sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 15 July 2013

GEMPAR !!!! BARU 2 BULAN TADBIR KEDAH , KERAJAAN PIMPINAN MUKHRIZ DAH BIKIN HAL !!! @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur

HARI THAIPUSAM BAKAL DIISYTIHAR CUTI UMUM BAGI NEGERI KEDAH



Salah satu daripada manifesto aku janji BN Kedah pada PRU13 lalu akan ditepati dengan Kerajaan Kedah akan mengotakan janjinya iaitu mengisytiharkan cuti umum bagi Hari Thaipusam di negeri Kedah. Satu beri yang mengembirakan rakyat Kedah terutama rakyat yang berbangsa India di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Pelancongan Negeri, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat exco Kerajaan Negeri yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Kita berhasrat kerana Thaipusam sama dengan Deepavali jugak iaitu perayaan keagamaan. Saya ingat dah sampai masa dah Thaipusam dijadikan sebagai cuti umum kepada Kedah kerana negeri ni ramai (masyarakat India)..lebih 100 ribu masyarakat India..dekat-dekat 200 ribu masyarakat agama Hindu di Kedah.” Katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Pertubuhan Sri Ramak Rishna di Jalan Alor Semadom, semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan tersebut, Mohd Rawi berkata, beliau akan membawa permohonan yang dikemukakan oleh pertubuhan itu untuk perhatian kerajaan negeri.

Pertubuhan tersebut memerlukan dana berjumlah RM40,000.00 bagi menyiapkan bangunan yang sedang dalam pembinaan.

Apj : Kena kerja keras lagi , banyak lagi janji perlu ditepati . Apapun terima kasih Kerajaan BN Kedah. 

1 comment:

Anonymous said...

jangan bina tokong spt batu caves

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive