sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 28 September 2014

#HAJI1435H : JEMAAH TIDAK DI JANGKITI EBOLA DAN MERS-coV - @dsjamilkhir @azeezputera



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tidak ramai daripada kalangan jemaah haji Malaysia yang telah tiba untuk Musim 1435H ini menghadapi masalah kesihatan.

Malah, kata beliau, jika tiada halangan daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Tabung Haji akan berusaha membawa lapan pesakit jemaah Malaysia yang masih terlantar di hospital negara ini untuk dibawa berwukuf di Arafah.

"Bilangan pesakit (jemaah Malaysia) di hospital Arab Saudi ini agak rendah berbanding pada pengalaman kita dulu. Mungkin kerana jemaah Malaysia memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan.

"Dan kerajaan Arab Saudi sendiri pun memantau perkembangan penyakit Ebola dan MERS-coV yang sedikit mengganggu persiapan (haji). Bukan setakat jemaah haji Malaysia sahaja, jemaah negara-negara lain pun tidak kedengaran berita dijangkiti penyakit ini," 

Jamil Khir turut menjelaskan bahawa dua jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia tiga hari lalu adalah dua orang wanita yang masing-masing berumur 52 dan 62 tahun.

"Ini bagi menjawab kebimbangan keluarga lain di tanah air yang menyangka mereka adalah jemaah yang telah berumur. Setakat ini empat jemaah Malaysia meninggal dunia dan Tabung Haji akan membuat badal haji untuk mereka," kata beliau.


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive