sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Thursday 27 June 2013

BIADAP !!! BELUM SEMPAT ALLAHYARHAM ADUN KUALA BESUT DIKEBUMIKAN ANWAR DAN SIBUK PASAL PRK !!!


Baru sehari pemergian Allahyarham Adun Kuala Besut , si Anwar Ibrahim dah mula berkira-kira dan berangan untuk menawan Dun Kuala Besut . Semalam Anwar berkata 'kekosongan' kerusi Dun Kuala Besut akan memberi peluang terbaik kepada Pas dan PR bagi menawan Kuala Besut. Memang biadap dan kurang ajar si Anwar ni , tak menghormati langsung keluarga Allahyarham .

Penyandangnya, Dr Abdul Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), akibat kanser paru-paru pada 10.18 pagi tadi.

Anwar berkata, pilihan raya kecil (PRK) memberi peluang baik kepada PR kerana BN hanya memperolehi kelebihan dua kerusi membentuk Kerajaan Negeri Terengganu.

Pada PRU13 lepas, Abdul Rahman berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas, Napisah Ismail.

Abdul Rahman mendapat 8,809 undi berbanding Napisah, 6,375 undi.

"Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan"

Susulan itu, Speaker Dun Terengganu, Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Kuala Besut kepada SPR esok, untuk tindakan lanjut.

Apapun sepatutnya Anwar purlu menghormati keluarga Allahyarham dan bagaimana jika ia berlaku kepada keluarganya sendiri ? belumpun sempat dikebumikan dah fikir soal peninggalan arwah .

Al-Fatihah buat Allahyarham .

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive