sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 7 May 2014

LENGKAPLAH SUDAH 3 SAHABAT MENGADAP ILAHI - AL-FATIHAH


Ternoktah sudah kisah perjalanan seni 3 sahabat dan bintang lagenda filem Melayu tanah air pergi mengadap Maha Pencipta . Di mulai dengan Seniman Agung P Ramlee diikuti Sudin  dan semalam Ajis .

Semua lakonan 3 sahabat ini tidak sedikitpun menjemukan sesiapa sahaja yang menonton , bagi saya sendiri , saya melihat betapa hebatnya mereka hinggakan anak-anak saya yang berumur 8 dan 7 tahunpun meminati dan ketawa melihat lakonan 3 sahabat ini. Aura mereka tidak mati ditelan zaman.

Sememangnya mereka tidak ada penganti , mereka memartabatkan filem-filem Melayu , lakonan mereka penuh maksud tang tersirat. Walaupun ada yang buta huruf dan hanya menghafal dailog tetapi hasilnya gah hingga kini. 

Pagi tadi adalah penamat dan berakhirlah kisah terakhir  Ajis (  Datuk Abdul Aziz Sattar ) merupakan kehilangan besar kepada dunia seni tanah air.

Abdul Aziz, 89, meninggal dunia di Hospital Kajang awal hari ini setelah mengalami serangan jantung.

Pelakon protagonis dan pelawak dalam siri filem Melayu Bujang Lapok itu meninggal dunia pada kira-kira pukul 2 pagi, menurut anak perempuannya Sandakiah.

Saya yakin dan pasti , Ramli , Sudin dan Ajis  akan dikenang sampai bila-bila oleh anak bangsa. Besar sungguh pengorbanan mereka . 

Selamat Malam Ramli , Sudin dan Ajis , semoga ditempatkan bersama orang yang beriman. - Al-Fatihah

1 comment:

Anonymous said...

Seorag. demi seorag. SENIMAN/SENIWATI GEMILANG dan TULEN kita dah menghadap Ilahi - sedih betul. Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh Allahyarham-Alahyarham Datuk Aziz Sattar kita dan juga para seniman/seniwati GEMILANG Islam/Melayu kita yg. lain-lain.

Makcik Sambal Belacan – sungguh SAYU mengenang lagu ASLI, BUDAYA Melayu PUSAKA INDAH kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham-Allahyarham Kamariah Noor (mana gelaran utk. JASAnya) atau Puan Sri Saloma (AMN) [isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee (AMN)] - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup MELARAT di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro (ROYALTI BERJUTA dr. filem/lagu P. Ramlee/Saloma yg. BERLAMBAK – adakah dgn. si KAPIR Shaw Brothers di S'pura tu?!)

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive