sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 8 January 2014

PANAS MELAMPAU !! AWEK CUN PEMANDU PM BAKAL KUBURKAN PENTADBIRAN NAJIB RAZAK !! @NajibRazak



Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri menamatkan kontrak syarikat perhubungan awam Edelman dengan pihak itu berkuat-kuasa dalam tempoh sebulan bermula semalam berikutan kesilapan memuat naik Tweet yang menyebut Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Bekas Perdana Menteri.

Sumber memberitahu Mynewshub, surat mengenai penamatan kontrak berkenaan dikeluarkan PEMANDU berikutan terlalu banyak aduan diterima dari pelbagai pihak yang tidak dapat menerima cara kerja bodoh yang dipertontonkan oleh Edelman.

Edelman adalah syarikat yang mengaku diri mereka sebagai firma perhubungan awam (PR) terbesar di dunia.

Semalam, portal ini menyiarkan berita Twitter rasmi PEMANDU untuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan nama @etp_roadmap telah tersalah tweet berhubung kedudukan Najib.

Kesilapan berkenaan dengan pantas mendapat kecaman pengguna twitter lain apabila perbuatan itu dilihat sebagai satu tidak kepekaan yang terlalu besar.

Pengendali akaun itu dilihat agak lambat memadam tweet kesilapan itu dan selepas ia dipadamkan tidak pula ada tweet permohonan maaf berkenaan kesilapan itu dalam jangka masa agak lama.

Selepas beberapa ketika, barulah pengendali akaun Twitter itu membuat tweet membuat permohonan maaf di atas kesilapan yang berlaku.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub media-media sosial tempatan memperlihatkan penyokong kerajaan bukan sekadar menyelar Edelman, tetapi mahukan PEMANDU lebih bertanggungjawab atas kesalahan yang berlaku.

Antaranya, mereka menuntut agar Pengarah Komunikasi PEMANDU, Saffura Chinniah juga dipecat oleh Jabatan Perdana Menteri atas kesilapan melantik juru runding yang lemah untuk mengendalikan aspek-aspek penting kerajaan.-Mynewshub.my

APJ : Apj rasa bukan sekali dua puak-puak PEMANDU PM ni buat hal , tapi Najib tetap cool , tapi coolnya buat rakyat makin bosan dengan duit rakyat bejuta2 hasil dilaburkan untuk membayar consultan bengap nih !! Bertindaklah wahai Perdana Menteri . 

1 comment:

Hablulyuzi said...

Mohon pautkan link http://hablulyuzi.blogspot.com
Terima kasih

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive