sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 17 June 2013

HOT NEWS : TITIK PERMULAAN KERJASAMA KELANTAN DAN KERAJAAN PUSAT !!! @NajibRazak


Semalam semasa merasmikan istiadat pembukaan penggal pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan ke13 , Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V menyarankan kerajaan Kelantan dan Persekutuan mewujudkan kerjasama dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti di negeri itu bagi kemudahan rakyatnya. 

Baginda bertitah antara kerjasama itu adalah pembinaan jalan Central Spine Road (CSR), lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai serta kemudahan bekalan air bersih di negeri itu.

“Di samping itu, pelaksanaan projek-projek infrastruktur lain perlu diteruskan sebagaimana dirancang,” titah baginda.

Sultan Muhammad V juga mahukan kerajaan negeri mempergiatkan usaha menarik pelabur ke negeri itu selepas kejayaan mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM2.87 bilion pada tahun lepas iaitu peningkatan lebih 170 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Sektor hartanah dan tenaga merupakan penyumbang terbesar kepada peningkatan pelaburan negeri terutama di jajahan Pasir Puteh,” titah baginda.

Dalam hati kecil Apj agar titah Sultan Kelantan ini dapat kembali menyatupadukan pemimpin tanpa mengira politik kepartian agar rakyat dapat menikmati kemudahan yang diberikan Kerajaan. 

APJ : Semoga ini menjadi titik persamaan bukan perbezaan. 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive