberi komitmen sepenuhnya kepada OME!. Dimana drama ini dikhabarkan ingin membuat telemovie," katanya lagi.

RAKYAT NEWS 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive