sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 4 December 2012

EKSKLUSIF !!! VIDEO YANG BUAT MELAYU AKAN MATI DI TANGAN BIADAP !!!!











Dalam banyak-banyak jutawan di dalam Malaysia ini, mengapa Tan Sri Syed Mokhtar yang berbangsa Melayu juga yang menjadi mangsa untuk di jatuhkan Pakatan Haram sedangkan hakikat Tan Sri Syed Mokhtar tidak pernah terlibat di dalam politik Malaysia.

Apa yang dapat di lihat, niat Anwar Ibrahim adalah untuk menaikan semanggat bangsa lain supaya membenci bangsa Melayu yang di perjuangkan UMNO di sebalik tidak mengetepikan hak bangsa lain di Malaysia.

Jika di fikirkan secara logik, Syed Mokhtar, salah seorang jutawan Melayu yang berjaya bukanlah seorang ahli politik yang mampu menggugat politik Pakatan Haram, Syed Mokhtar hanyalah seorang ahli perniagaan yang berjaya membentuk empayar perniagaannya sendiri.

Dari hasil perniagaannya, Syed Mokhtar banyak membantu golongan orang miskin, banyak membuat kerja-kerja amal banyak menderma kepada yang memerlukan melalui Yayasan Al-Bukhari yang di tubuhkannya sendiri pada tahun 1996.

Tujuan utama Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan, Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin.

Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia., rumah anak yatim, madrasah dan juga masjid banyak yang beliau bina. Mungkin banyak lagi perkara yang beliau lakukan, tidak kita tahu.

Sebenarnya serangan terhadap Jutawan yang berbangsa Melayu, Syed Mokhtar ini telah di cetuskan oleh Tony Pua, ahli Palimen DAP yang mengetuai satu kumpulan rahsia DAP yang di beri nama kumpulan G17.

Tujuan utama kumpulan terbabit adalah menjatuhkan orang Melayu melalui dunia politik Malaysia supaya hak keistimewaan ketuanan Melayu dapat di hapuskan.

Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan dari kumpulan ini di dalam meraih sokongan dari kalangan bukan bangsa Melayu supaya cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai.

Untuk undi dari bangsa Melayu, Anwar Ibrahim tidak merasa bimbang kerana PAS yang berada dalam Pakatan Haram di gunakan untuk menarik undi dari kalangan bangsa Melayu yang cukup sinonim dengan Agama Islam.

Ternyatalah apa yang di lakukan Anwar Ibrahim dan PAS hanyalah untuk kepentingan politik masing-masing tanpa menyedari apa yang mereka lakukan merupakan jalan termudah bagi DAP yang terbukti anti pada bangsa Melayu merealisasikan impian mereka untuk melihat bangsa Melayu yang beragama Islam merempat di tanah air sendiri sepertimana yang telah parti PAP lakukan di Singapura terhadap bangsa Melayu Singapura.

SUMBER : KLIK SINI

3 comments:

Anonymous said...

blog pecacai yg banganggg sbb byk makan hasil harammm...hati jadi keras dan hitam....

Anonymous said...

melayu yang buta perut saja yg sokong DAP & konco2nya..umpama korek lunbang kubur sendiri

Jagoan said...

kita tak boleh marah kat blog ni. sb dia meme sokong UMNO. meme lah dia burukkan PKR. tapi minyak nak naik lagi ni. kompom lepas ni barang pun naik. tolong lah pembesar-pembesar UMNO turunkan harga minyak. tersepit aku yang miskin ni. brim tak cukuplah nak buat makan setahun.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive