sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 8 June 2013

ALAMAK TAK SEMPAT BUKA BAJU !! RUGI DEHH !!!

Pelanggan tak sempat buka baju



PORT DICKSON – Keasyikan beberapa pelanggan menikmati urutan badan oleh wanita warga Thailand di pusat refleksologi di Lukut di sini terbantut apabila premis tersebut diserbu pihak berkuasa semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan itu, lima lelaki separuh bogel sedang leka merasai urutan tangan wanita warga asing terbabit tanpa menyedari kehadiran premis terbabit telah diserbu.

Pengarahnya, Faizal Fazri Othman berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya setelah mendapati premis terbabit menjalankan kegiatan lain selain daripada menyediakan perkhidmatan refleksologi.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kita berusaha menyerbu premis terbabit, tetapi gagal. Pengusaha premis bijak mengaburi mata pihak berkuasa apabila berselindung di sebalik nama urut refleksologi.

“Malah dia bijak menjalankan operasi kerana ketika serbuan dibuat premis terbabit seolah-olah masih belum dibuka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ketika pemeriksaan dilakukan, didapati lima lelaki warga tempatan separuh bogel dan yang hanya menutup badan menggunakan sehelai tuala sedang asyik menikmati urutan wanita warga Thailand.

Faizal berkata, seorang lelaki pula dilihat baru sahaja membuka pakaian namun terbantut apabila menyedari premis diserbu.

“Kesemua mereka ditahan di bawah Peraturan 39 (b), Peraturan Imigresen 1963 manakala majikannya seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun turut ditahan di bawah Seksyen 55b Akta Imigresen 1959/63," katanya. SINAR 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive