sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Showing posts with label PUTRAJAYA. Show all posts
Showing posts with label PUTRAJAYA. Show all posts

Monday, 24 February 2014

HOT NEWS !! UMNO DAN PAS BAKAL BERSATU DI PUTRAJAYA ATAS SATU PEGANGAN IAITU ISLAM ?? #SelawatPerdana




Salam buat semua pembaca sama ada dari kalangan penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang terutama mereka yang beragama Islam tak kita berbangsa Melayu atau bukan bangsa melayu. Buat seketika kita letakkan perbezaan pendapat dan idealogi politik ke tepi buat sebentar. Marilah kita lakukannya atas nama agama yang kita sanjung iaitu Islam dan kita lakukannya kerana sayangnya kita kepada nabi junjungan kira Rasullullah swt.


Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal. Majlis selawat dan zikir yang diberi nama Selawat Perdana "Malam Cinta Allah dan Rasul 1435" akan diadakan di Dataran Masjid Putrajaya Precint 1 pada 21hb March 2014 bersamaan hari Jumaat.

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." ( Surah Al Baqarah ayat 148 )



Atas rasa sayangkan agama iaitu Islam adalah dirayu kepada semua yang membaca artikel ini agar sama-sama membantu mempromosikan dan jika punya kelapangan untuk hadir sama ke majlis agama seperti ini.


Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :


Facebook : https://www.facebook.com/selawatperdana
Instagram : @SelawatPerdana

Saturday, 3 August 2013

PANAS !!! SETPOL @NajibRazak LAWAN NAJIB ?? APA KES NI ??


Ni ada sorang lagi pegawai Najib yang ingkar dengan arahan, setahu Sangkakala Perdana Menteri dah bagi arahan semua pegawai beliau di PMO tidak akan bertanding di peringkat bahagian atau mana mana peringkat pusat.

Tapi apa yang Sangkakala dengar si Khairun Aseh masih nak bertanding sebagai ketua pemuda bahagian Putrajaya tapi dah gunakan pendekatan lain pulak iaitu dengan menggunakan cara runding dengan calon lain.

Sambung sini 

Apj dengar benda ni , memang menjadi satu yang malang buat Perdana Menteri , arahannya sepatutnya didengar oleh pegawainya bukan Perdana Menteri dengar cakap pegawainya , Harap Apa yang terjadi sebelum ni , menjadi engajaran berguna buat Perdana Menteri , jangan sampai penyokong lari kerana meluat !!! 

Sunday, 26 May 2013

VIDEO HOT !!! MENTERI BELIA SERU APA TU ?? JOM TERJAH !!! @KhairiKJ #FBP13


Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin menyeru kepada golongan belia agar bersama- sama menyokong pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Khairy, kini bukanlah masa untuk bersengketa dalam mengejar impian peribadi masing-masing, tetapi dalam usaha memacu kemajuan negara bersama pentadbiran negara sedia ada

VIDEO PANAS !!! DENGAN NI WAHAI PEMBANGKANG !! @NajibRazak #FBP13

Thursday, 9 May 2013

GEMPAR !!! HUSAM MUSA DIKERAT BAGI JAWATAN EXCO KELANTAN ?? BERLAKU CAH KETING DALAM PAS KELANTAN ? !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR


Kemarahan penyokong Husam makin memuncak semalam , mereka berkumpul menyatakan bantahan kepada pucuk pimpinan PAS Kelantan kerana tidak menyenaraikan Husam dalam Exco Kerajaan PAS Kelantan. 

Ada juga diantara mereka berkata berlaku 'cah keting ' bagi menjatuhkan Husam Musa atas petukaran Menteri Besar Kelantan. 

KOTA BAHARU - Kira-kira 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.

Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Husam yang merupakan Naib Presiden Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, tetapi kalah di kerusi Parlimen Putrajaya.

Dua hari lalu, Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketiadaan Husam dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.

Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini merupakan pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.

Husam pula menempelak barisan exco baharu itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur. - Bernama

Wednesday, 8 May 2013

HOT !! KALAH DI PUTRAJAYA , TUMBANG EXCO DI KELANTAN !!! ITULAH NASIB MU WAHAI HUSAM !!! KAU INGAT PASAL VIDEO IZZAH TU WAHAI HUSAM ?? BERAPA JUTA HARGANYA ?


Husam digugur kerana tak dapat restu Sultan Muhammad Ke-V – Menteri Besar Kelantan

Ketua Pemuda PAS Kelantan turut ditolak

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa digugurkan daripada senarai nama Exco kerajaan Pas Kelantan yang baharu setelah tidak mendapat ‘restu’ Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob ketika berhadapan dengan beberapa penyokong setia Husam yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, di rumahnya petang ini.

Menurut Ahmad, nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.

Jelas beliau, selain Husam nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut, namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

“Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

“Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan DUN Pas Salor, Mohd. Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai penyingkiran nama Husam itu.

Terdahulu pertang ini, Mohd. Nuri dalam satu sidang akhbar menyatakan penyingkiran itu dibantah oleh masyarakat di Salor kerana berpendapat Husam layak untuk terus menjadi Exco kerajaan berdasarkan kepada pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden Pas- sumber sahih

Thursday, 2 May 2013

VIDEO GEMPAR !!! TUDIAA WANITA JUBAH MAI CALIT DAKWAT DAH KAT PUTRAJAYA #NajibMyPM #PilihBN #TolakPR #GE13 #PRU13 #BetterNation #Transformasi #BN


Seorang penduduk Putrajaya membuat laporan polis berikutan datangnya sekumpulan wanita berjubah ke rumah beliau untuk mencalit dakwat kekal ke tangan.

Tindakan pembangkang sebegini sememangnya telah dijangka.

Harap rakyat tidak terpedaya dengan sesiapa yang mahu mencalitkan dakwat ke tangan selain di pusat pembuangan undi.



CELAKA PUNYA PAKATAN !!!!!! 

TOLAK PAKATAN RAKYAT !!!

UNDI BN

VIDEO GEMPAR !!! TAKTIK KOTOR PAS PUTRAJAYA MEMUALKAN !!! TERDEDAH !!! #TolakPR

Tuesday, 30 April 2013

KECOH !!!! DAH DI LONGKANGPUN PEMBANGKANG !!! #TolakPR #GE13 #PRU13 #TolakPR #BetterNation




SOKONGAN TERHADAP BN MELONJAK, PEMBANGKANG BAKAL KECUNDANG

Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain  daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan   bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.

VIDEO PANAS !!! PART 7 , 8 DAN 9 : WAJIB TONTON !!! #PRU13 #GE13 #TolakPR #BNBagus





Sunday, 28 April 2013

PANAS !!! PAS DAH ISLAMKAN 'RAJA RATNAM' ??? HUDUD PAS !!! #TolakPR #PRU13 #GE13




PAS Patut Islamkan Raja Ratnam Dahulu

Membiarkan bukan Islam memetik ayat-ayat AlQuran dan Hadith di pentas-pentas ceramah nampaknya terus menjadi budaya PAS.   Dan setiap kali penceramah bukan Islam itu berbuat demikian, maka penyokong-penyokong PAS akan bertakbir dan bertepuk tangan gembira seolah-olah beliau sudah masuk Islam.  

Apa yang menggusarkan kita ialah, para penceramah bukan Islam tersebut selalunya tidak mampu menyebut ayat dengan betul dan tersalah pula menterjemah maksudnya.  Sebagai seorang Islam, bergetarlah hati kita apabila ayat AlQuran disalah sebut dan salah-terjemah sedemikian dan kemudian disambut sebagai benar pula oleh yang mendengar.

Melalui pengalaman sendiri, dalam beberapa insiden, mereka yang bertakbir dan bertepuk tangan mendengar ayat yang disalah-sebut dan salah terjemah itu, adalah golongan yang penulis cukup kenal sebagai ‘geng surau’ di kawasan perumahan penulis.   Justeru, penulis hairan, apakah ‘geng surau’ ini tidak tahu bahawa apa yang diperkatakan oleh penceramah bukan Islam itu salah?   Tidakkah hati mereka juga bergetar?

Namun, itulah hakikatnya politik PAS yang menjual agama demi kuasa.  Baru-baru ini perkara yang sama berlaku lagi di mana seorang penceramah beragama Hindu iaitu Raja Ratnam yang didatangkan khas dari Kelantan untuk ‘memperbetulkan akidah Islam orang-orang UMNO’ di Putrajaya.  Raja Ratnam dengan megah mengakui yang beliau lebih memahami Islam dari UMNO lalu menyebut dengan fasih: “Auzubillah himinaz syaitan nirrojim, Bismillahhirrohmanirrohim” dan disambut dengan pekik takbir dan tepukan oleh hadirin penyokong PAS.  Seterusnya, Ratnam pun mempersoalkan UMNO yang tidak menerima hudud dan juga solat orang-orang UMNO sebagai sia-sia.

Dengan kata-kata itu, maka penyokong-penyokong PAS yang hadir pun melihat Ratnam sebagai lebih Islam dari UMNO.  Walhal, Ratnam kekal beragama Hindu.  Bukankah ini sesuatu yang sangat pelik, tidak masuk akal dan ganjil?

Sebagai Umat Islam yang beriman bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar, maka tentulah kita tidak boleh menerima bahawa Ratnam lebih memahami Islam dari UMNO.   Ini kerana jika benar Ratnam memahami Islam, beliau pasti sudah mengucap dua kalimah syahadah dan bukannya berceramah di sana-sini demi politik sesat PAS.  

Mungkin kita perlu bertanya kepada Mursyidul Am Nik Aziz, jika PAS begitu pandai berdakwah dan Ratnam begitu memahami Islam, kenapakah beliau belum masuk Islam lagi?  Belum sampai seru?  Jika belum, apakah hak beliau untuk ‘menyeru’ UMNO?  

Dalam konteks perbincangan mengenai agama ini, kita tidak mempersoalkan Ratnam kerana sudah sahlah beliau jahil dan sesat, tetapi kita wajib mempersoalkan PAS dan penyokong PAS,  kenapakah sampai begini sekali jadinya?  

Kenapa sanggup menerima yang jahil dan sesat dan kemudiannya menyuruh atau mempergunakan mereka untuk menyesatkan dan memecahbelahkan sesama kita?  

Jika soalan ini terlalu sukar untuk dicernakan oleh akal PAS, maka satu soalan yang lebih mudah ialah:  Jika Tok Guru Nik Aziz begitu hebat, Tuan Guru Hadi Awang begitu alim, dan semua Ulama dalam Majlis Syura PAS yang kononnya jauh lebih Islam, lebih bijak dan lebih benar dari Ulama-ulama di luar PAS, kenapakah tidak seorang pun dari mereka yang dapat mengIslamkan Ratnam?   Sebelum bercakap tentang membuat perubahan ke arah Islam di peringkat negara, kenapa tidak mulakannya di peringkat parti Pakatan Rakyat sendiri?  

Yang manakah yang lebih penting, antara mengIslamkan negara dengan mengIslamkan orang-orang kafir di sekeliling kita?  Bukankah itu sebenarnya tugas utama para Ulama?  Iaitu untuk menyebarkan dakwah Islamiah, meramaikan umat Islam, mempertingkatkan syiar Islam, bukannya memerintah.

Bukankah lebih penting untuk berdakwah kepada bukan Islam agar mengenali Allah SWT, berbanding berdakwah kepada yang telah pun mengenal Islam?

Memandangkan PAS begitu obses dengan kiraan dosa pahala, maka cuba bayangkan betapa banyak pahala yang didapati jika dapat mengIslamkan seorang kafir berbanding duduk di atas takhta tanpa dapat mengIslamkan walau seorang pun, sebaliknya hanya menambah bilangan umat Islam yang murtad di samping menghukum mereka-mereka yang sedia Muslim, sebagai kafir.

Lebih teruk, jika hukuman kafir yang dilemparkan kepada Muslim tadi berbalik kepada diri sendiri seperti yang dijelaskan dalam AlQuran.  Bukankah ini bermakna diri sendiri juga sudah tidak Islam lagi?

Sunday, 21 April 2013

PRU13 : TUDIAAA RUMAH UNTUK KAKITANGAN AWAM #ManifestoBN #GE13 #PRU13 #BetterNation #PPA1M

Inline image 2

Sebanyak 1,256 unit rumah di Presint 17 dan 256 unit di Presint 11 Putrajaya akan dibina bawah program PPA1M khusus buat kakitangan awam.

PPA1M adalah tanda keprihatinan Kerajaan terhadap kakitangan awam yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan rumah mampu milik.

CUEPACS menyambut baik usaha ini dan berharap kerajaan BN diberi mandat untuk teruskan pembangunan dan menjaga kebajikan penjawat-penjawat awam

LAGI ARTIKEL BOLEH BACA DISINI 

Friday, 19 April 2013

HOII HUSAM !! MU INGAT DOK VIDEO NIH ?? MU NOK BOHONG ORE PUTRAJAYA PULOK KO ?? HUDUH PERANGAI MU !!!

Inline image 4

Dato’ Husam sahkan bertanding di Putrajaya anggap satu simbol keberanian PAS cabar BN di pusat pemerintahan negara.
Tindakan ini dilihat sebagai beliau lari setelah gagal tunaikan janji-janji kepada rakyat Kelantan.
Sokongan terhadap beliau di Kelantan semakin berkurangan dan nampaknya beliau menaruh harapan kepada rakyat Kelantan yang berhijrah/menetap di Putrajaya





DEMO LO NI TAK SUPO DULU , DULU MENIPU SEKARE LAGI KUAT MENIPU !!!

ORE PUTRAJAYO TOLAK MU MENTOH-MENTOH KAWE !!!!

APJ : AWAT BURUK SANGAT BUNYI KELANTAN AKU NIH !! ADEHH 

Friday, 1 March 2013

PANAS !!! JAMBATAN RUNTUH ANGKARA KHIANAT ?? GAMBAR BUKTI !!!


ISHHHH PIHAK BERKUASA HARUS TANGKAP PENGGANAS NI !!!


HEHEHE GURAUAN PETANG-PETANG !!!

pssstttt : PKNS APA CER??

Thursday, 13 December 2012

BIKIN PANAS !!! @NajibRazak DIHINA TERUS OLEH KAUM PEMBANGKANG YANG KURANG AJAR!!!!





Kurang ajar dan biadap. Ini bukan kali pertama mereka menghina Perdana Menteri, namun semakin hari semakin melampau. Sudah tiba masanya ISA dihidupkan semula. Peduli dengan mereka, yang bising pun letak sekali dalam ISA. Ops Lalang buat balik kerana mereka semua menghasut!
Berkenaan apa yang belaku pagi tadi di JPN, ini adalah laporan oleh Double Y :
Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.

Ia mengingatkan saya dengan satu pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.




Nampaknya selain cuba menaikkan kemarahan masyarakat India dengan harapan mengulangi peristiwa Hindraf, PKR turut membawa mesej untuk menghapuskan identiti bangsa yang digunakan oleh umat Islam.

Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!

MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum

Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22

UNTUK VIDEO : BACA SINI

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...