sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 28 June 2013

AKHIRNYA KES PEMBUNUHAN DIRANG BERAKHIR , LELAKI SULU DIGANTUNG SAMPAI MATI



Akhirnya kes pembunuhan adik Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang terbela dengan mahkamah Tunggi Johor Bharu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati pembunuh Dirang iaitu Muidin Maidin, 27 tahun .

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Dalam kes berkenaan Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Kehilangannya menjadi sebuah misteri dan tanda tanya sehingga DNA rangka manusia yang ditemui seminggu selepas itu merungkai segala-galanya.

Rangka Dirang ditemui pada 8 Mac dan punca kematian adalah bunuh dan dibakar.Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat pembunuh dan masyarakat Malaysia sendiri. 

Al-fatihah buatmu Dirang 

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive