sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 27 September 2014

#HAJI1435H : DUA ORANG LAGI JEMAAH MALAYSIA MENINGGAL DI MEKAH



Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci minggu ini, seorang kerana masalah jantung dan seorang lagi kerana komplikasi jangkitan paru-paru.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, yang tidak mendedahkan identiti kedua-dua jemaah itu hanya berkata mereka merupakan jemaah wanita dan meninggal dunia minggu ini.

Dengan kematian terbaru itu, jumlah jemaah haji Malaysia yang meninggal dunia setakat ini hanya empat orang, katanya kepada media Malaysia selepas meninjau persiapan tapak dan khemah untuk jemaah haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina petang Khamis.

Beliau juga turut menghadiri majlis bacaan Yasin dan doa selamat di tapak perkhemahan Malaysia di Arafah.

Pada minggu lepas, dua jemaah haji lelaki yang berumur 56 dan 57 tahun dilaporkan meninggal dunia kerana masalah jantung.

Jemaah pertama dari Johor Baharu meninggal dunia pada 9 Sept, dan jemaah kedua yang berasal dari Sepang, Selangor meninggal dunia pada 16 Sept.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive