sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 7 June 2013

PANAS !!! AKHIRNYA SAH BEEGO !!!



Tudiaaa !!! Akhirnya Beego selamat diijabkabulkan dengan Linda Hashim yang juga rakan artis beliau. Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,31 di nikahkan tepat jam 9.26 malam tadi dengan  aktres jelita , Norhazlinda Hashim,29 atau lebih dikenali dengan Linda Hashim dengan sekali lafaz sahaja. Terbaik bro .. kikiki

Kedua pasangan ini diijabkabulkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Mohd Nizam Wahab dan disaksikan oleh ayah pengantin perempuan iaitu Hashim Yusuf . Dengan mengenakan pakaian berwarna 'peach' ini pasangan pengantin ini nampak bergaya dan ayu .

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran RM35,000.

Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Quince, tepak sirih, jam jenama Titus, sebentuk cincin, sepasang jubah, set pewangi Burbery dan beg tangan Furla.

Manakaka pihak lelaki menerima seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata Cartier, sebentuk cincin Amporia Armani, set penjagaan diri L'eau D'issey Pour Homme, coklat Hershey's Rocher, buah-buahan dan sirih junjung.


APJ : Semoga kekal hingga ke anak cucu - Selamat Pengantin baru 


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive