sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 14 October 2012

DUNIA KINI : ARROYO MASUK ICU

14 Oktober 2012

MANILA - Bekas Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), kelmarin selepas beliau mengadu sakit dada sehari sebelum itu.

Pengarah hospital tentera, di mana Arroyo, 65, ditahan menyatakan hasil pemeriksaan mereka mendapati wanita tersebut mengalami iskemia (bekalan darah ke jantung tersekat).

"Keadaan itu boleh menyebabkan masalah serangan jantung jika ia tidak dirawat dengan segera," kata Nona Legaspi.

Legaspi turut memaklumkan, tahap kesihatan Arroyo yang agak membimbangkan pada masa ini mungkin akan menyebabkan beliau tidak dapat hadir ke mahkamah dalam masa terdekat.

Minggu lalu, Mahkamah Filipina telah mengeluarkan perintah supaya beliau ditahan semula di sebuah hospital tentera atas dakwaan rasuah yang turut melibatkan 10 bekas pegawai tinggi kerajaan.-AFP
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive