sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 14 May 2014

TEPAT JAM 7.45 AM SUDAH RASMI KERUSI PANAS MB TERANGGANU DI DUDUKI AHMAD RAZIF



Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengetip perakam waktu tepat pukul 7.45 pagi ini dan secara rasmi memulakan tugas sebagai Menteri Besar baharu Kerajaan Negeri Terengganu.

Difahamkan, pejabat sementara Ahmad Razif ialah di tingkat enam, Wisma Darul Iman sebelum berpindah ke pejabat rasmi Menteri Besar di tingkat 16, bangunan sama.

Ia disusuli dengan bacaan doa oleh Pegawai Khas Agama Menteri Besar, Ustaz Kamalrudin Omar.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mat Razali Kasim.

Ahmad Razif, 49, dilantik sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletak jawatan pada Isnin lalu.

Beliau juga masih memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri.

Adun Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008 itu merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus turut memegang jawatan Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.

Tahniah di ucapkan kepada Menteri Besar Terengganu yang baru , di harap terus membawa Terengganu ke arah yang lebih cemerlang dan teruskan usaha penyatuan kembali Umno Terengganu. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive