sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 21 June 2013

GEMPAR !!! MUFTI KELANTAN KATA PESERTA BLACKOUT 505 SEPERTI ORANG HILANG PUNCA #BLACKOUT505 @Tunfaisal


Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan peserta perhimpunan haram pakatan pembangkang Sabtu ini di Kuala Lumpur sebagai golongan yang sudah hilang 'punca'.

Beliau berkata, golongan tersebut sebenarnya sukar untuk diperbetulkan dan sebarang saranan termasuk mengadakan solat hajat yang jauh lebih baik daripada perhimpunan itu tetap tidak memberikan sebarang faedah kepada mereka.

Sebaliknya kata beliau, peserta perhimpunan itu tetap akan melakukan apa yang mereka fikirkan, meskipun mendapat tentangan banyak pihak.

"Mereka memang suka begitu. Dahulu sebelum pilihan raya, sudah ada perhimpunan sebegini, saya ingat akan berakhir. Namun, selepas pilihan raya, mereka masih lagi tidak puas hati. Itu tidak puas hati, ini tidak puas hati.

"Sekarang saya nampak kalau kita hendak menentang situasi ini, kita terlalu bergantung pada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ulama, padahal itu hanya melibatkan isu politik dan sepatutnya ahli politik yang perlu menyelesaikannya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

APJ : betul cakap mufti Kelantan , peserta ini tidak pedulikan solat hajat yang lebih baik dan suka akan kekacauan seperti yang sudah-sudah. Cukuplah ikut syaitan dan iblis dari dap dan pkr tu wahai ahli PAS . 

1 comment:

Muslim said...

Hidup berpandu nafsu / naluri / instinct , fikiran rasional, panduan agama sudah tak bermakna, spt al an'am yg dikawal oleh kalb kalb.

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive