sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Wednesday 10 September 2014

#HAJI1435H : TABUNG HAJI ADA PENGALAMAN ATASI KES-KES PELIK DAN JARANG DI DENGAR DI TANAH SUCI



Kes-kes pelik termasuk khunsa dalam kalangan jemaah haji antara pengalaman yang diharungi bahagian operasi bimbingan Tabung Haji sehingga membawa penyelesaian segera berkaitan soal hukum.

Pengarah Operasi Bimbingan Musim Haji 1435H, Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, kes-kes terpencil itu yang terjadi apabila jemaah terbabit berada di tanah suci diselesaikan oleh pakar-pakar rujuk bahagian tersebut.

"Jika ada berkaitan hukum besar, kita ada mesyuarat bagaimana nak selesaikan hukum tersebut.

"Contohnya masalah khunsa yang timbul, pakai pakaian perempuan tetapi nama lelaki. Kadangkala kita tidak boleh selesaikan masalah ini, ini jarang berlaku," katanya kepada petugas media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Aziz berkata, kefahaman mengenai ibadah haji dalam kalangan jemaah Malaysia di tanah suci ketika ini memuaskan.

Menurut beliau, meskipun cuma dua atau tiga penerbangan tertentu yang membawa kumpulan jemaah haji tidak menghadiri kursus intensif dan kursus perdana di tanah air, namun pihaknya mengambil langkah segera dengan memberi penerangan mengenai semakan ibadah itu kepada mereka.

"Kita harap apabila mereka melaksanakan umrah pertama dan kedua, maka apa yang kita buat adalah memberi penerangan kepada kumpulan jemaah berkenaan sekurang-kurangnya lapan ceramah perdana untuk setiap KT (kapal terbang).

"Kita harapkan maklum balas yang baik dan berdoa akhirnya jemaah semua memperoleh haji mabrur," katanya.

Tengku Aziz berkata, selain itu, bahagian bimbingan yang turut disertai 39 pembimbing ibadat turut memberi nasihat kaunseling kepada jemaah yang dikenal pasti menghadapi kecelaruan fikiran dan gangguan emosi termasuk disebabkan perubahan cuaca.

"Kita selesaikan masalah melalui bimbingan kaunselor dan berharap daripada itu, kita semua dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna," katanya. - UTUSAN


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive