sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 9 September 2014

#HAJI1435H : 21 TAHUN BERBAKTI PADA JEMAAH MALAYSIA DI MEKAH



#Haji1435H
Mekah
7 sept 2014

21 TAHUN BERBAKTI UNTUK JEMAAH HAJI MALAYSIA

Semalam Admin sempat menemuramah Petugas Ambilan Musim (PAM) yang ibu dan ayahnya berasal dari Sala dan Alor Janggus. Untuk makluman Lembaga Tabung Haji (TH) menggunakan khidmat 260 Petugas Ambilan Musim (PAM) terdiri daripada penduduk tetap (PR) Arab Saudi yang berasal dari Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia dan Pattani, Thailand membantu urusannya di sini.

Ahmad Yusof, 44, yang bertugas sebagai pemandu ambulans sejak 21 tahun dengan TH, berkata tugasnya ini bukan sahaja menambah kenalan di Malaysia, malah membantunya tingkatkan penguasaan bahasa Malaysia.

Ahmad berkata selain menjadi pemandu ambulans untuk membawa pesakit ke klinik dan hospital, beliau juga sering menziarah jemaah haji Malaysia yang dimasukkan ke hospital dan kadangkala bertindak sebagai penghubung antara pesakit itu dengan keluarga mereka di Malaysia melalui panggilan telefon.

"Saya akan maklumkan kepada keluarga pesakit mengenai keadaan pesakit, dan menyampaikan pesanan keluarga kepada pesakit," katanya.


Ahmad yang dilahir dan dibesarkan di sini, mempunyai keluarga di Sala dan Alor Janggus, Kedah , Ayah dan Ibu beliau menetap di Mekah , dalam setahun dua kali beliau dan keluarga akan pulang ke Malaysia bagi bertemu sanak saudara, beliau juga mempunyai seorang adik yang menetap di Kedah dan belajar di Kolej Insaniah Alor Setar, Kedah . Beliau berkata , mengenai kerjanya bersama Tabung Haji, tanggungjawabnya setiap musim haji adalah untuk membawa pesakit yang tenat untuk mengerjakan wukuf di Arafah, yang merupakan kemuncak haji, supaya pesakit dapat menyempurnakan ibadah haji.

Bapa kepada enam orang anak berusia tiga tahun hingga 21 tahun, serta mempunyai seorang cucu, berkata pengalamannya membantu jemaah haji Malaysia, terutama yang sakit semasa musim haji, amat banyak dan bersyukur kerana dapat membantu mereka.

Admin MMFC
Mekah 1435H

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive