sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 15 September 2014

#HAJI1435H : TOK BATIN ORANG ASLI LAHIR RASA SYUKUR DAPAT MENUNAIKAN HAJI




Abdul Rani Abdullah, 54, yang merupakan Tok Batin di perkampungan Orang Asli Kg Meranti, Nenasi, Pekan, Pahang hanya dapat melahirkan rasa "Alhamdullillah" kerana dapat menjadi tetamu Allah pada musim haji kali ini.

Bapa kepada 10 orang anak yang berumur antara enam tahun hingga 40 tahun, berkata walaupun rombongan jemaah haji Malaysia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari pelbagai pelusuk tanah air, tetapi di sini mereka dapat bergaul dengan mesra.

Abdul Rani, dari suku kaum Jakun, berkata walaupun di Malaysia merasakan ada perbezaan tetapi di sini tidak ada, apatah lagi duduk, tidur dan makan sekali.

Beliau yang bekerja kampung dan menjadi Tok Batin sejak 20 tahun lepas, berasa syukur kerana akhirnya dapat mengerjakan ibadah haji.

Sebelum ini beliau pernah ditawarkan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mengerjakan ibadah haji tetapi pada masa itu keadaan tidak mengizinkannya untuk menerima tawaran itu.

Abdul Rani berkata apabila tawaran kedua diterimanya, beliau terus menerimanya tanpa berfikir dua kali.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive