sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 30 July 2013

GEMPAR !!! PENJENAYAH SENJATA API KEPANASAN !!! @PDRMsia KENAL PASTI SINDIKET !!!

Polis kenal pasti sindiket penyeludupan senjata api


Polis Diraja Malaysia telah mengenal pasti kumpulan dan individu tertentu yang bertanggungjawab membawa masuk senjata api dari negara jiran ke negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya juga sedang mengkaji penglibatan sindiket antarabangsa ekoran rampasan sejumlah besar senjata api dalam tempoh dua minggu ini.

Beliau berkata, pasukannya sedang berusaha meningkatkan risikan dan mengawal beberapa lokasi berlakunya penyeludupan senjata api untuk tindakan lanjut.

"PDRM memandang serius isu tembak-menembak di negara ini dan kita semakin hampir ke kumpulan tertentu, kita juga mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membawa masuk senjata ke negara ini.

"Kita percaya wujud penglibatan dari negara jiran kerana jika senjata api itu dijual di negara ini, peralatan itu perlu didaftarkan. Sindiket ini pula bukan yang besar sahaja, ada juga yang bawa masuk senjata api itu secara kecil-kecilan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini.

sumber artikel - utusan 

Apj : amat berharap hukuman berat dilaksanakan dan dihebahkan pada rakyat agar kegiatan pembunuhan senjata api ini jadi iktibar kepada penjenayah dan rakyat Malaysia. Pihak berkuasa juga diharap dapat menjalankan operassi banteras gejala ini hingga ke akar umbi !!! 

ANTI PEMBUNUH !!! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive