sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 21 July 2013

BIADAP !!! GURU CINA MAHU WAKTU MENGAJAR BAHASA MELAYU DIKURANGKAN !!! AGENDA APA PULAK NI !!! @NajibRazak JANGAN BELEMBUT SANGAT !!! @MuhyiddinYassin


Kita tentu masih ingat, sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka. Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.

Jika Malaysia didahulukan, bermakna agenda nasional mesti diutamakan. Misalnya, bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pakaian kebangsaan, upacara rasmi kebangsaan dan banyak lagi yang bersifat kebangsaan. Adakah semua ini dihormati dan disambut oleh ultra kiasu dengan baik dan berlapang dada. - Dr Ridhuan Tee

Seperti yang dilaporkan, Kumpulan pendidik Cina mahu Kementerian Pendidikan mengkaji semula peraturan baru mengenai waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), yang akan bermula tahun depan.

Timbalan Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Cina Datuk Chin Yew Sin berkata peraturan baharu yang melibatkan pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah Cina.

Di bawah peraturan baharu ini, waktu pembelajaran BM akan meningkat daripada 180 minit seminggu kepada 270 minit seminggu, manakala bagi BI dari 120 minit kepada 150 minit dan Bahasa Mandarin dikekalkan pada 300 minit, katanya pada sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Gabungan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Dong) di sini, hari ini.

"Kami berharap kementerian akan meneliti dan mengkaji perkara ini. Kami merasakan adalah mencukupi bahawa pengajaran dan pembelajaran BM ditetapkan pada 210 minit dan bagi subjek BI ditingkatkan ke 210 minit," katanya.

Beliau berkata sentimen sama turut disokong Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru Besar Sekolah Cina.

Chin berkata kumpulan itu berpendapat bahawa waktu pembelajaran BI ditambah memandangkan subjek berkenaan diajar selama 300 minit di sekolah rendah kebangsaan.

"Ini selaras dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)," katanya.

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh mesyuarat baru dengan persatuan itu secepat mungkin bagi menyelesaikan perkara berkenaan setelah mesyuarat yang dijadual pada Isnin, dibatalkan.

- SUMBER Bernama

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive