sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 1 October 2013

HOT INFO : LEBIH 1000 BERTUKAR SEKOLAH UNTUK BERSAMA PASANGAN !! TERBAIK @PKamalanathan @Muhyiddin_Yassin



Kira-kira 2,000 guru diberi kelulusan untuk membuat pertukaran sekolah dan lebih 50 peratus daripadanya diberi atas alasan untuk bersatu semula dengan pasangan masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan permohonan tahun 2013 yang telah memenuhi syarat minimum iaitu berkhidmat selama 36 bulan.

Bagi permohonan pertukaran sekolah untuk 1 Jan 2014 yang ditutup hari ini, beliau berkata kementerian telah menerima 3,812 permohonan untuk sekolah menengah dan 4,137 permohonan bagi sekolah rendah.

"Kita akan beri pertimbangan sewajarnya bagi permohonan ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2013 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Kamalanathan menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) yang bertanya mengenai permohonan pertukaran guru yang diluluskan atas alasan ingin bersatu semula dengan suami atau isteri.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive